Selasa, 20 September 2011

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) bermula 21 Sept 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 (Program KPLI-SM-PPC) boleh disemak di laman web KPM bermula 21 September 2011

Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.


Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST)New

Sumber: MOE

Tune Hotels tawar bilik RM1 Semalam bermula 20-30 Sept



KUALA LUMPUR 19 Sept - Tune Hotels, cabang hospitaliti Tune Group, kini menawarkan kadar bilik serendah RM1 semalam bagi rangkaian hotelnya di Malaysia.

Ia turut menawarkan bilik pada kadar 10,000 rupiah Indonesia semalam di Bali, Indonesia, bersempena perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Tune Hotel dalam kenyataannya di sini berkata, tempahan dibuka dari esok hingga 30 September, berdasarkan siapa cepat dia dapat, bagi tempoh menginap dari 1 Jun hingga 31 Ogos tahun depan.

"Promosi hanya sah bagi tempahan online di www.tunehotels.com dan tidak termasuk Tune Hotels di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang dan Westminster, London," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester.

Lankester berkata, syarikat itu sedang menambah satu hartanah di Kulim, Kedah pada minggu depan yang menjadikannya Tune Hotel ke-10 di Malaysia dan ke-13 di seluruh dunia, termasuk dua di Bali dan satu di London.

- Utusan

Sarawak Tuan Rumah Kongres Dunia Perubatan Cina (WCCM) ke-9, 10-11 Nov 2012

KUCHING, 19 Sept (Bernama) -- Sarawak yang terpilih sebagai tuan rumah Kongres Dunia Perubatan Cina (WCCM) ke-9 yang akan berlangsung di sini mulai 10-11 Nov tahun depan menjangkakan acara itu akan menyumbang RM7.7 juta kepada ekonomi Malaysia.

Ketua pegawai eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Zulkefli Sharif berkata pendapatan yang dijangkakan itu adalah berdasarkan kepada perbelanjaan delegasi antarabangsa yang melebihi 1,000 pakar dari industri perubatan Cina tradisional seluruh dunia.

"Penyedia penjagaan kesihatan tempatan, ahli herba, tabib perubatan Cina mempunyai peluang untuk terlibat dengan rakan niaga antarabangsa masing-masing untuk bertukar-tukar pengalaman dan meluaskan lingkungan akademik mereka," kata beliau dalam satu kenyataan.

Diadakan setiap tahun, WCCM ialah persidangan akademik antarabangsa mengenai perubatan Cina yang dianjurkan oleh Persekutuan Dunia Perubatan China yang beribu pejabat di Beijing untuk mempromosikan pembangunan industri itu seluruh dunia.

Beliau berkata Kuching dipilih sebagai destinasi pilihan oleh persekutuan itu selepas bidaan yang begitu kompetitif oleh pasukan Malaysia di Kunming.

Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan, MyCEB dan Biro Konvensyen Sarawak (SCB), kongres itu akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan terpilih untuk persatuan yang berpangkalan di China dan perancang mesyuarat dan sebagai hab serantau untuk perubatan cina tradisional.

Ketua pegawai eksekutif SCB, Jill Henry berkata menganjurkan acara yang berprestij itu akan membantu kewibawaan Sarawak sebagai hab baharu untuk persidangan dan pameran antarabangsa.

Sementara itu, dianggarkan 70 peratus daripada populasi Malaysia percaya dan mengamalkan perubatan Cina.

Malaysia juga merupakan kediaman kepada kira-kira 7,000 pengamal perubatan Cina dan tiga persekutuan perubatan Cina utama yang terdiri daripada lebih 70 persatuan perubatan Cina.

Empat universiti dan lapan hospital awam telahpun menubuhkan jabatan khas untuk perubatan cina.

-- BERNAMA

5 Pemimpin Kanan SPDP Hadapi Tindakan Disiplin

KUCHING, 13 Sept (Bernama) -- Lima anggota majlis tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), kesemuanya wakil rakyat, berhadapan tindakan disiplin kerana didakwa gagal mematuhi beberapa peraturan parti.

