Selasa, 17 Mei 2011

Penduduk Rumah Ranggong menagih janji kerajaan

BINTULU – Rata- rata penghuni rumah panjang- Rh. Ranggong anak Jenau, Ulu Niah masih menunggu serta berharap pihak kerajaan segera mengotakan janji untuk mewartakan tanah NCR milik mereka yang sebelum ini dikatakan berstatus tanah negeri.

Langkah pihak kerajaan memulangkan semula tanah NCR kepada penduduk Rh. Ranggong baru- baru ini dibuat selepas mendapati tanah tersebut adalah NCR berdasarkan bukti yang dikemukakan penduduk kepada pihak kerajaan negeri.

Umum sedia maklum, isu tanah amat sensitif dan menjadi antara topik hangat yang sering menjadi bualan dan perdebatan antara penduduk di kebanyakan rumah panjang di kawasan Ulu Niah dengan syarikat pemaju estet kelapa sawit, jabatan/ agensi kerajaan berkaitan dan wakil rakyat.

Bagi Tinggi anak Jimbun, pemulangan semula status tanah tersebut disambut baik oleh penduduk rumah panjang terbabit, tetapi adalah lebih manis sekiranya pihak kerajaan mewartakan segera tanah NCR tersebut agar penduduk tidak ternanti- nanti.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pihak kerajaan supaya menyegerakan kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Ulu Niah, khasnya Rh. Ranggong dan rumah panjang berdekatan memandangkan penduduk hanya bergantung kepada air sungai sebagai sumber keperluan harian.

Namun, katanya, sumber air sungai pada masa kini sudah tercemar akibat daripada pembuangan sisa- sisa racun atau kekotoran daripada ladang kelapa sawit berdekatan.

Selain itu, Tinggi yang juga merupakan pengerusi SPDP Ulu Niah turut mempersoalkan bantuan wang ihsan yang pernah dijanjikan oleh pihak kerajaan dan Jabatan Pertanian semasa bencana banjir pada tahun 2008.
Menurutnya, sehingga hari ini sesen pun tidak diterima oleh penduduk rumah panjang berkenaan sambil memberitahu pihak kerajaan menjanjikan untuk mengagihkan sejumlah RM300 manakala Jabatan Pertanian pula berjanji untuk memberi bantuan RM1,000 ke atas kerosakan dan kemusnahan tanaman penduduk dalam bencana banjir pada masa itu(2008).

Malah, janji wakil rakyat di kawasan berkenaan untuk menghulurkan bantuan semasa kejadian banjir awal tahun ini, juga tidak nampak- nampak walaupun pihak terlibat tidak menjanjikan sebarang bentuk janji dalam bentuk kewangan.

Selain isu tanah, bekalan air bersih dan bantuan wang ihsan terbabit, masalah jalan raya turut menjadi topik yang sering dibangkitkan oleh penduduk terutama dalam sesi dialog bersama pemimpin dan wakil rakyat.

Mengakui wakil rakyat di kawasan terlibat khasnya ADUN tidak pernah mengumumkan sebarang bentuk projek atau bantuan kepada penduduk rumah panjang terbabit, Jimbun berkata baru- baru ini, penduduk di rumah panjang berkenaan telah bergotong- royong membaiki serta menaik taraf jalan ke SK Rh.
Ranggong dan jalan perkuburan dengan menggunakan dana yang dikumpul daripada penghuninya bagi kegunaan membeli 50 tan batu.


Justeru, beliau memohon agar pihak terlibat prihatin serta mengambil berat akan keperluan penduduk luarbandar.

- SU

Tindakan pengerusi (MOCS) Francis : Pemuda PBB Bintulu Buat Laporan Polis

BINTULU – Tindakan pengerusi Movement of Change Sarawak (MOCS) Francis Paul Siah yang memberi kata dua agar Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud meletak jawatan pada 13 Ogos depan mendapat kritikan panas daripada Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak, Pandi Suhaili.

