Rabu, 6 Februari 2013

Insentif Perkahwinan Belia RM200 Kerajaan Negeri Selangor Boleh Dipohon Mulai Minggu Depan


SHAH ALAM: Insentif Perkahwinan Belia sebanyak RM200 yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor boleh mula dimohon mulai minggu hadapan.


Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, borang permohonan boleh dperolehi di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi mendapatkan insentif berkenaan.

Bagaimanapun hanya belia yang berkahwin bermula Januari 2013 dan berusia tidak lebih 35 tahun boleh memohon mendapatkan insentif perkahwinan tersebut.

Mengulas lanjut Dr Yunus berkata, hanya anak kelahiran Selangor layak menerima hadiah insentif itu yang berupa wang simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan bagi bukan Islam akan diberikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Kita akan mula mengedarkan borang insentif ini dan para belia boleh mendapatkannya di seluruh Pusat Khidmat Masyarakat di setiap DUN di negeri ini mulai minggu hadapan,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Sementara itu, Dr Yunus berkata, tiada syarat seperti penilaian gaji pasangan akan diambil kira selain belia yang memohon merupakan anak jati Selangor.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian insentif perkahwinan itu akan dibiayai melalui peruntukan dari Belanjawan 2013 baru-baru ini.

Selain menerima insentif perkahwinan ini, belia yang terlibat juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

- mStar

Rebat 200 Pakej Komunikasi Belia Dilanjutkan Dari 1 Bulan Kepada 3 Bulan Bermula 6 Febuari


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula Rabu.

"Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan.

"Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Sehingga hari ini, lebih 440,000 belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.

Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.

Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.

- mStar

Pelakon Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.


Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.


Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL pada 11 Januari lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.


Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.Sekumpulan wartawan (kiri) berada di luar rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu malam untuk melihat jenazah Yahya Sulong.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.


Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.


Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.


Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.

- mStar

Hujan Lebat Iringi Pengebumian Bujang Berani ASP (B) Wilfred Gomez Malong


 

KUCHING: Hujan lebat yang turun membasahi bumi seolah-olah turut meratapi pemergian seorang perwira, ASP (B) Wilfred Gomez Malong yang disemadikan di Perkuburan Anglikan Kampung Entinggan, kira-kira jam 11.55 pagi semalam.


Pengebumian itu menyaksikan upacara pengalungan bunga disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang.


Upacara mengikut istiadat polis tersebut turut me-nyaksikan Jalur Gemilang yang membaluti keranda diserahkan kepada Ismail, sebelum disampaikan kepada balu mendiang, Angela Austin.


Terdahulu, rombongan yang bertolak dari kediaman mendiang di Kampung Entinggan tiba di gereja kecil St Michael sekitar jam 11.15 pagi untuk upacara misa yang dikendalikan oleh Vicar St Francis Kota Samarahan Dennis Gimang.


Mendiang yang merupakan penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7 pagi Sabtu lepas di Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat barah usus kecil.


Jenazah Gomez yang me-ninggalkan tiga cahaya mata seterusnya dibawa ke rumahnya di Kampung Entinggan, Kota Samarahan.


Pada Jun 1973, Gomez mengetuai sepasukan Pengawal Sempadan yang dianggotai sembilan orang dalam Operasi Jengking di hutan Ulu Poi, Kanowit, bertempur dengan sekumpulan komunis seramai kira-kira 20 orang.


Mendiang menyertai polis selepas tamat Sijil Sekolah Menengah (HSC) pada 1969 dan bersara sekitar tahun 1980-an selepas menamatkan pengajian dalam ijazah undang-undang di United Kingdom.


Gomez dianugerahkan pingat PGB, yang merupakan anugerah kedua tertinggi pada 1974 sewaktu mendiang berusia 23 tahun dan me-rupakan pengerusi Persatuan Veteran Pasukan Keselamatan Malaysia Cawangan Sarawak selama sembilan tahun pada 1990-an.


Sementara itu, Ismail ketika ditemui pemberita memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penghormatan tertinggi kepada mendiang Gomez memandangkan sumbangannya terhadap keamanan negara tidak dapat dipertikaikan lagi khususnya atas kesungguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam menentang komunis.


