Sabtu, 21 April 2012

"Lelaki" Pertama Mengandung di Dunia Umum Berpisah Dengan Isteri




HONOLULU: “Lelaki” pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.

Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.

Pengakuan Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.

Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.

“Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan,” katanya.

Beatie - lahir sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino - menjadi perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.

Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.

Selepas bertemu Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.

Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.

Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki.

Sumber: IB Times

Finalis Indonesia Got Talent di Pesta Kaul Mukah



MUKAH: Rombongan kumpulan budaya dari Negara jiran, Pragina Gong Institut Seni Indonesia Yogyakarta melakukan kunjungan hormat kepada Residen Mukah Haji Saudi Narani pada hari Jumaat.

Penggiat seni yang berusia di antara 21 hingga 26 tahun itu adalah merupakan finalis rancangan realiti terkenal Indonesia iaitu `Indonesia Got Talent’.

Rombongan yang diketuai oleh Galih Suci Manganti terdiri daripada Melky Jemri Edison, Nedeka, Joko Sudibyo, Piusnanda, Puput Ratri Widayani, Jona Tanama Pramodita, Bagus Kurniaji dan Ikhsan Bastian.

Kehadiran mereka adalah di antara peserta luar Negara yang menyertai aktiviti-aktiviti Pesta Kaul Mukah yang sedang rancak sekarang, dan mereka akan tampil pada parakakan warisan dan budaya pada upacara Pembukaan Rasmi yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri pada hari Sabtu.

Dan kunjungan mereka ini adalah merupakan yang pertama ke negeri ini dan mereka akan berada di bandar ini selama lima hari.

Haji Saudi yang juga merupakan Pengerusi Penganjur berharap kunjungan mereka kali ini akan menjadi titik tolak untuk mereka terus menyertai aktiviti kaul pada masa akan datang dan juga sebagai lambaian untuk menariklebih ramai lagi peserta mahupun pengunjung  daripada Negara jiran itu.

Turut mengalu-mengalukan kedatangan rombongan tersebut  di Pejabat Residen Mukah ialah   Mohamad Junaidi Mohidin Timbalan Residen Bahagian Pembangunan dan Timbalan Residen Bahagian Sosial,  Philip Peter Salam.


- Sarawak Update, 20 April 2012

Singapura Pasang 10,000 Kamera Pengawasan Polis di Blok Perumahan Awam


SINGAPURA 20 April - Singapura telah memulakan kerja pemasangan kamera pengawasan polis yang akan memantau 10,000 blok perumahan awam di seluruh pulau itu.

Namun, tindakan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat negara ini yang dikenali sebagai salah satu masyarakat di dunia yang paling selamat, namun ketika ini sedang mengalami proses peralihan politik berikutan tindakan rakyatnya yang menuntut lebih kebebasan daripada pengawasan kerajaan.

''Selamat datang ''Big Brother'' (negara totalitarian)! Tulis penulis satira popular, Mr. Brown dalam Tweetnya. Dia merujuk satu karakter fiksyen dalam novel George Orwell, 'Nineteen Eighty Four' mengenai satu negara totalitarian yang memantau setiap warganegaranya dengan kamera.

Reaksi negatif juga terdapat di ruang Facebook milik polis, namun tidak kurang yang menyokong langkah itu.

''Cemerlang, idea yang bagus. Teruskan. Semoga Tuhan merahmati polis Singapura,'' komen seorang pengguna Facebook, Rahul Chaudry.

Pemasangan kamera itu telah bermula di 300 blok dan menjelang 2016, setiap tingkat bawah 10,000 blok apartmen yang dibina kerajaan yang menempatkan kira-kira 80 peratus populasi Singapura akan dipasang dengan kamera pengawasan tersebut.

Setiap pintu masuk dan keluar di kawasan tempat letak kereta awam juga akan dipasang dengan kamera itu. 

Sumber: Mole

PM Singapura, Lee Hsien Loong Daftar Facebook "Cari Keseronokan"


SINGAPURA 21 April - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam melancarkan laman sosial Facebook miliknya sendiri dalam usaha merapatkan hubungan bersama rakyat.

Hsien Loong, 60 memberitahu, beliau menyertai laman sosial tersebut sebagai ‘mencari keseronokan’ selepas mendapatkan maklum balas positif daripada rakan Kabinet yang menggunakan rangkaian sosial popular itu.