Mereka terdiri Naib Presiden Kanan Datuk Peter Nansian yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tasik Biru, Sylvester Entri Muran (Adun Marudi), Rosey Yunus (Adun Bekenu), Paulus Palu Gumbang (Adun Batu Danau) dan Datuk Dr Tiki Lafe (Anggota Parlimen Mas Gading).

"Saya dan anggota majlis tertinggi yang lain sudah cukup bersabar sejak dua tahun lalu, dan terserah kepada Jawatankuasa Disiplin untuk menentukan bentuk hukuman kepada mereka," kata Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota majlis tertinggi di ibu pejabat SPDP di sini Selasa.

Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, berkata beliau akan menunggu laporan daripada Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Prof Dr Shafiq Abdullah sebelum menyerahkannya kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri dan pusat untuk tindakan seterusnya.

Menurutnya sebagai sebuah parti yang demokratik dan menekankan disiplin dalam parti, keutamaan adalah kepada parti dan bukannya individu dalam sesebuah parti.

Mengulas mengenai persiapan pilihan raya umum akan datang, Mawan berkata SPDP telahpun menetapkan tiga penyandang iaitu Anggota Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sangan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Anggota Parlimen Saratok, Jelaing Mersat (Timbalan Menteri Pengangkutan) dan Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Bagi kerusi Mas Gading, Mawan berkata beliau sedang menunggu keputusan daripada Tiki sama ada mahu bertanding atau tidak.



-- BERNAMA

3 murid dikurung akan duduki semula UPSR: Muhyiddin


DUNGUN: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana dianggap lemah, dibenarkan menduduki peperiksaan awam itu dalam tempoh empat minggu lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Sambil meluahkan rasa dukacita terhadap pentadbiran sekolah terbabit yang menyekat hak tiga murid berkenaan untuk menduduki UPSR, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata setiap pelajar yang mendaftar untuk mengambil peperiksaan awam dalam Kementerian Pelajaran mesti diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan itu.

"Sama ada murid itu cemerlang, kurang cemerlang atau lemah, itu soal kedua. Hak dia untuk ambil peperiksaan itu tidak boleh disekat atau dihalang oleh pentadbir sekolah.
"Sebagai Menteri Pelajaran, ini adalah kuasa saya di bawah Akta Pendidikan dan saya putuskan pelajar ini dibenarkan menduduki UPSR. Saya juga sudah menerima laporan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bahawa ini boleh dilakukan. 


"Biasanya ia mengambil masa empat minggu daripada tarikh keputusan saya untuk murid berkenaan menduduki peperiksaan itu," katanya selepas majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri di Padang Merdeka, Sura, di sini, hari ini yang dihadiri lebih 15,000 penduduk setempat. 


Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Datuk Seri Ismail Sabri 


Muhyiddin berkata, LPM akan mengolah soalan peperiksaan itu supaya ia setara dengan kertas peperiksaan UPSR yang baru selesai diduduki calon pada 15 September lalu. 
Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan pentadbir sekolah supaya tidak terlalu ghairah untuk mencapai kecemerlangan sekolah, hingga bertindak di luar perkara yang sepatutnya. 


"Dalam hal ini, pihak sekolah mungkin bimbang kalau murid itu menduduki UPSR, ia akan menurunkan paras kecemerlangan sekolah. Tetapi ini hak pelajar (menduduki peperiksaan awam). Ibu bapa pun berhak tahu tahap pencapaian anak mereka. 


"Walaupun kita ada buat tawaran baru yang diberikan Kementerian Pelajaran di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), jangan sampai ke peringkat hak dan keupayaan murid untuk mengambil peperiksaan awam dihalang," katanya sambil meminta maaf kepada ibu bapa murid berkenaan. 


Muhyiddin berkata, beliau juga telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran untuk melakukan siasatan mendalam dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pentadbir sekolah yang terbabit terutama guru besar. 