“Saya juga lihat semangat yang ada pada mendiang untuk dijadikan teladan kepada semua pegawai polis pada generasi hari ini dan generasi akan datang.


“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.

- UB

Bujang Berani, Niang Gomez Mujur Ditumbak Ngena Adat Polis



KUCHING: Pemangat ujan nyemaka penyinu penurun sereta pemulai niang bujang berani, ASP (B) Wilfred Gomez Malong ke kala berambunka nyawa maya menua siga menya, ke  Pendam Anglikan Genturung Pendiau Entingan urung pukul 11.55 pagi kemari.


Nyerumba atur ngubur niang nya, pengawa meri bungai sereta basa ti diuluka Sapit Menteri Dalam Nengeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketuai Polis Menua Tan Sri Ismail Omar, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene, Ketuai Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani enggau Sapit Sekretari Perintah Nengeri Datu Ose Murang.



Pengawa ngubur ti nitihka atur enggau adat polis, nunjukka minira Malaysia dikena mungkur lungun disuaka ngagai Isamail, sebedau diberi ngagai balu niang, Angela Austin.


Dulu ari nya,lungun dibai ari rumah niang di Genturung Pendiau Entingan ngagai gereja St Michael urung pukul 11.15 pagi ngambika disembiang sereta diketuaika Vicar St Francis Kota Samarahan Dennis Gimang.


Niang, ti kala nerima gelar Panglima Gagah Berani (PGB) ngapuska seput iya urung pukul 7.00 pagi Hari Enam tu tadi di Sepital Besai Sarawak (HUS) ketegal riman perut anak.


Niang Gomez ninggalka tiga iku anak dibai ngagai rumah iya di Genturung Pendiau Entigan, Kota Samarahan.


Ngelansa sekeda pengawa niang, kena bulan Jun 1973, Gomez nyadi ketuai raban Penginau Garis Antara Menua ti bisi semilan iku dalam Operasi Jengking di kampung Ulu Poi, Kanowit, betapi (betempuh) enggau seraban 20 iku komunis.


Niang nyadi polis udah tembu abis Setipikit Sekula Sekondari Tinggi (HSC) taun 1969 lalu pinchin urung taun 1980 pengudah nembuka pelajar dalam degree undang-undang di United Kingdom.


Gomez diberi pingat PGB, iya nya gelar kedua tinggi, ba taun 1974 maya niang beumur 23 taun ti mega Chairman Serakup Veteran Raban Pengelikun Malaysia Pampang Sarawak pengelama sembilan taun kandang taun 1990.


Kelimpah ari nya, Ismail lebuh dikerandau pemberita madah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meri basa ti tinggi ngagai niang Gomez ketegal penaluk enggau pengawa iya ngetanka pengelikun menua ngelaban kominis.


“Aku meda penaluksereta pengangkun  ti dikembuan niang patut diteladan semua pemesai polis rebak diatu enggau rebak dudi.


“Aku ngambi awak tu ngenataika penyinu ati ngagai sida niang sebilik,” ku iya.

- UB

SPR: 8 NGO Sarawak Dipadu Nyadi Pemerati PRU13


KUCHING: Lapan buah Gerempung ke Ukai Dikuasa Perintah (NGO) entara enam belas NGO di serata menua Malaysia dipilih nyadi pemerati pengawa bepilih besai ti ke-13 (PRU13) tu ila.


Ari penyampau NGO ke dipilih nya, 8 buah ari Sarawak (4 ungkup zon Kuching, 2 zon Sibu enggau 2 zon Miri), 5 ari semenanjung, enggau 3 buah ari Sabah.


NGO Sarawak ke dipilih nyadi pemerati PRU13 iya nya ke zon Kuching (Gerempung Nembiak Islam Sarawak (PEMBINA), Gerempung Kebangsaan Melayu Sarawak, Serakup Bansa Orang Ulu Sarawak (OUNA), Serakup Bansa Dayak Bidayuh (DBNA), lalu zon Sibu (Dewan Dagang China Sibu, Gerempung Melanau Sibu) enggau zon Miri (Gerempung China Miri, Gerempung Orang Ulu Malaysia tauka FORUM).


