Isnin, 1 Oktober 2012

Bajet 2013: Skim Perlindungan Takaful Padi, Gantirugi Maksimum RM13,000 Bela Nasib Petani


BACHOK: Pesawah padi yang tanamannya mengalami kerosakan, layak memperoleh ganti rugi maksimum sebanyak RM13,000 untuk kawasan sawah tidak lebih 10 hektar di bawah Skim Perlindungan Takaful Padi yang diumum dalam Belanjawan 2013 Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dengan adanyaskim perlindungan itu, ia akan meringankan beban pesawah dan secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan masalah mendapatkan modal pusingan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu,berkata petani di kawasan Lembaga Kemajuan Petanian Kemubu (Kada) berpotensi mendapat skim itu kerana tanaman mereka seringkali menghadapi kerosakan sepertiserangan tikus dan banjir.

"Selama ini mereka menghadapi masalah besar apabila mengalami kerugiandisebabkan tanaman padi rosak," katanya kepada pemberita pada majlis pengagihanzakat kepada 350 petani di Kampung Padang Melintang, Beris Kubur Besar di sini,petang Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan skim itudengan memberi manfaat kepada 172,000 pesawah. BERNAMA

0 comments:

Sharing