Akhbar hari ini melaporkan, tiga murid SK Bandar Bintangor dikurung di dalam bilik pemulihan sekolah ketika rakan lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu dipercayai kerana bimbang murid berkenaan yang lemah akan menjejaskan pencapaian sekolah. 


Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.


- BH

Konsert "Maher Zain Live in Sarawak", 19 Nov di Stadium Perpaduan Kuching


PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu "InsyaAllah", Maher Zain,30, bakal mengadakan konsert sulungnya di Sarawak pada November depan.
Konsert yang diberi nama 'Maher Zain Live in Sarawak' itu dijangka bakal menarik minat penonton bukan sahaja dari negeri itu tetapi juga dari negara jiran seperti Brunei untuk berhibur bersama-sama pada konsert itu nanti.

Pernah mengadakan dua buah konsert di Kuala Lumpur sebelum ini, persembahan tersebut bakal diadakan di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November bermula pukul 8 malam.
Penyanyi kelahiran Lubnan itu sebelum ini mencatat sejarah apabila album “Thank You Allah” berjaya dijual sebanyak 120,000 unit di negara ini sekali gus melayakkannya menerima enam anugerah platinum atas kecemerlangannya itu.
Dia juga mempunyai lebih dua juta peminat di laman sosial Facebook sejak mula membuka akaun dua tahun lalu. Selain itu dia turut menjadi individu paling kerap mendapat perhatian melalui enjin carian Google Malaysia.
Dianjurkan oleh Marctensia Concerts, harga tiket yang dikenakan untuk konsert berkenaan ialah RM103, RM203 dan RM303.
Pembelian dalam talian diberi potongan sebanyak 10 peratus. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi terus ke talian 03-9222 8811.
- mStar

Lady Gaga Tampil Fesyen Topi Sarang Burung Majlis 'New York Fashion Week'


PENYANYI sensasi Lady Gaga (gambar) belum berhenti untuk melakukan eksperimen dengan imejnya. Kali ini Gaga menggunakan sarang burung berukuran besar untuk dijadikan topi.
Dengan tutup kepala yang di bawahnya tertulis "F*** Fashion", Gaga sengaja menghadiri majlis 'New York Fashion Week'.
Menurut The Sun, Isnin, penyanyi yang lahir di New York itu akan tampil pada majlis 'Children Gary Barlow' di Manchester pada 17 November ini. Khabarnya, dia sudah merancang kostum yang akan dipakai nanti.
Sebelum ini, Gaga pernah menghadiri majlis 'Grammy Awards 2011' menggunakan sebiji replika telur raksasa yang diangkat oleh beberapa model lelaki saat melintasi karpet merah hingga ke pentas. Dia berbicara dengan Ryan Seacrest dari dalam telur tersebut.
Sementara pada majlis 'MTV Video Music Awards' itu, Gaga menggunakan daging mentah sebagai kostumnya. Dia sememangnya selesa menggunakan kostum-kostum unik.
- Mstar

4 Penjenayah Warga Asing Ditembak Mati Di Ipoh


ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian empat penjenayah di tembak mati selepas berbalas tembakan di dalam sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai dicuri, di Jalan Changkat Larang, Batu Gajah, malam tadi. 

IPOH: Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di sini, malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.
"Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi, Selasa.
Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang.
Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut.
Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lepas.
Polis akan mengadakan sidang akhbar petang ini berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA

Singer Felix Akademi Fantasia Season-3 Weds die-hard Fan


KOTA KINABALU: It was love at first sight, admitted the first runner-up of reality talent show Akademi Fantasia Season Three, Felix Agus, and it was no surprise that he chose to end bachelorhood with his die-hard fan, Lydia Larius, yesterday.
Spotted dashingly in a grey suit, Felix and his gorgeous bride exchanged their “I Do” vows in a simple-yet-memorable wedding ceremony at the Sacred Heart Church, here, with the presence of close family members and friends.
The lovebirds, who courted for six years, got engaged on September 18 last year, and tied the knot just a day short before their one-year engagement anniversary.
Reminiscing their first meeting yesterday, Felix, 29, said he just could not get Lydia, who is three years his junior, off his mind after setting eyes on her at the Sabah Cultural Centre in Penampang in 2005.
Summing up Lydia as “lawa” (beautiful), he said her eyes, personality and appearance had attracted his attention the most.
Lydia admitted to being Felix die-hard fan, adding: “I voted for him throughout the AF contest and kept track of him during the AF diaries. But back then, there was no feelings involved … it was purely at fan-celebrity level.”
After ‘graduating’ from AF, Felix went on a tour with the rest of the season three gang, and when news that they were going to make a stop in Sabah, Lydia, who is a dancer with the Sabah Cultural Board, took the effort to get a a glimpse of her favourite singer.
“I got his contact number from his village-mate. I called and texted him many times … my intention was just to meet up with him … but he kept giving me excuses.
“So one day, I found out that he was going to do a sound-check at the Sabah Cultural Board. So I told him that I would be there and described myself and the shirt I wore,” said Lydia.
Felix later added: “She told me she would be wearing an orange-coloured shirt. So while singing on stage, I was looking around for a girl in an orange shirt … I finally spotted her. So after the sound-check, I went up to her but did not greet her because I was still not too sure.
“So I raised my hand and pointed at her and she told me that it was her. That was our first meeting, I just fell in love with her there and then.”
The newly-weds decided to hold their wedding reception at the Sabah Cultural Board, to relive the moments where they first met and fell in love.
Asked on whether he was worried that marriage would affect his popularity, Felix replied: “Not at all. I guess for those who solely depend on singing as a career would feel the effect, but as for me, apart from singing, I am also earning a living as a deejay with KKFM.”
Felix added that he still entertains invitations to perform.
The couple plans to go for a honeymoon in November, but is still puzzled with the location.
“We were thinking of either going to Bali or Korea or Phuket … time will tell and we will make a decision soon,” he said.
Felix also said that as far as starting a family was concerned, he hoped that it would happen soon.
“We may have two or three children … yes, I think that is enough considering the high living cost today,” he said, jokingly.
They will also be holding another wedding reception at Felix’s hometown in Kota Belud on Sept 24.

Bomoh Indon Dipenjara, Disebat Rogol Remaja 15 Tahun sebabkan Histeria


SHAH ALAM: Seorang bomoh warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja berumur 15 tahun yang sedang dirawat akibat histeria, Jun tahun lepas.
Hakim Slamat Yahya memerintahkan tertuduh, Budi Tukul, 35, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia tangkap iaitu pada 19 Julai lepas.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya di No 23, Jalan Telipot 3A, Seksyen BS9, Bukit Sentosa 3, Hulu Selangor dekat sini, kira-kira pukul 1 pagi pada Jun tahun lepas.
Budi yang merupakan pendatang asing tanpa izin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Difahamkan ketika kejadian, tertuduh yang dikenali keluarga remaja perempuan itu sedang merawat mangsa yang diserang histeria.
Perbuatan tertuduh bagaimanapun hanya terbongkar setahun selepas kejadian apabila remaja perempuan itu sekali lagi diserang histeria dan mangsa terpaksa menceritakan mengenai kejadian dia dirogol kepada keluarganya.
Pada 16 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadap Budi atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. — Bernama

Bayi Kembar Siam 11 bulan bernama Rital & Ritag dipisahkan


SEBELUM... Kembar siam Rital dan Ritag yang bercantum di kepala.
SEBELUM... Kembar siam Rital dan Ritag yang bercantum di kepala.
SELEPAS... Kembar siam Rital dan Ritag sihat  selepas pembedahan.
SELEPAS... Kembar siam Rital dan Ritag sihat selepas pembedahan.
LONDON: Dua bayi perempuan kembar siam yang bercantum di kepala telah selamat dipisahkan oleh kumpulan doktor di Britain.
Rital dan Ritag Gaboura, yang berusia 11 bulan adalah pasangan kembar siam, satu antara 10 juta di dunia.