Chairman Opis Pengawa Bepilih (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof madah, ketetiga zon tu dipilih ngambi tau beratika proses PRU13 ti deka datai tu ila.


“Raban NGO ke dipadu nyadi pemerati ukai perambu Komiti Nyemetak Pengawa Bepilih tang iya siti ari perambu SPR empu.


“Nya alai kami ngelatih pemerati, ngambika ulih beratika ari sukut ngatika diri tang lain ari SPR, ukai orang politik, enda megai pengawa politik tang beratika diri empu enggau chara profesyenal,” ku iya.


Iya madah baka tu ba atur pengawa nyerahka penuku raban NGO ke udah dipilih maya PRU13 tu ila, ba sebengkah hotel antarabansa ditu, kemari.


Iya madah, raban NGO ke udah dipilih nyadi pemerati tu, anang semina milih sitak mengeri aja, tang mega patut ‘turun padang’ ngagai genturung pendiau, rumah panjai, menua ulu.


“Peratika kita penanggul maya ngundi di kampung, rumah panjai tauka sitak menua pesisir.


“Kami ngarap enggau chara baka tu, tiap jaku kritik ke selebubu nganu SPR kelebih agi maya PRU13 ke majak semak, jaku ke munyi tu dibansi enggau pengawa NGO ke berat nyadi pemerati.


“Kami (SPR) enda belalai ngereja pengawa tauka sistem ke dikena kami,” ku iya.


Iya nambah, enam pemerat ke dilempai ba NGO maya proses pengawa PRU13 ke dipinta ari NGO ulih SPR, iya nya, raban NGO bisi pengelunggar ngereja pengawa ke diberi nya, orang ke lurus penemu enggau profesyenal, enda nyipung sebarang parti politik, enti bisi pen raban nya enggau parti politik sida iya patut madahka diri, NGO besetuju enggau atur maya sida iya dipadu, raban sida patut nyendiaka riput bekaul enggau pejalai PRU13, serta enda ngachau proses PRU.


Abdul Aziz madah ungkup PRU Sarawak, pengawa bepilih ke-13 sekali tu semina mungkur 31 sitak parlimen aja enda nyengkaum DUN ke udah diatur taun siti nyin tadi.


“Reti nya timpuh ngetuka kuasa parlimen ke pengabis dudi nitihka hari bulan aum keterubah PRU12, iya nya kena 28 April 2013 lalu enti ngelui haribulan nya, dewan parlimen bedau diketu enggau chara automatik laban YAB Menteri Besai nyangka bedau madah ngagai Agong kemaya ngetuka parlimen sekalika tumu agi ari hari bulan nya, tauka ngena chara automatik, parlimen deka diketu enti enda 27 April tauka 28 April.


“Tang enti diketu tumu ari nya, SPR bisi timpuh 60 hari netapka hari bulan kena ngantung nama chalun, hari ngundi…Ke deka ditetapka dalam kandang 60 hari,” ku iya.


Iya nambah, enggau peneleba SPR ke chukup, pengabis berat iya nya, ku iya kerejasama ari parti politik, NGO, semua pengundi ke deka beratika PRU13 tu deka digaga enggau manah.


“Aku deka ngaga PRU13 enggau pengabis manah, laban ari peneleba PRU ke kala diatur aku nyadi chairman SPR, laban udah tu ila PRU nangkan tu, dalam taun 2018,” ku iya.


Iya nandu, PRU13 sekali tu mega, ku iya dipadah sekeda orang PRU 13 ke pengabis angat, tusah….Ke semua ‘pengabis’ ku orang. Tang enda patut PRU13 tu ke pemadu jai tauka kamah baka ke kala dipadah sekeda orang.


“Semua pengawa SPR nitihka undang-undang. Barang pemutus ke digaga SPR, nitihka undang-undang, atur, kod enggau sekeda pekara bukai. Ukai peneka ati ngaga undang-undang SPR.


