Selasa, 1 Mei 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Bawah Tahun 2012


Anda kini boleh menyemak di  
Laman Web KPM (Klik Sini)


Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sudah boleh membuatsemakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 mulai hari ini serentak dengan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.
Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujukSyarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan umum.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;
  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2012.
  2. Secara sms dalam format MOET6No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei 2012 (Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini).
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.
  • Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.
  • Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

  • Sila rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 20102011 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai panduan.
  • Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  • Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

4 comments:

boleh tak nak tangguhkan pendaftaran form 6 daripada 8 mei ke tarikh yg lain? sebab pada 8 mei sy ada interview untuk kemasukan ke Malaysian Institute of Aviation Technology..

boleh tak kalau tunggu surat tawaran baru pergi daftar ,sebab saya baru cek nama kat internet dan saya baru approve surat tawaran 2 hari sebelum tarikh daftar

macam mane nk cek dengan lebih mudah..

Saya nk keluar dari matrik n igtkn nak ambk form6 sains tp xtahu nk bt mcm mana. Sk lama sy xde jurusan sains.

Sharing