“Saya harap awak boleh menemui laman sosial saya yang menarik dan saya akan kongsikan perkara yang saya lakukan atau saya fikirkan, dan saya juga mahu mendapat maklum balas’’ katanya dalam entri pertama yang menggunakan nama LHL. 

Sumber: Straits Times

Perompak Gagal, Tertinggal Selipar


ALOR GAJAH - Dua penjenayah bukan saja gagal merompak sebuah kedai kedai-buahan, malah seorang daripada mereka turut tertinggal sebelah seliparnya sewaktu melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi di sebuah kawasan perumahan­ di Gangsa, Durian tunggal, di sini, penjenayah terbabit bertindak menyerbu rumah kedai buah-buahan milik seorang pengusaha berusia lingkungan 40-an.

Penjenayah terbabit bagaimanapun gagal mendapatkan wang apabila laci penyimpan duit tidak dapat dibuka kerana berkunci, malah dalam keadaan kelam kabut masuk dalam kereta melarikan diri.

Saksi kejadian, Sultan Alaudin Mohamad Ismail, 35, berkata, dia terdengar bunyi bising, diikuti dengan jeritan isteri mangsa ketika kejadian.

Sultan Alaudin yang bekerja di sebuah kedai makan berdekatan kemudian bergegas ke tempat kejadian.

“Kedua-dua penjenayah berkenaan tergesa-gesa masuk ke dalam kereta jenis Volvo warna merah dan memecut,” katanya.

Menurutnya, isteri mangsa difahamkan sempat mengambil nombor plet kereta penjenayah terbabit.

“Terdapat darah pada pipi kiri mangsa, kesan cedera di tangan dan badan, selain baju yang dipakai mangsa turut direntap penjenayah terbabit.

“Sebelah daripada selipar milik penjenayah itu turut tercicir di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa juga berada dalam keadaan lemah selepas bergelut dengan dua penjenayah berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa yang dicederakan dengan pisau dibawa ke hospital oleh isterinya.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan­ cubaan samun,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah (IPD) di talian 06-5562222 untuk membantu siasatan.

SH, 20 April 2012

Pengawal Keselamatan Sekolah Rogol Pelajar Asrama di Kelas Kosong


Kelas Kosong - Gambar Hiasan

REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

- SH

Tidak Masuk Akal! Karipap RM0.80 Seketul, Cucur Pisang RM1


BATU FERINGGHI - RM0.80 seketul, itulah harga biasa bagi kuih karipap di sekitar kawasan Batu Feringghi.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa gerai kuih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati kebanyakan peniaga sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

Kunjungan ke sana gara-gara aduan seorang pelancong mengenai pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 untuk seketul pisang sahaja.

Ketika ditanya kepada peniaga kenapa harganya begitu mahal, jawab seorang peniaga di situ ia kerana karipap berintikan ayam.

Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap pula menjual seketul karipapnya dengan harga 60 sen.

Peniaga itu juga ditanya soalan yang sama gara-gara harganya yang agak mahal, jawabnya kerana peniaga di situ menjual 80 sen dan dia menjual murah sedikit daripada peniaga berkenaan.

Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan kerana tidak masuk akal.

Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan­ menikmati kuih tradisional berkenaan.

“Bagi saya harga yang dijual ini begitu mahal tidak padan dengan kualitinya, jika ia besar dan betul-betul penuh dengan inti ayam tidak mengapa, tetapi apabila saya rasakan, seketul inti ayam langsung tiada dan agak kosong.

“Jadi kenapa logiknya peniaga meletakkan harga sehingga 80 sen seketul bagi setiap karipap?, saya lihat pelancong asing pun tidak membelinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi pengadu, Kamaliah Hassan berkata, tidak dinafikan harga kuih pada masa kini sudah naik namun ada sesetengahnya yang naik dengan tidak munasabah.

Katanya, kebiasaannya kuih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.

“Tetapi bila 80 sen seketul memang tidak berbaloi langsung dan tidak munasabah harganya kepada pelanggan atau pengguna.

“Saya berharap supaya ada pihak yang melihat perkara ini dengan serius kerana harga yang ditawarkan juga adalah imej kepada pelancongan sekitar,” katanya.