“Enti bisi orang ke madah SPR tu ngakal, bejalaika pengawa kami semina ngemenangka sekeda parti politik, bejalaika pengawa kami peneka ati, enda nitihka atur…..Cherita nya enda betul,” ku iya.


SPR ku iya, siti gerempug tauka opis ke ngemerantanggungpengawa ari undang-undang enda ngakal rayat tauka pengundi tauka parti politik.


Iya nambah, bejalaika pengawa bepilih tu ukai utai ke muntang lebih agi mungkur 13.3 juta pengundi di serata menua tu, iya nya penyampau ke pengabis mayuh dalam sebuah menua ke besai.


Ku iya nandu, siti komiti nyemetak mega ditumbuh kena bulan Oktober 2011, ke megai tanggungpengawa mendingka sada ari tiap renggat mensia, NGO, parti politik, orang ngatika diri sereta lebuh ngelawa mayuh endur.


“Komiti nyemetak tu mendingka tiap sada rayat, NGO, parti politik, orang ngatika diri ba penemu sida iya dalam pengawa bepilih, ngambika tiap timbal ulih digaga kena ngemanahka pengawa bepilih,” ku iya.


“Komiti nyemetak tu ngemendarka riput penudi ke diterima parlimen kena 2 March 2012, ke mantaika 10 macham perambu dalam pemun riput, 22 buah perambu agi dalam riput penudi taja pen riput nya bisi diubah tang pelaba aku urung 20 lebih perambu kena ngemanahka agi proses pengawa bepilih,” ku iya.


Antara perambu ke diterima kena PRU13 tu, iya nya ngena dawat ke enda ulih padam dilut ba tunjuk ngambika pengundi di Malaysia enda ngundi lebih ari sekali (taja pen jaku selebubu nya enda kala diayanka dalam sejarah pengawa bepilih), undi tumu ungkup pengundi pos baka polis enggau soldadu ke bisi dalam 200 ribu lebih diserata menua, ngundi chara pos ke rayat Malaysia di menua luar (urung 1,300 ke udah ngerejister nyadi pengundi pos ke mayuh ari sida tu nembiak universiti enggau ijinsi opis perintah sereta tebal di Australia, UK, USA, Qatar enggau China.


Perambu nangkan nya nyengkaum kaling terus ngagai media,timpuh bekimpin dipanjaika agi ari 7 hari ngagai 11 hari, ngantung nama chalun enda dibantah, reti nya enti chalun udah ngantung nama, sida iya enda dikemendarka agi nginsil nama laban nama chalun terus dichelak.


Raban OKU mega ulih mai bakih sida kena mantu sida iya maya muai undi tang bakih nya enda tau enda orang ke berumur 21 taun ke atas lalu rayat Malaysia.


“Enti mayuh ubah baka tu, enda patut pengawa bepilih ke pengabis kamah ku orang. Aku nyamin sistem sereta proses PRU13 tu ke pengabis manah,” ku iya.


Sama bisi nguluka atur pengawa nya kemari, Sapit Chairman SPR Malaysia Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar enggau Chairman SPR Sarawak Datu Takun Sunggah.

PRU13: Leon Jimat Disabung DAP Nyadi Chalun Ba Sitak Parlimen Sri Aman

KUCHING: Tuai Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang madah parti nya deka nyabung manuk sida ba sitak parlimen Sri Aman maya pengawa bepilih besai ke-13 (PRU13) ti deka datai tu ila.

Bejaku ba licha politik di Sri Aman kena malam Hari Minggu tu tadi, iya nyebut nama chairman DAP pampang Sri Aman Leon Jimat Donald betanding ba sitak nya lalu nyeru peranak Sri Aman meri sukung ngagai Leon.

Peminta nya ditimbal nengah tempik jari kelai sukung mensia mayuh ke begelumu urung 1,000 iku ke endang bekelungap mending licha ba mua Opis DAP Sri Aman endang diatur ungkup pengundi pesisir.

Berebak enggau nya, orang bukai ke bisi mantaika licha rambau nya, iya nya sekretari DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mandal kepala bansa DAPSY Wong King Wei, chalun ke ulih menang DAP Mas Gading Mordi enggau Leon empu.

