Selasa, 20 Mac 2012

Kejohanan Muaythai Fit Warrior Zon Sarawak, 24-25 Mac 2012

Kejohanan Muaythai Fit Warrior Zon Sarawak. Ini adalah peluang terbaik untuk anda semua ketengahkan bakat dan kehebatan anda dalam sukan seni mempertahankan diri. Terbuka kepada semua atlet seni bela diri dan kejohanan ini adalah mengikut undang-undang sukan Muaythai sepenuhnya. 7 kategori dipertandingkan. Johan - RM1000, Naib johan -RM 700, Ketiga dan Keempat - RM500 ( setiap kategori ). Dapatkan borang penyertaan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, kelab-kelab Muaythai dan Persatuan Muaythai Negeri Sarawak. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 019-3756446/ muaythaisarawak@gmail.com atau hubungi JBS Sarawak - 082-240631 / 082-248321. 

Iklankan di Sini
Sokongi kami dengan "Like" Facebook
Facebook Pengajar.Info "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"  
Facebook namaberita.com Blog perkongsian Berita & Informasi Maklumat pelbagai sumber


Sekolah Antarabangsa Excelsior Akan Dibina di Bandar Seri Alam, Johor


JOHOR BAHRU 19 Mac - Sekolah Antarabangsa Excelsior akan dibina di kawasan Seri Alam, dekat sini dan dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekolah yang bakal menelan kos RM60 juta itu dibangunkan di atas tapak seluas lapan hektar dengan kerjasama Seri Alam Properties dan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura, Raffles Campus Pte. Ltd.

Beliau berkata, sekolah tersebut mampu menampung lebih 2,500 pelajar dan ia merupakan sekolah alternatif kepada ibu bapa di negeri ini yang menghantar anak mereka belajar di Singapura.

"Kita tahu terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk bersekolah di Singapura. Namun dengan adanya sekolah itu di sini, ia dapat memberikan mereka pilihan.

"Jadi, mereka tidak perlu lagi bangun awal-awal pagi untuk menghantar anak mereka ke sana.

"Selain jarak yang dekat, yuran yang bakal dikenakan kepada para pelajar adalah 15 peratus lebih rendah berbanding di Singapura," katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah sekolah berkenaan di Jalan Purnama, Bandar Seri Alam hari ini.

Sekolah Antarabangsa Excelsior tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, bilik darjah berhawa dingin, makmal sains dan multimedia selain kemudahan sukan termasuk kolam renang, padang tenis, padang bola sepak serta trek balapan.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, sekolah berkenaan akan diuruskan sepenuhnya oleh Raffles Campus dengan penyediaan sukatan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum mengikut piawaian antarabangsa untuk murid-murid berusia tiga hingga 18 tahun.

Menurutnya, pengambilan pelajar untuk sesi pertama persekolahan itu akan bermula pada awal tahun depan.

Kata beliau, pihaknya menyambut baik usaha seperti itu kerana ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan ekonomi menerusi sektor pendidikan, selain menjadikan kawasan Seri Alam sebagai bandar ilmu pengetahuan.

- Utusan

Negeri Sembilan Dinobatkan Pusat Pengeluar Tenaga Diperbaharui Solar & Biogas Terbesar di Asia Tenggara

Mohamad Hasan diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cypark, Daud Ahmad (dua dari kiri) ketika meninjau kemajuan projek Taman Tenaga Diperbaharui Bersepadu di tapak pelupusan sampah Pajam di Nilai, baru-baru ini. Turut kelihatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan (kiri) serta Pengerusi Cypark, Tan Sri Razali Ismail.

SEREMBAN 19 Mac - Negeri Sembilan melakar sejarah apabila ia dinobatkan sebagai pusat pengeluar tenaga diperbaharui solar dan biogas terbesar negara ini dan di Asia Tenggara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Kejayaan melakarkan sejarah itu adalah hasil pelaksanaan projek penjanaan tenaga elektrik berteknologi baru yang dibangunkan oleh syarikat Cypark Resources Bhd. (Cypark) di Taman Tenaga Diperbaharui Bersepadu di tapak pelupusan sampah Pajam di Nilai.