Pasangan kembar ini telah melalui empat pembedahan kompleks di Hospital Kanak-kanak Great Ormond Street di London.

Mereka yang dilahirkan di Khartoum, Sudan, dibawa oleh ibu bapa mereka, Abdelmajeed Gaboura 31 dan Enas, 27,kedua-dua mereka adalah doktor perubatan ke Britain untuk menjalani pembedahan. Sewaktu mereka tiba, jantung Ritag sungguh lemah.

Doktor melakukan empat fasa pembedahan. Dua pembedahan awal dilakukan Mei lalu sebelum penambahan tisu dilakukan Julai lalu.

Akhirnya pembedahan untuk memisahkan kembar siam itu dilakukan pada 15 Ogos lalu.


Ibu bapa bayi kembar itu telah meminta bantuan kewangan daripada satu badan kebajikan untuk kanak-kanak, Facing the World, yang bersetuju untuk membiayai kos pembedahan itu.

Bayi kembar siam itu mengalami keadaan yang jarang ditemui iaitu ‘craniopagus’ di mana mereka bercantum di bahagian kranium dan pembedahan itu dilakukan oleh sepasukan doktor yang diketuai oleh Dr David Dunaway.

Kenyataan Facing the World berkata, “Dalam masa beberapa hari saja, kembar itu sudah ditempatkan di wad biasa dan mereka berinteraksi dan bermain seperti biasa.

“Tawa dan kegembiraan mereka memberi inspirasi setelah berbulan merasa bimbang terhadap kesihatan mereka.

“Tidak lama lagi, ibu bapa mereka boleh membawa anak kembar mereka yang sihat, pulang.” Kata ibu bapa kembar itu, “Kami bersyukur kerana akan dapat membawa anak-anak kami yang sudah terpisah dan sihat, pulang.

“Kami juga berterima kasih kepada semua doktor atas usaha merka dan juga kepada Facing the World yang telah membantu dari segi logistik dan membiayai kos pembedahan ini. “Kami merasa bertuah anak kembar kami dapat menjalani pembedahan yang diperlukan, tapi kami juga faham ada kanak-kanak lain yang memerlukan pembiayaan pembedahan dan keluarga mereka yang terpaksa bertungkus-lumus cuba mendapatkan bantuan.” Kembar siam jarang berlaku. Ia hanya terjadi, satu dalam 100,000 kelahiran dan tiga kali ganda kes berlaku kepada bayi perempuan.

Dalam dua pertiga kes yang berlaku, kembar siam bercantum di bahagian tengah badan. Hanya empat peratus dari kes kembar siam yang bercantum di kepala dan kebanyakannya meninggal ketika dilahirkan atau tidak dapat hidup lebih daripada 24 jam.

Kembar Rital dan Ritag merupakan kes kembar siam yang sangat serius kerana mereka berkongsi salur darah dan aliran darah yang ketara ke otak mereka.

Ritag membekalkan separuh daripada darah ke otak saudara kembarnya dan mengalirkannya kembali ke tubuhnya - ini bermakna jantungnya bekerja untuk kedua-dua mereka. Sekiranya berlaku kekurangan dalam tekanan darah mereka yang ketara ketika pembedahan, akan menyebabkan kecederaan otak. - DM

Kornea mata koyak tertusuk jari sendiri


SITI NUR HIDAYAH menunjukkan mata kanannya yang cedera di Kuala Berang semalam.



HULU TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan empat, Siti Nor Hidayah Rosli, 16, cedera pada mata kanan sehingga terkoyak korneanya gara-gara tertusuk jari telunjuk sendiri pada bulan Ramadan lalu.
Akibatnya, dia terpaksa menjalani pembedahan yang memerlukan tempoh selama tiga tahun untuk sembuh sepenuhnya.
Siti Nor Hidayah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang dekat sini berkata, dia secara tidak sengaja tertusuk jari telunjuknya ke matanya ketika bermain dengan anak saudaranya.
“Perkara sudah berlaku dan saya terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan kornea baharu yang memerlukan tiga tahun untuk sembuh sepenuhnya.
“Tahun depan saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan itulah yang paling merisaukan saya jika mata saya masih belum sembuh,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan kewangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu di rumahnya di Kuala Berang di sini semalam.
- Kosmo

Paku 5sm Tertusuk ke Dalam Kepala Budak 7 Tahun



GAMBAR X-ray menunjukkan sebatang paku tertusuk ke dalam kepala Dina.