Leon, dalam jaku iya madahka pelilih  Sri Aman nya sebengkah pelilih ke enda mansang ari lima pelilih asal Sarawak lalu mayuh perengkaguna ke beguna agi kurang bendar.

Sekeda ari pengurang nya nyengkaum bekal ai beresi lalu bisi 80 peratus kandang menua di Bukit Begunan enggau Balai Ringin nadai bekal ai beresi seraya ai di bandar Sri Aman empu kamah.

Iya mega nanya semaya perintah ke ngaga sepital baru di Sri Aman tang bedau bisi nyata disemaya deka tembu bulan April 2013.

“Taja pan kitai bisi lutur pakar ke datai sekali dalam dua minggu, tang nadai perengkaguna ke alai bala lutur ke ulih ngereja pengawa sida enggau menyana. Ditu semina sebuah ambulans ke tau diguna ari tiga buah. Kati nyawa peranak ditu enda berega?,” ku tanya iya.

Leon mega bejaku madahka gaya penyai Jalai Besai Pan Borneo lalu apak jalai ke pengambis enda menuku nya ba senentang Jalai  Serian-Sri Aman laban ke mayuh belubang enggau balat beenggal-enggal.

Iya mega enda lantang ati meda nadai sekula politeknik enggau sekula vokasyenal digaga di Sri Aman seraya madahka Sri Aman nadai jalai mansang ba ekonomi tauka ulih ngetanka mudal mensia.

“Di baruh Pakatan Rakyat (PR), manah agi insentif deka diberi di baruh  ‘Buku Jingga’ ke alai orang ke deka mekuh pengawa dagang deka dikemansang. Bala nembiak kitai enda ibuh bejalai jauh dikena ngidupka diri,” ku Leon.

PRU13: ADUN Krian, YB Ali Biju Bersedia Bertanding di Parlimen Saratok

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju berkata beliau akan bertanding di Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekiranya parti dan rakyat menginginkannya.

“Sesiapa sahaja berhak bertanding di kawasan Parlimen terbabit dan tidak semestinya saya akan menarik diri daripada bertanding seandainya diberikan mandat oleh parti dan rakyat di Saratok, walaupun Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom, Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat atau sesiapa sahaja calon daripada Parti Demokratik Progresif (SPDP) bertanding di Parlimen Saratok,” katanya pada sidang media di sini petang semalam.

Beliau memberikan komen terhadap artikel dalam The Borneo Post pada 5 Februari (Selasa) yang mengatakan tidak akan bertanding di Saratok sekiranya Mawan bertanding di kawasan terbabit.

Katanya mereka (SPDP) berhak menentukan sesiapa sahaja calon bagi bertanding di Saratok dan begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berhak menentukan calon yang bakal bertanding di kawasan Parlimen terbabit tanpa perlu wujud sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan nilai integriti seseorang itu.

“Tidak kira sama ada saya akan bertanding di Saratok atau tidak, semua adalah terpulang kepada ahli Majlis Tertinggi Parti dan rakyat yang mahukan saya atau sesiapa sahaja bertanding di kawasan  terbabit,” jelasnya.
Ali berkata kemungkinan kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan lebih kepada ‘bicara di kedai kopi’ bagi mengelirukan rakyat di kawasan Saratok.

Hadir sama Ketua Publisiti PKR Bintulu Kennedy Paing, Pengerusi PKR Cawangan Bintulu Wong Tieng Poh dan Setiausaha PKR Cawangan Bintulu Abdul Jalil Bujang.

Sarawak Terima Peruntukan Paling Besar RM78 Juta Kendali PRU13

KUCHING: Sarawak memperoleh peruntukan terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu RM78 juta bagi membiayai pengendalian proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Sarawak menerima peruntukan tertinggi disebabkan masalah perhubungan di negeri ini selain mempunyai keluasan lebih besar berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya RM78 juta itu akan digunakan untuk menyediakan segala keperluan logistik iaitu 780 perahu, 56 bot laju, 4,819 kenderaan pacuan empat roda, 27 helikopter dan dua pesawat ringan selain elaun perjalanan petugas dan makanan.

