Ahad, 25 Mac 2012

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Bantu Lahir Golongan Bijak Pandai


TERIMA KASIH...Rayong (tengah) menerima cenderamata dari Tr Silon Janda (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

ENGKILILI, Isnin (19 Mac) –  Penubuhan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dilihat mampu melahirkan ramai golongan bijak pandai dari kawasan luar bandar khasnya mereka yang berketurunan Bumiputera di negeri ini nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnichal Rayong Ngipa berkata penubuhan TEGAS mampu membantu golongan itu untuk membangunkan negeri ini setelah tamat menjalani latihan atau pengetahuan hasil bantuan tabung itu nanti.

“TEGAS merupakan sebahagian daripada strategi Kerajaan Negeri untuk melahirkan ramai modal insan bagi menampung keperluan tenaga kerja khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional di kawasan masing-masing.

“Justeru ibu bapa kepada anak yang tidak lagi bersekolah, tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan tinggal di rumah panjang boleh memaklumkannya kepada TEGAS untuk tindakan selanjutnya selepas ini,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Rumah Silon Janda, Baloi  di Balai Raya Skim, Skrang, Engkilili kelmarin.

Selain itu Rayong juga berharap agar rakyat di luar bandar tidak mudah terpengaruh terhadap hasutan daripada pihak yang mahu menentang kerajaan pada Pilihanraya Umum Ke-13  akan datang.

“Saya meminta rakyat untuk terus memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Lubok Antu, iaitu William Nyalau Badak sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Umum nanti,” katanya.

Terdahulu Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan Peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM7,000 kepada JKKK Rumah Silon dan RM3,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

0 comments:

Sharing