Lebih bersejarah lagi, Najib akan melancarkan penyambungan tenaga elektrik yang dijana melalui kuasa solar dan biogas dari tapak berkenaan ke grid kebangsaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Keupayaan itu, bukan sahaja menempatkan negeri ini sebagai tapak sumber tenaga baharu, bahkan menepati kriteria yang telah ditentukan di mana negara kini ke arah mengutamakan dasar hijau serta meningkatkan taraf ekonomi berpendapatan tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek loji janakuasa yang dijalankan dalam dua fasa itu membabitkan tanah seluas 32 hektar, kini berupaya menghasilkan 13 megawatt (MW) tenaga elektrik berteraskan teknologi solar selain 2MW penjanaan tenaga biogas.

"Penjanaan 15MW tenaga diperbaharui ini untuk menampung serta memenuhi keperluan tenaga elektrik bagi 10,000 rumah sekitar kawasan ini secara lebih cekap,"katanya di sini baru-baru ini.

Mohamad memberitahu, selain tapak di Pajam itu, Cypark bakal membangunkan dua lagi kawasan baru di Kuala Sawah, Rantau dan Bukit Palong, Lukut untuk tujuan sama.

"Pembangunan fizikal projek ini akan dimulakan bulan depan dan dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya Jun ini.

"Projek di Kuala Sawah melibatkan tanah seluas 11 hektar yang disasarkan mampu menghasilkan 5MW tenaga solar manakala di Bukit Palong ia dibangunkan atas tanah seluas 14 hektar dan berkemampuan menjana 5MW tenaga solar dan 1MW tenaga biogas," ujar beliau.

Kata Mohamad, tenaga yang dihasilkan itu akan disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai pengeluar tenaga diperbaharui solar dan biogas terbesar di negara ini dan Asia Tenggara.

Apa yang pasti, projek di Pajam ini berupaya menghasilkan 15MW tenaga diperbaharui dan akan mula diagihkan pada 28 Mac ini kepada TNB sebelum ia disalurkan kepada pengguna.

Pada 17 Mac tahun lalu, Najib menyifatkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah beliau umumkan terbukti pelaksanaannya melalui projek tenaga bersih di Pajam ini.

Dengan wujudnya kawasan tenaga diperbaharui ini, ia dijangka dapat menjana tenaga bersih yang boleh disalurkan kepada grid TNB, sekali gus mampu menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) melebihi RM12 juta setahun sehingga mencapai RM260 juta bagi tempoh 21 tahun akan datang.

Projek perintis yang digerakkan Cypark ini juga merupakan penyumbang utama bagi mencapai matlamat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Yang nyata, bidang yang pada asalnya tidak glamor ini boleh menjana pendapatan negara dan ia perlu diuruskan dengan lebih baik, agar tidak memudaratkan kepada manusia serta merubah persekitaran suhu, selain mengurangkan peningkatan kepanasan global.

- Utusan 

Bekas Tentera Dipenjara 19 Tahun Bunuh Nenek Secara Kejam Di Bawah Pengaruh Dadah

(Gambar) Mohd. Nassir Abdul Manan (tengah) diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Dungun pada Okt 2009

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas anggota tentera dikenakan hukuman penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian neneknya tiga tahun lepas.    

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan hukuman terhadap Mohd Nassir Abdul Manan, 45, berjalan dari tarikh dia ditangkap pada 13 Okt 2009.    

Mohd Nassir, yang juga bekerja sebagai buruh binaan rumah selepas berkhidmat 13 tahun dalam tentera, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap Muda Mat Zin yang berusia 80 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Jalan Baru, Bukit Pak Sabah, Dungun, antara 9 pagi dan 7.30 malam pada 12 Okt 2009.   