“Peruntukan keseluruhan untuk PRU13 dianggarkan RM400 juta dan Sarawak mendapat RM78 juta, jumlah tertinggi berbanding negeri-negeri lain dan daripada jumlah itu (RM78 juta), 56 peratus adalah untuk sewaan keperluan  logistik, 23 peratus bagi makanan dan 18 pe-ratus tuntutan elaun perjalanan pe-tugas SPR,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau menyempurnakan  penyerahan surat pelantikan Pemerhati Pilihan Raya Tempatan pada PRU13 yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan Pengerusi SPR Sarawak Datu Takun Sunggah.

Abdul Aziz menambah, dianggarkan 22,601 petugas SPR akan di-kerah selain 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya, 122 Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya, 65 Ketua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya  (PPKPR), 133 Ahli Tetap PPKPR, 2,666 Ketua Saluran Mengundi dan 3,828 Pemandu Arah Pusat Mengundi bertugas sepanjang PRU13 di Sarawak.

Sementara itu katanya, sehingga September 2012  jumlah pengundi berdaftar di Sarawak ialah sekitar 1.1 juta orang dan jumlah itu meningkat kepada 1.2 juta orang sekiranya senarai daftar pemilih bagi suku keempat (Oktober hingga   Disember 2012) diguna pakai pada PRU13 nanti.

“Jumlah pengundi berdaftar di seluruh negara ketika ini kalau meng-ikut senarai daftar pemilih sehingga September 2012 ialah 13.1 juta orang.

“Jumlah dijangka bertambah kepada 13.3 juta (orang) sekiranya senarai daftar pemilih sehingga Disember 2012 diambil kira… masih ramai lagi yang belum mendaftar.

“Bagi yang belum mendaftar, boleh mendaftar cuma sama ada anda layak atau tidak mengundi pada PRU13 nanti bergantung kepada tarikh Parlimen akan dibubarkan,” katanya sambil menambah tempoh hayat Parlimen bakal berakhir pada 28 April 2013.

Mengenai permohonan undi pos rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang menggunakan Borang 1B iaitu melibatkan pengundi berdaftar berusia 21 tahun dan ke atas bukan dalam kalangan penuntut sepenuh masa serta penjawat awam serta pasangan masing-masing, Abdul Aziz berkata setakat 4 Februari 2013 seramai 1,419 telah memohon.

Beliau berkata permohonan yang paling tinggi diterima daripada peng-undi berdaftar yang berada di Australia (318) diikuti United Kingdom, Amerika Syarikat, Qatar dan China.

Sementara itu beliau menasihati pengundi yang sudah mendaftar agar menyemak senarai daftar pengundi lebih awal bagi mengesahkan sebarang masalah seperti kesilapan tempat mengundi dan sebagainya.

“Semakan ini penting dan mudah sahaja dilakukan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau melayari laman web, www.pru13. gov.com.my. Jangan tunggu sampai tiba hari pilihan raya, kalau aduan dibuat pada hari mengundi itu sudah terlambat, SPR tidak boleh berbuat apa-apa,” tegasnya.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen iaitu Mas Gading, Stampin, Batang Sadong, Betong, Sarikei, Sibu, Hulu Rajang, Baram, Santubong, Kota Samarahan, Batang Lupar, Saratok, Julau, Mukah, Bintulu, Limbang, Lawas, Sibuti, Selangau, Kanowit, Tanjung Manis, Sri Aman, Mambong, Petra Jaya, Bandar Kuching, Serian, Lubok Antu, Igan, Lanang, Kapit dan Miri.

- UB

Kontroversi Drama "Sahara": Hanya 3 Pelakon Hadir Sidang Media

 Barisan pelakon baru drama Sahara dari kiri Muaz, Arief dan Farid

KUALA LUMPUR: Lain jadinya! Sidang media yang diatur untuk menjelaskan kontroversi drama Sahara menjadi sebaliknya apabila ia hanya dihadiri oleh tiga orang pelakon baru drama itu sahaja.

