Ahad, 25 Mac 2012

Syarat-Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2012



Berikut adalah info mengenai syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah di Sekolah Menengah Kerajaan bagi tahun 2012.(Berdasarkan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah tahun-tahun lepas)

Soalan Lazim: Adakah perlu memohon untuk masuk ke T6 Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam bawah akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan akan dinyatakan.
Syarat-Syarat Kemasukan (Mengikut Jenis Sekolah)
  1. Sekolah Menengah Harian (SMK)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
Syarat-Syarat Mengikut Jenis Calon
  1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 
  4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012
Syarat Kelayakan (Syarat Am)
  1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
  2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kerajaan
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Kemanusiaan
  • Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KumpulanMata Pelajaran
IBahasa Melayu
IIBahasa Inggeris
IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IVSejarah
VGeografi / Pendidikan Seni Visual
VIPendidikan Islam / Pendidikan Moral
VIIMatematik / Matematik Tambahan
VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science
IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / 
Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
XTasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / 
Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah matagred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KumpulanMata Pelajaran
IMatematik / Matematik Tambahan
IIFizik
IIIKimia
IVBiologi
VLukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik &Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab(Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KumpulanMata Pelajaran
IBahasa Melayu
IIBahasa Inggeris
IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IVSejarah
VGeografi / Pendidikan Seni Visual
VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
VIIMatematik / Matematik Tambahan
VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science
IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
XPendidikan Syariah Islamiah
XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gredtidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KumpulanMata Pelajaran
IBahasa Melayu
IIBahasa Inggeris
IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IVSejarah
VGeografi / Pendidikan Seni Visual
VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
VIIMatematik / Matematik Tambahan
VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science
IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
XPendidikan Syariah Islamiah
XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gredtidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Syarat Mengikut Jenis Permohonan
(Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan)
  1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
  2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
    1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK. 
    2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
    3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
    4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
    5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
    6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada (Tarikh Ditetapkan Kemudian) tidak akan dipertimbangkan.
    7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  1. Calon persendirian/swasta SPM 2011 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2012 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
  3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2012
  1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2011 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012;
    2. Memperoleh keputusan STPM 2011 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
    3. Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2012 sebagai calon sekolah;
    4. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
    5. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
  2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012
  1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2011 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2012 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012.
    2. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
    3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
    4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2011 di sekolah persendirian / swasta.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah (Rujuk PPD) selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2011.
Permohonan Pertukaran Sekolah
  1. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya. Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
    1. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
    2. Keputusan SPM 2011;
    3. Kad pengenalan;
    4. Sijil Kelahiran; dan
    5. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
  3. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
  4. Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
  1. Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
    1. Mendapat sokongan Pengetua; dan
    2. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
    3. Calon mesti mengisi inventori minat bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
  3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
  4. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat pada (Diberitahu Kelak).

Maklumat

  1. Sila rujuk kategori Tingkatan 6 untuk mendapat lebih banyak maklumat yang berkaitan.
  2. Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010.
  3. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  4. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.

16 comments:

Cikgu saya punya science subject kurang bagus dan saya ditawarkan memasuki T6 jurusan kemanusiaan. Saya nak minta tukar untuk masuk jurusan science. Adakah permohonan saya akan diluluskan?

salam..saya nk tnya..saya dpt tawaran utk msk f6 tpi saya xberapa mahir dlm bi sbb ade muet..so klu saya nk msk pada thn 2013 mcm mna saya cara nk daftar utk thn 2013?saya bingung sbb saya tk nk terlepas amik f6..tkasih..

-lia-

salam,saya telah ditawarkan utk msk f6 tetapi pada masa yg sama saya tdk mahir ddlm b.inggeris terutamanya muet..saya bercadang utk msk f6 pada thn 2013 jadi macm mana saya nk daftar utk thn dpn?sbb saya tk nk terlepas ddlm stpm..tolong lah bantu saya..tkasih..

-amalia-

hi,saya dapat stpm jurusan kemanusiaan.bole tak tukar kepada jurusan sains sebab saya minat dalam jurusan sains.terima kasih.

salam....sya telah mndapat twaran memasuki matrikulasi...knapa sya tidak d tawarkan masuk ke f6...adakah d sebabkan sya sudah mndapat tawaran matrikulasi

salam...knapa sya tidak dpat tawaran kmasukan f6...adakah d sebabkan sya sdah mndapat tawaran matrikulasi....

salam..saye dpt tawaran ke tingktan 6..tapi sye ingin tukr skolah ke negeri lain..mcm mana nk dpt salinan surat tawaran tingktan 6 tu?

salam..saya mendapat tawaran ting 6.tetapi atas sebab tertentu saya tidak dapat mendaftarkan diri pada tarikh yang ditetapkan.sekiranya saya mendaftar selepas tarikh yang ditetapkan adakah saya akan diterima disekolah tersebut?terima kasih..

JIKA SAYA MENGAMBIL SPM TAHUN 2011 TETAPI UMUR PADA MASA ITU 20 TAHUN DAN LEPAS SAYA MENDAPAT SIJIL SPM 2011 D SEKOLAH HARIAN DAN MEMOHON RAYUAN TINGKATAN 6 BAWAH PADA UMUR 21 ..ADA UMUR MENYEBABKAN SESORG ITU TIDAK DAPAT MEMASUKI TING 6 BAWAH?

salam ??saya dpt tawaran .tapi d sebab kn msalah disiplin tahun lalu ..pendaftaran saya disekat ..apakh yg bole saya bt ,utk mmbantu dlm pendaftaran ??

salam...saya tidak ditawarkan ke ting 6 disebabkn BM saya mendapat gred lulus atas (D). boleh kah KPM mempertimbangkn atas kelayakan saye utk memasuki ke
ting 6? saya amat memerlukn tawaran ke ting6... saya merayu kepada KPM untk melulus kan tawaran tersebut....kerjasama pihak puan/tuan amat dihargai.

saya dah umur 19tahun dan spm2010.. layak x saya nak msuk tingkatan 6 ???? harap pihak tuan/puan boleh memberi comment..

salam..saya ingin masuk ke f6
tp sy hnya ad 2kredit
sains:B
BM:C
jd boleh x sy dpat msuk ke f6

(rizuwan)

askum
nak tanya
kalau bm x credit tapi
nak masuk jga tngktn 6
boleh x

2A-1B+3B2C1E, layakkh masuk f6?

mata pelajaran elektif saya adalah addmath bio dan chemistry .. jumlah mata gred tu bole tak guna bm dan bi ..? sbb addmath , chemist saya lemah ..

Sharing