Mohd Yazid semasa penghakimannya, berkata hukuman adalah setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh dan diharap dapat menjadi pengajaran kepada sesiapa agar tidak terlibat dengan gejala dadah yang mampu menyebabkan seseorang itu hilang pedoman dan pertimbangan ketika melakukan jenayah walaupun rapat dan mempunyai pertalian dengan mangsa.

Laporan forensik mendapati Mohd Nassir, yang ketika kejadian di bawah pengaruh dadah, telah menyebabkan kematian neneknya itu dengan melakukan sembilan luka hiris dan takikan di kepala serta 12 torehan di badan wanita itu iaitu tujuh sebelum mati dan lima selepas mati bagi memastikan mangsa tidak bernyawa di mana terdahulunya muka mangsa dilemaskan di dalam besen berisi air.   

Dia kemudiannya mencuri wang dan tiga gelang tangan dan dua cincin kepunyaan Muda yang tinggal berseorangan di rumah itu.   

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala Mohd Nassir diwakili peguam, Abdullah Muhamad.   

Terdahulu, Abdullah memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana Mohd Nassir mempunyai tanggungan isteri dan lima anak dan menyesal serta insaf terhadap perbuatannya itu. - Bernama

Insentif Pelajar Cemerlang Kelab Belia Belaga Sarawak (KKBS) 2011/12

INSENTIF PELAJAR CEMERLANG KBBS;

*Terbuka kepada semua pelajar dari Daerah Belaga yang masih menuntut di IPTA/S Seluruh Malaysia

A. Peringkat Ijazah

  1. Mendapat CGPA 3.0-3.2         : RM200.
  2. Mendapat CGPA 3.3-3.5         : RM300
  3. Mendapat CGPA 3.6 Ke atas  : RM500
B. Peringkat Diploma
  1. Mendapat CGPA 3.0-3.2         : RM100
  2. Mendapat CGPA 3.3-3.5         : RM200
  3. Mendapat CGPA 3.6 Ke atas  : RM300
Sila hantar permohonan anda bersama slip keputusan yang telah disahkan untuk menuntut hadiah anda sekarang…
Insentif Pelajar Cemerlang KBBS 2011/12 di taja oleh YB Liwan Lagang, ADUN N.57 Belaga, Menteri Muda Pembangunan Sosial (Budaya & Warisan) Sarawak.
*Sila hantar slip keputusan yang telah disahkan melalui email untuk menuntut insentif anda : Email: romio@yayasansarawak.org.my
Maklumat Lanjut: http://www.beliabelaga.com/

Iklankan di Sini
Sokongi kami dengan "Like" Facebook
Facebook Pengajar.Info "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"  
Facebook namaberita.com Blog perkongsian Berita & Informasi Maklumat pelbagai sumber

Maklumat / Senarai Kursus-Kursus Dibawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K)


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

|||SENARAI KURSUS / PENYEDIA LATIHAN / LOKASI

1B1K001-AUTOMASI PERINDUSTRIAN & MEKATRONIK
(1)
H-176-2 Juruteknik Automasi
H-176-3 Juruteknik Automasi Senior
Tahap: SKM Tahap 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:
Kolej WIT, Jalan Banting off Jalan Pandamaran, 42000 Port Klang, SELANGOR


1B1K002-KOSMETOLOGI
(2)
MP-060-1 Jurukecantikan
MP-060-2 Juruestetik
Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Pusat Latihan Mizumi Beauty Academy, 3.20-3.21, Tingkat 3, Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 KUALA LUMPUR

(3)
N-030-1 Junior Spa Therapis
N-030-2 Senior Spa Therapis
Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Kasih Anana Pro-Skills Institute (KAPS Institute), 13, Mezzanine Floor, Jalan Medan Tuanku,  50300 KUALA LUMPUR