Majlis yang sepatutnya di adakan di sebuah restoran di Wangsa Walk di sini pada Selasa dikatakan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir selepas mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu yang enggan kontroversi drama itu berlanjutan.

Sahara yang disiarkan menerusi saluran Astro Prima dikritik pelbagai pihak kerana dikatakan merendah-rendahkan martabat wanita berpurdah yang tidak menjaga adab kerana berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim.

Tiga pelakon yang hadir ialah Farid Wari, 26, Muaz Aydyl, 23 dan Arief Farhan, 26.

Farid yang membawa watak Ustaz Zainal dalam drama itu berkata, para pelakon hanya dibenarkan memberi komen berdasarkan sudut peribadi sahaja tanpa melibatkan pihak produksinya iaitu Nusantara Seni Kreatif dan stesen televisyen yang menyiarkan Sahara iaitu Astro Prima.

"Apa yang ingin saya katakan di sini, kontroversi ini benar memberi tempias pada kami (para pelakon). Tak sangka pula, sidang media yang sepatutnya menjelaskan situasi sebenar dibatalkan pula.

"Walaupun tidak dikenali, tetapi kami telah dikecam menerusi laman sosial sehingga ada yang mengatakan yang kononnya kami adalah ejen Yahudi," katanya.

Tambah Farid, kontroversi itu juga membuatkan keluarganya dikecam daripada orang di sekeliling mereka.

Muaz yang membawa watak Badrul pula berkata, dia juga sering dikritik hebat menerusi laman Facebook dan risau sekiranya ia mampu menjejaskan karier lakonannya.

"Sudah lapan tahun saya di bidang lakonan dan ini adalah kali pertama kontroversi berlaku pada diri saya juga pelakon-pelakon lain.

"Risau juga, jika tidak diselesaikan, ia boleh mengganggu perjalanan karier saya," ujarnya.

Bagaimanapun, Arief, memegang watak Mubarak pula berkata, walaupun isu ini mampu menjatuhkan karier seseorang, namun dia memikirkan perkara tersebut daripada segi positif kerana ia secara tidak langsung memperkenalkan nama mereka kepada umum.

"Benar, dari segi positifnya, kami sudah dikenali, walaupun hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

"Namun saya tetap berdukacita kerana dikenali menerusi cara kontroversi yang tidak baik dan memalukan keluarga," ujarnya.

Sebelum ini akhbar melaporkan Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi dipetik sebagai berkata apa yang tercetus itu hanyalah salah faham dan tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan banyak mesej positif yang ingin disampaikan dalam drama berkenaan.

Pihak Astro juga tidak berhasrat mengulang siar drama itu selepas mendapat bantahan banyak pihak.

Drama bersiri 15 episod itu mula ditayangkan pada 14 Januari lalu dan berakhir pada 1 Februari lepas.

-mStar

130 Artis Veteren Terima Sumbangan RM2,000 Menerusi YA1M

 Penganjur dan para artis yang menerima sumbangan daripada peruntukan Yayasan Artis 1 Malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 130 artis veteran yang berumur 60 tahun ke atas dari pelbagai bangsa telah menerima sumbangan wang ihsan menerusi Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) berjumlah RM2,000 setiap seorang bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut 10 Februari ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, sumbangan itu diberikan sebagai penghormatan perkhidmatan dan jasa mereka dalam industri seni tanah air.

"Ucapan terima kasih harus diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta khas buat golongan artis menerusi YA1M.

"Ini adalah misi sebenar YA1M bagi membantu meringankan beban golongan artis veteran yang mempunyai masalah seperti penyakit, kesempitan hidup dan sebagainya.

"Sumbangan yang dibuat pada hari ini diharap dapat meringankan beban mereka bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi," ujarnya ketika merasmikan majlis tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa.

Tambah Maglin, pihak kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penggiat seni dan akan terus bekerjasama dalam membantu dari aspek kebajikan dan pembangunan industri hiburan tempatan.