URUMQI, China - Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, Dina dibedah di sebuah hospital di sini untuk mengeluarkan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas seorang pekerja pembinaan di rumah ibu Dina di wilayah Xinjiang tertembak sebatang paku dengan menggunakan pistol paku ke arah kepala budak perempuan tersebut semasa sedang bekerja.
Sebelum itu, dia secara berjenaka mengacukan pistol tersebut ke arah sekumpulan kanak-kanak termasuk Dina sambil berkata: "Pergi jauh-jauh".
"Dia menjerit dan kami dapat melihat lubang kecil pada kepalanya dengan darah mengalir keluar. Bapanya segera membawanya ke hospital," kata ibu Dina, Ha Mina. - Agensi

Padah menyamar untuk program TV


WELLINGTON - Seorang lelaki yang menyamar dirinya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan dan cuba untuk memasuki kawasan larangan di Lapangan Terbang Auckland di New Zealand mungkin merupakan sebahagian daripada lawak jenaka untuk satu program televisyen.
Bagaimanapun, polis New Zealand mendakwa perkara itu bukannya satu gurauan.
"Percubaan untuk melanggar keselamatan lapangan terbang perlu diambil perhatian yang serius," kata seorang pegawai polis, Andy Lovelock dalam satu kenyataan.
Polis berkata, seorang lelaki memasuki pekarangan lapangan terbang dengan memakai pakaian seragam juruterbang dan lencana perak di topi pada Sabtu lalu.
Dia juga didapati membawa beg bimbit yang besar.
Polis memberitahu, lelaki itu cuba memasuki kawasan larangan sebelum dia dikejar oleh kakitangan-kakitangan di lapangan terbang tersebut dan melarikan diri dengan menaiki sebuah van Toyota berwarna hitam.
Juruterbang itu, Ben Boyce yang menyedari kesilapannya berkata dalam satu kenyataan: "Saya meminta maaf berhubung semua masalah yang telah berlaku.
"Kami tidak berhasrat untuk melanggar peraturan atau menyebabkan sebarang kebimbangan atau kerisauan. Ia merupakan satu percubaan gurauan yang kami menerima sepenuhnya sebagai berlaku di tempat yang silap."
Dia dan seorang deejay radio, Bryce Anthony Casey dan penerbit program televisyen, Andrew Logan Robinson dihadapkan ke sebuah mahkamah semalam ekoran kejadian itu.
Menurut dokumen mahkamah, kesemua mereka didakwa di bawah Akta Penerbangan Awam.
Mereka didakwa memasuki satu kawasan keselamatan di lapangan terbang tersebut walaupun mengetahui ia merupakan satu kesalahan.
Ketiga-tiga mereka dibenarkan diikat jamin dan diminta tampil di mahkamah pada 18 Oktober depan. - Agensi

Liyana Eddie Eskal Eyau Ratu Kebaya Regata Sarawak 2011 Pertama

RATU PERTAMA: Liyana (duduk), Adeline (empat kiri) dan Nurfauzianty (empat kanan) bergambar bersama finalis Pertandingan Ratu Kebaya Regata Sarawak 2011