1B1K003-TEKSTIL & PAKAIAN
(4)
K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan
Tahap: SKm 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
-

1B1K004-INDUSTRI HOSPITALITI & PELANCONGAN
(5)
HT-023-3 Pemandu Pelancong
Tahap: SKM 3
Tempoh: 5 bulan
Penyedia Latihan:
Travex Institute of Tourism, Lot 1.01, 1st Floor, Plaza First Nationwide, 161 Jalan Tun H.S Lee, 50000 KUALA LUMPUR

(6)
HT-010-1 Pramusaji
HT-010-2 Kaptan Makanan & Minuman
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(7)
L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan
L-041-2 Penyedia Makanan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(8)
L-110-1 Pembantu Penyedia Pastri
L-110-2 Penyedia Pastri
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(9)
L-100-1 Pembantu Penyedia Roti
L-100-2 Penyedia Roti
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Bakeri Ria Academy, No. 27A, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Hulu Klang, SELANGOR


1B1K005-AUTOMOTIF-KENDERAAN MOTOR
(10)
P-119-1 Juruteknik Automotif
TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
A. Auto Terminal Training (TEKAT), No. 2 Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, SELANGOR
B. Gemilang Motor Academy, No. 22, 24, 26, Jalan Ronggeng 3, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor Bahru, JOHOR

(11)
P-030-1 Mekanik Kenderaan Perdagangan
P-030-2 Juruteknik Kenderaan Perdagangan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
A. Bakticon Skill Academy, B 20-22, Bandar Indera Mahkota 5, 25200 Kuantan, PAHANG


1B1K006-PEMESINAN LOGAM (METAL MACHINING)
(12)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-031-2 Toolmaker – Metal Stamping Die
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR

(13)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-030-2 Pembuat Perkakasan – Acuan Suntikan Plastik
Tempoh: 12 bulan
Tahap: SKM 1 & 2
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR


1B1K007-RANGKAIAN KOMPUTER
(14)
IT-030-2 Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
IT-030-3 Juruteknik Rangkaian Komputer
Tahap: SKM 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:
-

1B1K008-ELEKTRONIK INDUSTRI
(15)
E-011-1 Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan
E-011-2 Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
-

1B1K009-INDUSTRI PENGHANTARAN (FORWARDING INDUSTRY)
(16)
FB-011-1 Pembantu Dokumentasi Penghantaran
FB-011-2 Penyelaras Operasi Penghantaran
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Global Edu Training Centre,  Jln Bayu Tinggi 2/LS6, Batu Unjur, 41200 Klang, Selangor


||| TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan adalah mengikut Tahap yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia
Tahap 1: 6 bulan
Tahap 2: 6 bulan
Tahap 3: 12 bulan

||| PINJAMAN / BIASISWA
Pinjaman latihan kemahiran disediakan dan diuruskan oleh penyedia latihan. Pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Kementerian Sumber Manusia. Pada masa yang sama, JKMRM-MBM akan sentiasa berusaha mendapatkan penajaan/pembiayaan lain menerusi agensi-agensi kerajaan dan kerajaan-kerajaan negeri bagi perlaksanaan 1B1K

||| PERSIJILAN
Semua kursus yang ditawarkan adalah dibawah pengiktirafan dan persijilan yang dikeluarkan olehJabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Sijil yang dikeluarkan ialah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) mengikut Tahap kelulusan.

||| PENGINAPAN
Semua penyedia latihan menyediakan penginapan asrama dengan kadar caj yang minima dan bersesuaian degan kemudahan yang tersedia.