Antara artis yang menerima sumbangan itu adalah Datuk Jamil Sulong, Datuk Ahmad Nawab, Datuk David Arumugam, Aspalela Abdullah, Fauziah Nawi, Yap Chin Fong, Charles Ambrose, Gopal Doraisamy, Accapan dan Lai Meng.

Dalam pada itu, Presiden YA1M, Datuk DJ Dave berkata, sumbangan itu bukan sahaja kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas tetapi juga diagihkan kepada artis yang diserang penyakit, kematian dan ditimpa masalah.

DJ Dave berkata, pihaknya telah berusaha sedaya mungkin bagi menjejaki artis-artis veteran yang layak meraih dana tersebut dan mengalu-alukan penglibatan persatuan lain untuk bekerjasama dengan mereka pada masa hadapan.


"Masalah timbul apabila ada artis yang telah bertukar alamat dan tidak dapat dihubungi.
"Pihak persatuan lain dialu-alukan untuk menjejaki dan memberi usul untuk membantu mereka dengan berhubung terus pihak YA1M," katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya juga telah merangka pelbagai aktiviti untuk tahun 2013 bagi mendapatkan dana daripada badan korporat dan sekali gus dapat meneruskan usaha murni mereka membantu golongan artis yang kurang bernasib baik tanpa terlalu bergantung harap kepada kerajaan.

Terdahulu, DJ Dave berkata, pihaknya sebelum ini telah menyampaikan sumbangan kepada 110 artis sebanyak RM2,000 seorang pada majlis yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) pada 4 Januari lalu.

Antara artis yang telah menerima sumbangan itu adalah Mariani, Sofea Ibrahim, Datuk Aziz Singah, Hamid Gurkha, Tamam Idris, Zaiton Sameon dan Ruminah Sidek.

- mStar

Isteri Ke-2 ADUN Paka Mohon Cerai


“Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).”Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini.”Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.
 
 Mastura (depan) keluar dari kamar bicara sebaik kes tuntutan cerainya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam

Mastura, isteri kedua Zakaria, ketika ditemui wartawan sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas kesnya disebut berkata, beliau sebelum ini sudah bercerai dua kali, dan kedua-duanya difahamkan tidak didaftarkan dan permohonan cerai tersebut adalah kali ketiga bagi pasangan terbabit, yang berkahwin lebih 20 tahun lalu.


Mastura, yang hadir ke mahkamah berbaju kurung oren berkata, kali pertama beliau bercerai dengan suaminya ialah pada 27 April 2012, dan kali kedua pada 18 Ogos 2012, iaitu beberapa hari selepas Aidilfitri.

Beliau menjelaskan, permohonan cerai kali ketiga itu dilakukan atas kerelaannya sendiri kerana beliau amat kecewa dengan perbuatan suaminya yang didakwa menyiarkan kisah hubungannya dengan isteri terbaru dalam sebuah majalah hiburan keluaran Disember lalu.

Menyentuh soal kedudukan suaminya dalam politik apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang mungkin agak terjejas ekoran tindakannya itu, Mastura berkata, beliau tidak mahu memikirkan masalah itu kerana apa yang lebih penting baginya sekarang ialah hala tuju diri dan anak-anaknya.
 
“Itu terpulang kepada dia. Dia yang mencipta segala masalah. Ia (atas) kerelaan hati sendiri. Kita pun dah tua, anak dah besar, baik fikir diri sendiri.


“Dia minta saya buat selepas pilihan raya, tapi saya rasa tak perlu tunggu, lalu saya buat laporan pada 23 Januari. Hari ini apabila kesnya disebut, dia tidak hadir,” katanya.


Menyentuh mengenai perkahwinan ketiga suaminya, difahamkan dengan kakak salah seorang penyanyi tersohor, Mastura mendakwa, beliau mendapat tahu suaminya berkahwin seorang lagi pada Jun lalu setelah menemui gambar wanita berkenaan dalam telefon bimbit suaminya.

Mastura, yang mempunyai tiga anak berusia antara 10 dan 21, hasil perkongsian dengan suaminya yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun berkata, Zakaria (gambar) mengaku wanita itu isteri terbarunya.


Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Shamsudin Ngah, menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kesnya.

Sharing