- SH

Warga Emas Terkejut Dimaklumkan JPJ Dirinya Telah Meninggal Ketika Tukar Nama Motosikal


TOBIAR (Pendang) – ‘Mati hidup kembali’. Itulah yang diperkatakan oleh seorang warga emas di Kampung Titi Kera dekat sini, yang kesal dan terkejut setelah dimaklumkan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Alor Setar bahawa dia telah meninggal dunia 20 tahun lalu.

Abu Bakar Saad, 65, berkata, dia mendapat tahu berita kematiannya semasa ingin membuat pertukaran nama atas motosikal jenis Honda EX5 miliknya di pejabat terbabit Selasa lalu, kerana motosikal itu telah dijual di sebuah kedai.

“Saya masih hidup dan memiliki Mykad tetapi terkejut setelah kakitangan JPJ memaklumkan bahawa urusan pertukaran nama tidak boleh dilakukan kerana nama saya dalam sistem disahkan telah meninggal dunia pada 1992.

“Saya terkejut mendengar bahawa saya telah ‘mati’ sedangkan saya masih kuat bekerja, aktif pelbagai sukan dan masih berkhidmat dalam Lembaga Pertanian Muda (Mada) sebagai Ketua Unit Peladang D-III Titi Haji Idris hampir 34 tahun,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pendang, semalam.

Menurutnya, dengan terbongkarnya maklumat itu menjawab segala persoalan mengenai pelbagai urusan gagal dilaksanakan, termasuk memperoleh sebarang bantuan kerajaan sejak 20 tahun lalu.

Malah, katanya, satu perkara lagi menjadi tanda tanya mengapa namanya tidak tersenarai sebagai pemilih ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu akhirnya diketahui dengan berita ‘kematian’ itu.

“Saya juga gagal memperoleh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gara-gara masalah ini dan saya terpaksa membuat rayuan kepada pihak berkenaan, namun tiada jawapan hingga ke hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendafatran Negara (JPN) Pendang kelmarin untuk membuat semakan, tetapi gagal kerana mengalami masalah teknikal untuk membuat semakan.

Sementara itu, anaknya, Zurina Abu Bakar,30, turut kecewa dengan kesilapan JPN mengenai perkara ini dan berharap agar pihak terbabit dapat mengambil jalan penyelesaian yang terbaik berhubung perkara ini.

“Saya mahukan hak bapa saya balik yang ditindas sepanjang 20 tahun gagal mendapat apa-apa bantuan dan saya sangat kesal dengan kesilapan pihak terbabit.

“Selama 20 tahun bapa saya tertekan memikirkan perkara ini, sedangkan kami orang kampung tidak sepatutnya ditindas sebegini dan sebagai rakyat Malaysia, saya berharap bapa didaftarkan sebagai pengundi supaya dapat menunaikan saya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRU akan datang,” katanya.

- SH

Showcase AJARR 2011 ba Taman Panorama Benak, Kubu Alice Sri Aman, 21-04-2012


KUCHING: Sepengudah mujur ngelakuka Anugerah Juara Rentak Ruai (AJARR) ba ParkCity Mall Bintulu ujung minggu nyin tadi, pengawa nya deka ditampung baru ba Sri Aman sehari tu ( 21April).

Program nya deka diatur ba Taman Panorama Benak, Kubu Alice berengkah ari pukul 9 pagi nyentuk ke pukul 5 lemai.

“Sri Aman endang suah dipilih nyadika palan endur ngelakuka AJARR, sebedau tu nerima timbal ke manah endar ukai semina ari mensia mayuh ke nguan menua pasar Sri Aman nya, tang mega mensia mayuh ke diau ba genturung menua nya,” pia ku penerang ke dipansutka raban pengatur pengawa Cats FM.

Ba taun ke udah, mayuh macham aktiviti beserimbai enggau pengawa ngelaku nya ba Sri Aman, nyengkaum main ke meri peluang ngagai mensia mayuh bulih perais enggau pechuma ari Cats FM ke dipelanja Perodua Sdn Bhd.

Perodua begulai enggau Hotlink ke melanja program nya sama bela bisi muka bansal sehari sebedau nya dikena nyukung program nya.

Sama bela bisi mantaika pengelandik belagu ba Sri Aman, finalis Lucy M enggau Hevance begulai enggau finalis ke suba Alon Lupeng sereta DJ CATS FM, Ijau, Sima, Ivy, Cassie, Yaz, Wayne enggau Fuzz.

