Khamis, 19 April 2012

Pengetua Sekolah Antara Ditahan Melanggan Pelacur Bawah Umur

Pengetua Sekolah (Berbaju Putih)

SINGAPURA 17 April - Seramai 44 lelaki termasuk seorang pengetua sekolah, pegawai tentera laut dan pegawai kanan kerajaan dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dituduh melakukan seks dengan pelacur bawah umur.

Kumpulan lelaki yang turut melibatkan ahli perniagaan dan profesional kewangan itu didakwa selepas ditahan lewat tahun lalu dalam satu operasi polis besar-besaran sejak undang-undang menentang pelacuran di bawah umur diketatkan pada 2008, lapor media tempatan hari ini.

Walaupun aktiviti pelacuran dibenarkan di Singapura, melanggan pelacur di bawah umur 18 tahun adalah satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman sehingga tujuh tahun penjara.

Senarai suspek turut disiarkan oleh media arus perdana bersama gambar beberapa lelaki yang hadir ke mahkamah semalam atas pelbagai kesalahan.

Hanya seorang suspek yang merupakan bekas pengetua sekolah yang telah meletak jawatan tahun lalu, namun dia masih tidak mengaku bersalah, lapor Straits Times.

Mereka yang dituduh termasuklah bekas ketua perancangan strategi di Pusat Latihan Polis, seorang bekas pegawai kanan penasihat undang-undang di Agensi Alam Sekitar dan seorang pegawai tentera laut.

Mereka dituduh membayar antara SG$450 hingga SG$850 (RM1,102 hingga RM2,082) setiap kali melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah umur pada September 2010 hingga Februari 2011.

Perkhidmatan pelacuran di bawah umur itu diiklankan di laman web yang kini telah ditutup. 

Sumber: Business Week

0 comments: