Selasa, 6 Mac 2012

Ibu Keji Tergamak Rakam Anak 11 Tahun Dirogol Teman Lelaki


SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.

Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

- Sinar Harian

23 comments:

itu bukan ibu namanya..tapi binatang n setan..

itu bukan nmanya ibu...itu binatang...wat penat jak beranak tapi di bagi ngan org untk kepuasan nafsu...

Binatang pun tau protect anak.. ni la manusia akhir zaman

masalahnya sngkt pda kepimpinan

masaahnya sgkt pda kepmpinn

manusia tnpa iman...e2 lah jd nya..masya'Allah...

bodoh!! adakah patut?? betul2 bodoh..!!! kalau ia pn sndirilah main ni smpai anak jd mangsa.. x blh dterima akal..

BODOH!! betul2 bodoh!! klau ia pn mainlah sndiri2 ni smpai ank jd mangsa.. langsung x blh dterima akal.. shit tu orang!!

orang itu memang sah gila.

Semoge si ibu mendapat petunjuk hidayah. kesian si mangsa. Bagaimanakah dia ingin menghadapi masa depan nya? semoga masyarakat skeliling akan lebih memahami insan2 yg pernah melalui titik2 hitam sbegini...

...yala kasian si mangsa..apalah nasib seorang anak kecil yg masih jauh perjalanan hidup nya...mudahan dia tidak tersesat kerana trauma atau sebagainya..sebab kadangkala orang yg mengalami keadaan begini boleh menjadikan nya ketagihan atau tersesat jauh...nauzubillah...

bongok pnye ibu...nnt kau dh kluar pnjara xde sape nk mngaku kau sdare...mmng anak yg kau dajal ni buang kau mcm smpah...lyan kau mcm binatang plak...baru kau rase nnt azab kat dunia..blom kt akhirat lg tu..

apa kes ne..bapa pempuan tu mana????jgn2 mamak pempun ne jual mugkin..syang skali owh...mgkin anak dia tu cantik,cuba la bagi dgan sya ka...sya jaga dia...kah...kah

tahniah anda baru saja menerima hadiah chek in hotel 5 bintang di Kajang selama 30tahun termasuk makan dan minum secara percuma dan bonus 15 kali sebatan kat pungung secara percuma juga. Oleh itu anda baru saja menerima gelaran dari rakyat sekalian gelaran "YANG PALING PUKIMAK DI DUNIA"

BABI PUN TAK BUAT NAK MCM TU...

PEREMPUAN TERKUTUK !!!!
semoga menderita dunia akhirat !!!!

bertaubat lah engkau sblum engkau d taubatkan...

best ar bf nye...dh lodos kn lubang mak dy,nie nk lodos kn lubang ank nye lak...kanina! cibai pnye jantan....

_popo medan_

Ya Allah ya tuhanku...bagilah hidayah dan petunjuk kpd sesiapa yg nk tiru aksi gini!! MashaAllah!!

Sharing