Isnin, 14 Januari 2013

DAP Gantung Keahliaan ADUN Pulau Tikus, YB Koay Teng Hai 6 Bulan

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus Koay Teng Hai digantung keanggotaan parti selama enam bulan, berkuat kuasa Jumaat lepas.

Koay dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin parti DAP selepas beliau tidak menghadiri mesyuarat penting pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas.

"Saya mengaku saya salah membuat pertimbangan. Justeru adalah penting untuk saya mengadakan sidang akhbar ini bagi menjelaskan kepada penyokong saya dan meminta mereka memaafkan saya.

"Sekali lagi, saya dengan suci hati meminta maaf kepada penyokong serta parti terutamanya kerana salah pertimbangan saya itu menyebabkan mereka berada dalam kebimbangan dan keadaan yang sukar," katanya.

Jumaat lepas, Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP membuat keputusan menggantung keanggotaan Koay kerana tidak menghadiri persidangan DUN Pulau Pinang pada 1 November lepas.

Ketidakhadiran Koay itu boleh menjejaskan majoriti dua pertiga ketika sidang DUN membentang usul meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang berhubung larangan Adun melompat parti.

Bagaimanapun, Koay berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung penggantungan itu dalam masa terdekat, dan meminta penyokongnya bertenang dengan keputusan tersebut. -BERNAMA

0 comments:

Sharing