KUCHING: Liyana Eddie Eskal Eyau telah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya Regata Sarawak 2011 yang pertama.
Beliau yang baru barusia 18 tahun barjaya memikat hati para juri dengan kecantikan dan kepetahannya menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya pada pusingan akhir pertandingan tersebut malam kelmarin.
Menurutnya, beliau tidak menjangkakan kemenangan tersebut tetapi telah berusaha memberikan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.
Justeru Liyana yang baru menamatkan sesi persekolahannya di peringkat sekolah menengah memberitahu bahawa akan menggunakan hadiah yang diperolehinya itu untuk melanjutkan pelajarannya.
“Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini, saya akan memanfaatkan hadiah kemenangan saya ini untuk melanjutkan pelajaran saya di peringkat yang lebih tinggi lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pertandingan Akhir Ratu Kebaya Regata Sarawak 2011 di Kompleks Pelancongan Sarawak.
Liyana telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, mahkota, piala serta jambangan bunga.
Manakala tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh Siti Nurfauzianty dan Adeline Ngelambong yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan RM800, piala serta jambangan bunga.
Selain itu lapan lagi peserta yang layak ke peringkat akhir pertandingan itu ialah Vagini Govindasamy, Wandy Lia Salleh, Asria Aida Alwi, Sharifah Haniffah Wan Walid, Carron Kho Siew Ching, Erlin Christopher, Nurul Amira dan Sherlina Niponi.
Pertandingan tersebut merupakan julung kali diadakan anjuran Pejabat Daerah Kuching dan ia diadakan sempena Regata Sarawak yang akan diadakan bermula 15 hingga 18 Sepetember ini.
Majlis penyampaian hadiah pertandingan itu telah disempurnakan oleh isteri Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg iaitu Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Hadir sama ialah Abang Johari, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Warisan Datu Ik Pahon Joyik, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Pegawai Daerah Kuching Mahri Sarpawi.

Husam Saman Blogger Kickdefella, Syed Azidi RM5 juta

Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam (bawah) mendakwa tiga artikel bertajuk "Husam telah menipu sahabat dan rakyat" , "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong" memfitnahnya.

husam musa and nep new economic policySyed Azidi didakwa secara tidak tepat dan tidak benar mengaitkan Husam sebagai penipu dan perosak negeri Kelantan.

Tulisan itu antaranya berkaitan dakwaan kerugian Kelantan ekoran pemberian tanah hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa menerima pulangan setimpal selama 99 tahun, pembelian semula Bazar Tok Guru bernilai RM 23 juta dan kerugian apabila terpaksa membayar pampasan kepada UDA Holdings Berhad.

Husam berkata, jika dibaca hasil tulisan tersebut, secara jelasnya, ia memburukkan plaintif dan memfitnah kerana artikel itu menuduh dirinya seorang pembohong.

Penyiaran artikel itu juga didakwa:

  • Dengan niat untuk menjatuhkan maruah plaintif dan menjejaskan kredibiliti plaintif sebagai seorang wakil rakyat.
  • Segala perbuatan defendan, samada perbuatan atau tinggalan, sehingga tersiarnya dan tersebarnya berita fitnah adalah tidak berasas, berunsur fitnah dengan niat jahat, melulu dan berniat jahat menjatuhkan maruah plaintif sebagai pimpinan PAS, wakil rakyat dan exco Kelantan.
  • Dengan maksud yang jelas menggambarkan bahawa plaintif pemimpin yang menyalahgunakan jawatan dan kuasa sehingga menipu rakyat Kelantan.
  • Imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat.
"Walaupun plaintif melalui peguam caranya telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut agar defendan memohon maaf secara terbuka daripada plaintif dan membayar ganti rugi yang amat minimal bagi perbuatan fitnah dan tohmahan yang telah dilakukan oleh defendan, namun defendan masih gagal/enggan dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi tersebut," writ saman itu dipetik.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 04Sehubungan itu, Husam memohon Syed Azidi (kanan) membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman blognya dan memadam ketiga-tiga artikel - bertarikh 27 Januari, 3 Februari dan 3 Julai lalu - serta mengiklankan permohonan maaf itu dalam harian bahasa Melayu selama sehari.

Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, melampau, punitif, dengan kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Husam juga memohon injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Husam yang juga naib presiden PAS diwakili peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.


- Malaysiakini

Sharing