Bala penanyi nya mega deka begulai enggau bala peminat nyengkaum ke mai lagu benung tebilang Buya Bepangan enggau Aku Nemu ke udah nerima anugerah lagu ke Pemadu Popular.

Tikit berega RM50 enggau RM30 masuk ngagai AJARR 2011 ke diatur kena 12 Mei ba Pusat Siviks Sibu deka dijual lebuh rodsho nya.

Pengawa ngundi lagu ke pemadu popular ba AJARR 2011 benung dipejalaika.

Anjung undi kita ngagai, taip AJ artis.  Chunto ungkup Lucy M,  taip AJ LUCY lalu anjung ngagai 33080.

Penerang ke silik agi sentang chara ngundi enggau penanyi ke dikerindu tau dipeda ba www.catsfm.my.

- UB

Pesta Ikan Tapah Pantu, 28-29 April 2012


BAKAL JADI TUMPUAN...Pekan Pantu akan menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung yang mahu menyaksikan Pesta Ikan Tapah di situ bermula 28 hingga 29 April ini nanti.

SRI AMAN, Jumaat (13 April) – Pekan Pantu bakal menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung apabila Pesta Ikan Tapah Pantu edisi ketiga kembali menemui peminatnya di situ bermula dari 28 hingga 29 April kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan ketika dihubungi berkata  pelbagai acara menarik telah disediakan bagi tatapan pengunjung di situ ketika berlangsungnya sambutan pesta tersebut.

Antara acara yang bakal diadakan menerusi Pesta Ikan Tapah Pantu 2012 ini nanti kata beliau adalah pertandingan karaoke, gerai jualan beraneka, konsert, Ratu Ikan Tapah, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.

“Pesta Ikan Tapah Pantu adalah merupakan nama asal temasya ini ketika ia pertama kali dianjurkan di Pekan Pantu pada tahun 2009 sebelum namanya diubah kepada Pesta Pantu pada tahun 2010.

“Bagaimanapun atas nasihat Menteri Kemajuan Tanah iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing, nama Pesta Pantu terbabit telah diubah semula kepada Pesta Ikan Tapah Pantu bagi edisi kali ini,” jelas beliau.

Selain itu pemilihan semula nama pesta tersebut kata Snowdan dilihat amat bersesuaian dengan logo Ikan Tapah yang terdapat di simpang jalan menuju ke Pekan Pantu dan juga bersempena dengan populasi ikan terbabit di Sungai Batang Strap, Pantu.

Malahan beliau juga turut menolak cadangan penganjuran Pesta Ikan Tapah Pantu bagi tahun ini di Pekan Lachau atau Keranggas Gayau seperti yang diusulkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Katanya Pesta Ikan Tapah merupakan produk bagi membangunkan Pekan Pantu dalam DUN Balai Ringin dan tidak boleh dibawa berpindah ke mana-mana lokasi melainkan di pekan itu sendiri dari masa ke semasa.

“Lagipun Pesta Ikan Tapah Pantu sudah pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Justeru saya berharap agar pengunjung dari seluruh negeri hadir ke Pekan Pantu untuk memeriahkan sambutan pesta tersebut dari 28 hingga 29 April kelak,” katanya.

Snowdan turut menambah bahawa mesyuarat terakhir bagi tujuan penganjuran Pesta Ikan Tapah Pantu 2012 terbabit akan diadakan di Pejabat Daerah Kecil Pantu pada 17 April ini.

Terdahulu Pekan Pantu terletak kira-kira 62 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman dan boleh dihubungi oleh semua pengunjung menerusi laluan jalan darat menurut ke pekan tersebut dari Jalan Sri Aman – Serian

Sumber: Utusan Sarawak Sri Aman

Dayung Iyang Siburan 2012, 19 Mei di Balai Raya Kampung Seratau







MENAWAN: Silvia (duduk tengah), Priscilla (kanan) dan Angelica (kiri) bergambar bersama peserta-peserta ‘Dayung Iyang Biatah 2011’lalu.

KUCHING: Keterubah kali pekit pemajik gamal ‘Dayung Iyang Siburan 2012’  deka diatur kena 19 Mei ba Balai Raya Kampung Seratau, ke di diatur Biro Indu Kampung Seratau.