PERTANYAAN, sila kirimkan ke alamat email: khidmatbelia@gmail.com



Iklankan di Sini
Sokongi kami dengan "Like" Facebook
Facebook Pengajar.Info "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"  
Facebook namaberita.com Blog perkongsian Berita & Informasi Maklumat pelbagai sumber

Tawaran Mengikuti Mengikuti Latihan Kemahiran (Vokasional) Tahun 2012


Salam 1Belia 1Kemahiran,

Luangkan sedikit masa untuk membaca maklumat dibawah. INI PENTING UNTUK KITA MEMBANTU REMAJA/BELIA YANG MEMERLUKAN. Jasa baik anda menghebahkannya amatlah dihargai. Tuhan pasti membalas budi baik anda.

[PERMOHONAN KINI DIBUKA SEPANJANG TAHUN 2012]

JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA, MAJLIS BELIA MALAYSIA (JKMRM-MBM) menerusi PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K) dengan kerjasama Institusi Latihan Kemahiran yang diiktiraf Kerajaan Malaysia mempelawa para belia yang berminat dalam latihan vokasional/kemahiran untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan seperti:

SENARAI KURSUS, sila klik: http://www.facebook.com/note.php?note_id=279961105369472

PERMOHONAN SECARA ONLINE
Sila taip: www.1b1k.my
Isi maklumat dengan lengkap dan jelas. Pastikan alamat anda tepat.

PERTANYAAN
Sila kirimkan pertanyaan anda ke rizan@1b1k.my atau hubungi saya di talian +60137733676

RIZAN HASSAN
KETUA SEKRETARIAT 1B1K
 
 

Iklankan di Sini
Sokongi kami dengan "Like" Facebook
Facebook Pengajar.Info "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"  
Facebook namaberita.com Blog perkongsian Berita & Informasi Maklumat pelbagai sumber

Pertandingan Tarian Tradisional Peringkat Bahagian Bintulu 2012, 23-24 Mac

En Tuah Jili, Pegawai Kebudayaan Bintulu

Pejabat Pembangunan Sosial, Bahagian Bintulu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu akan menganjurkan Pertandingan Tarian Tradisional Peringkat Bahagian Bintulu 2012 pada :-
Tarikh : 23 & 24 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Dewan Suarah, Bintulu.


Kategori yang dipertandingkan ialah :-

Kategori Sekolah Rendah :-
1. Tarian Tradisional Etnik
2. Tarian Rampaian Melayu
3. Tarian Kreatif Etnik


Kategori Sekolah Menengah :-
1. Tarian Tradisional Etnik
2. Tarian Rampaian Melayu
3. Tarian Kreasi Baru

Johan setiap kategori (SK & SMK) akan mewakili Bahagian Bintulu ke Pertandingan Tarian Tradisional Peringkat Negeri Sarawak 2012 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Tuah Jili, Pegawai Kebudayaan, Pejabat Pembangunan Sosial, Bahagian Bintulu di talian 086-254072 @ 0138402884  


Iklankan di Sini
Sokongi kami dengan "Like" Facebook
Facebook Pengajar.Info "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"  
Facebook namaberita.com Blog perkongsian Berita & Informasi Maklumat pelbagai sumber

Ashton Kutcher Diumum Pelanggan Ke-500 Virgin Galactic, Program Melancong Ke Angkasa Lepas



ALBUQUERQUE (New Mexico): Jutawan Britain, Richard Branson hari ini mengumumkan pelanggan ke-500 bagi program pelancongan ke angkasa lepas adalah pelakon terkenal Hollywood, Ashton Kutcher. 

Pengumuman itu dibuat menerusi blog Branson dengan berkata, beliau sudah menghubungi Kutcher bagi mengucapkan tahniah.

Katanya, program itu diperkenalkan bagi membolehkan pengembaraan ke angkasa lepas dilakukan hanya dalam tempoh sehari, di mana mampu dinaiki sesiapa pada kadar berpatutan iaitu AS$200,000 (harga tiket). 

Pesawat Virgin Galactic yang akan digunakan bagi tujuan itu kini berada pada fasa terakhir ujian penerbangan. 