Pekit nya dibuka ngagai bala indu Bidayuh Biatah ari kandang menua pegai Siburan lalu pemekit enda tau enda beumur 16 nyentuk ke 30 taun.

Chairman pengatur pekit Catherine Mathia Allas madahka raban nembiak ke agi besekula enda tau masuk pekit tu.

Iya madahka pemekit ulih nganjung pom sida berengkah ari diatu ti deka ditutup kena 5 Mei.

Kami nyadang 30 iku indu masuk dalam pekit tu enggau 190 iku finalis deka betanding kena 19 Mei di Balai Raya Kampung Seratau,” ku Catherine ti mega Ketuai Biro Indu Kampung Seratau.

Iya madahka champian ‘Dayung Iyang Siburan 2012’ deka menang mata duit RM800, trofi enggau hamper seraya kedua enggau ketiga deka nerima  RM500, RM300, trofi enggau hamper.

Raun keterubah pekit nya deka diatur kena 5 Mei ba Balai Raya Kampung Seratau.

Penerang ke silik bekaul enggau pekit tu tau diambi ari Catherine Mathia ba lumur 013 8062626 tauka Doreen Bibi ba lumur 013 8072751.

- UB

Polis Sri Aman Tahan Lelaki Mengamuk, Jumpa Satu Mayat

PENERANGAN...Jusoh sedang menerangkan kes penemuan mayat kepada pemberita ketika berlangsungnya sidang media di IPD Sri Aman hari ini

SIASAT...Mayat seorang lelaki dipercayai mati akibat kesan tembakan telah ditemui oleh pihak polis di rumah tersebut.

SRI AMAN, Isnin (16 April) – Pihak polis telah menemui mayat seorang lelaki bertempat di sebuah rumah dalam kawasan Kampung Hulu, Sri Aman yang dipercayai mati akibat kesan luka tembakan di bahagian rusuk kanan pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad memberitahu pihak polis telah menemui mayat lelaki berusia 28 tahun tersebut hasil rentetan kes amok oleh seorang lelaki yang berlaku di kampung tersebut sebelum itu.

“Pada jam 7.50 pagi hari ini, dua orang pengadu telah tiba di Balai Polis Sri Aman untuk melaporkan bahawa kediaman mereka (di Kampung Hulu) diserang oleh seorang lelaki yang membawa parang, senapang patah dan kuali.

“Setelah itu, tiga anggota kita telah dikerah untuk ke rumah si pengadu sebelum mereka menemui seorang lelaki dipercayai sebagai orang yang mengamok dengan kesan luka di beberapa bahagian badannya di kawasan jalan raya dalam kampung tersebut,” katanya.

Sebaik sahaja lelaki tersebut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, pihak polis kata Jusoh telah pergi ke rumah si pengadu dan menemui sepucuk senapang patah di beranda rumah tersebut dengan keadaan rumah berkunci dan tingkap rumah yang pecah.

Pihak polis katanya telah pergi ke rumah keluarga lelaki tersebut untuk memaklumkan mereka mengenai perkara ini sebelum mendapati bahawa rumah berkenaan dalam keadaan berkunci dan tidak berpenghuni.

“Anggota kita akhirnya berjaya memasuki rumah tersebut menerusi pintu tidak berkunci di sebelah bahagian kiri rumah tersebut dan seterusnya menemui mayat seorang lelaki yang terbaring di atas sofa di situ.

“Siasatan awal mendapati bahawa mangsa dipercayai baru sahaja meninggal dunia akibat satu kesan tembakan di bahagian rusuk kanan,” katanya sambil menambah bahawa mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan siasatan lanjut.

Kes itu kata Jusoh akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan orang yang mengamok itu akan ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Pihak kita mengklasikasikan kes ini sebagai kes bunuh. Siasatan terhadap kes ini akan dilakukan oleh Ketua Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman iaitu ASP Sazali Latif,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa pihak polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan dalam masa terdekat ini berhubung kes tersebut hasil daripada maklumat yang mereka perolehi selepas ini.

Terdahulu lelaki yang ditemui mati tersebut adalah merupakan seorang penganggur dan berasal dari Taman Harmoni, Sri Aman manakala lelaki berusia 44 tahun yang mengamok dan pernah mempunyai rekod penagihan dadah itu pula berasal dari Kampung Hulu, Sri Aman.

- Utusan Sarawak Sri Aman

Program Penghayatan 1Malaysia di Bintulu, 4-6 Mei 2012

Gambar Hiasan - Pemandangan Bazaar Ramadan di Dataran Esplaned Bintulu 

BINTULU: Program Penghayatan 1Malaysia untuk Komuniti 1Malaysia Peringkat Bahagian Bintulu yang melibatkan tujuh Komuniti 1Malaysia akan diadakan di Dataran Esplaned Bintulu dari 4 hingga 6 Mei ini.

Jabatan Penerangan Daerah Bintulu dalam kenyataannya di sini semalam berkata, program bersepadu antara Komuniti 1Malaysia itu adalah untuk mengukuhkan hubungan harmoni dan kerjasama antara Komuniti 1Malaysia sejajar dengan lima bidang utama.

Bidang itu adalah menggalakkan keterlibatan ahli-ahli Komuniti 1Malaysia dalam mengurus program secara bersama, memupuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum, menerima keunikan budaya pelbagai kaum bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia dan untuk memberi penjelasan tentang dasar kerajaan serta isu-isu semasa.

Ujarnya, bagi memeriahkan program itu, pelbagai pertandingan akan diadakan antaranya pertandingan nyanyian karaoke, Senam Tari (Poco-Poco), K-Pop Dance, Bintulu Got Talent, Ratu Kebaya,Treasure Hunt, Puzzle dan Memasak.

Borang pertandingan boleh diperolehi di Jabatan Penerangan Daerah Bintulu dan Komuniti 1Malaysia Daerah Bintulu.

Selain itu, pameran, ekspo pendidikan dan gerai jualan turut diadakan sepanjang program berlangsung.

Sementara itu, upacara perasmian program dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum pada jam 8 malam 5 Mei di tempat yang sama.

- UB

Besaug Dalat Diadakan Serentak Karnival Belia Cergas Dalat, 25-27 Mei 2012



Pesta Lumba Besaug Dalat 2010 : Gambar Oleh Nainet Photomania Photography

DALAT: Besaug Dalat akan diadakan serentak dengan Karnival Belia Cergas Dalat dari 25 hingga 27 Mei depan, kata pengerusi jawatankuasa penganjurnya, Datuk Malike Mahli.

Menurut beliau, idea menggabungkan Besaug Dalat dengan Karnival Belia Cergas Dalat dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Datuk Fatimah Abdullah.

“Semasa Pesta Kaul Oya, Ahad lalu saya bersama Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo menemui beliau (Fatimah) untuk meminta pendapat mengenai Karnival Belia Cergas Dalat.“Beliau bersetuju sambil mencadangkan agar Besaug Dalat dianjurkan serentak dengan Karnival Belia Cergas Dalat,” ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa Fatimah meminta penganjur memilih tarikh baharu di sebalik cadangan asal untuk mengadakan keramaian itu pada 12 serta 13 Mei.

“Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga itu meminta tarikh baharu dikenal pasti kerana pada 12 serta 13 Mei Persidangan Dewan Undangan Negeri berlangsung.“Maka, kami sepakat memilih 25, 26 dan 27 Mei sebagai tarikh baharu untuk menganjurkan pesta itu,” jelasnya.

Malike mengesahkan perkara itu selepas mesyuarat jawatankuasa penganjur di Bilik Persidangan Pejabat Daerah Dalat, di sini semalam.

“Antara pengisian keramaian itu ialah pelbagai kategori sukan air melibatkan perlumbaan rakit, bot enjin sangkut dan bot laju mini enjin pam, pentas hiburan serta bermukun.“Program ‘Legah-legah Daftar,’ pameran, jualan produk tempatan, saringan kesihatan, ceramah dan bola sepak jalanan juga mengisi tentarif acara pesta itu,” tegasnya.

Justeru, beliau berharap keramaian yang padat dengan acara itu akan menjadi ruang untuk memperkasakan lagi perpaduan dalam kalangan penduduk di negeri ini.

“Sembang Santai Penggerak Belia serta Sembang-sembang Belia akan diselitkan dalam pesta yang padat dengan pengisian itu.

“Gotong-royong Belia iaitu pembersihan kawasan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Dalat membuka tirai acara keramaian itu pada 13 April lalu,” tambahnya.

- UB

Sharing