Sumber: Cosmiclog

Susanne Eman, Wanita Berhasrat Paling Gemuk di Dunia Bakal Kahwin Chef


 

Susanne Eman bersama kekasihnya Parker Clack

ARIZONA: Seorang wanita yang cuba menjadi paling gemuk di dunia akan berkahwin dengan seorang tukang masak.

Susanne Eman berkata, hubungannya dengan Parker Clack, 35, memang “sempurna”.

Susanne berkata: “Kami sudah dijodohkan sejak azali. Saya suka makan dan Clack pula suka memasak.

“Dia boleh membantu saya mencapai impian dengan memberi saya makan,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Susanne, 33, mempunyai berat 342 kilogram tetapi berharap untuk mencapai lebih daripada 730 kilogram untuk muncul sebagai wanita paling berat.

Susanne berkata mengenai tunangnya: “Masakannya adalah sebahagian tarikan. Mana mungjin saya tolak seorang lelaki yang mempunyai kepakaran di dapur? “Spaghetti bolognese masakannya kegemaran saya. Saya boleh makannya sepanjang hari.

Clack yang tinggal di Casa Grande, Arizona, menggelar dirinya “Peminat Si Gemuk” Clack berkata: “Saya menyokong Susanne, ia membuatkan dia gembira dan saya sukakan wanita gemuk.

“Bagaimanapun, saya bimbang dengan kesihatannya tetapi makan membuatkan dia tersenyum,” katanya.

900 Remaja Perempuan Seusia 12 Thn Melacur Dibayar Serendah RM1.80 Sehingga 20 Pelanggan Sehari

HASHI (kanan) menunggu pelanggan di depan sebuah rumah pelacuran di kawasan setinggan Kandapara, Tangail pada 5 Mac lalu.

DHAKA - Terdapat kira-kira 900 remaja perempuan dengan sebahagian daripada mereka berusia seawal 12 tahun hidup sebagai pelacur di kawasan setinggan di Tangail.

Dikenali sebagai setinggan Kandapara, kawasan 'panas' itu menjadi tumpuan lelaki untuk mendapatkan khidmat seks terutamanya pada waktu petang.

Pelacur-pelacur remaja itu yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran serendah AS$0.60 (RM1.80) dipaksa mengambil dadah steroid agar mereka kelihatan lebih dewasa.

"Saya lebih berisi setelah mengambil 'ubat' ini (steroid) dan dapat melayan sehingga 15 pelanggan sehari," kata seorang pelacur berusia 17 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashi.

Menurutnya, kebanyakan pelacur remaja di sini diumpan sindiket pelacuran yang kemudian menjual mereka kepada ibu ayam.

Dia memperoleh pendapatan kira-kira AS$9.75 (RM29.80) hingga AS$12.19 (RM37.26) sehari dengan jumlah pelanggan antara 15 hingga 20 pelanggan.

Seorang lagi pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 17, memperoleh pendapatan antara AS$3.66 (RM11.18) hingga AS$6.11 (RM18.67) sehari apabila dia melayan seramai 15 hingga 20 lelaki.

Pendapatan pelacur tersebut menjadi hak ibu ayam yang mengeluarkan wang bagi membeli mereka.

Beberapa pelacur yang sudah berusia atau tidak lagi kelihatan cantik memilih untuk tinggal di Kandapara kerana bimbang akan dipulau jika mereka kembali ke pangkuan masyarakat. 


Sumber: Reuters

Wanita Tinggalkan Suami Kerana Rumah Tiada Kemudahan Tandas Diberi Hadiah RM30,572

ANITA NARRE memegang replika cek RM30,572 di New Delhi semalam.

NEW DELHI, India - Seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya selepas mendapati rumah keluarga lelaki itu tiada kemudahan tandas.

Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam.

Anita meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan rumah tangga di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh.

Dia mengahwini suaminya, Shivram Narre pada 13 Mei 2011

Anita, 23, meninggalkan suaminya kerana dia enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.

Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka.

Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing. 

Sharing