Malah, beliau menganggap tindakan Francis dan NGO itu berbentuk subversif dan menghasut rakyat memberontak serta merupakan suatu kesalahan di sisi undang- undang negara ini.

Tindakan MOCS, tegas Pandi, bertentangan dengan kehendak rakyat yang telah memilih Barisan Nasional untuk menerajui pentadbiran negeri ini sekaligus meminta badan NGO itu menghentikan kenyataan berbaur hasutan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Pemuda PBB Zon Bintulu yang merangkumi Jepak, Kidurong, Kemena, Belaga dan Kakus turut memohon pihak polis agar menjalankan siasatan terhadap kenyataan Francis dan MOCS.

Ini, katanya, kerana, seharusnya tiada sebarang kompromi untuk orang seperti Francis Siah yang cuba menimbulkan huru-hara samada di negeri ini atau negara ini dimana pihak berkuasa tidak seharusnya menunggu lama untuk bertindak.

Berhubung kenyataan Francis dan MOCS itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda PBB Zon Bintulu dan Persatuan Anak Vaie Bintulu yang diketuai oleh Pandi di Pusat Sehenti IPD Bintulu, jam 1.43 petang tadi.

Dalam laporan polisnya itu, Pandi memberitahu pada 16 Mei 2011, jam 7 malam, beliau telah membaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Francis Paul Siah, pengerusi MOCS yang memberi ultimatum agar Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan sebelum 13 Ogos 2011 dan sekira tidak satu desakan melalui demonstrasi rakyat akan dilancarkan untuk mengguling beliau.

-SU

Marudi bersedia untuk Regata Baram, 24-25hb Sept

MARUDI – Batang Baram yang merupakan sungai kedua terpanjang di Sarawak berkocak lagi apabila Regata Baram akan diadakan pada 24 dan 25 September tahun ini.

Pengerusi Regata Baram 2011 merangkap Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, antara perlumbaan yang dipertandingkan ialah perlumbaan bot laju, 20 pengayuh dan 25 pengayuh membabitkan kategori lelaki dan wanita.

“Setakat ini kita sudah mengesahkan tiga perlawanan dan banyak lagi acara akan diputuskan dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya semasa mesyuarat jawatankuasa penganjur Regata Baram 2011 di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Baram.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kali terakhir regata diadakan pada 2008 yang mana kira-kira 200 perahu membabitkan 2,000 pengayuh mengambil bahagian dalam kategori bot laju, lumba perahu panjang dan jet ski.

Namun pada 2008, Regata Baram diadakan peringkat antarabangsa, namun kali ini ia diadakan di peringkat daerah Marudi.

Pada mesyuarat yang sama, Jacob mengesahkan pelantikan Menteri Muda Bekalan Air dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Sylvester Entri Muran sebagai pengerusi induk, ADUN Telang Usan Dennis Ngau (timbalan pengerusi 1) diikuti Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Robert Laing (timbalan pengerusi II).

Sementara itu regata ini merupakan perlumbaan perahu yang pertama dimeterai sebagai janji untuk berhenti berbunuh di antara masyarakat Orang Ulu dan suku kaum lain di sepanjang Batang Baram.

Kini peristiwa yang berlaku 112 tahun lalu terus menjadi satu warisan daripada sejarah silam negeri Sarawak.

- SU

Dua guru mati lemas di pantai Kijal


MOHD. AZLIZAN menunjukkan lokasi Mohd. Anuar dan Md. Iskandar menghembuskan nafas yang terakhir selepas cuba diselamatkan daripada lemas di Pantai Penunjuk, Kijal semalam.

KEMAMAN – Dua guru lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kijal, di sini lemas ketika mandi di Pantai Kijal di sini dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Harun, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu dan rakannya Md Iskandar Mat Arif, 26, dari Muar, Johor cuba diselamatkan orang awam yang berada di pantai itu namun kedua-duanya telah pun meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata dua guru itu dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi bagaimanapun salah seorang daripada mereka lemas 15 minit kemudian.

"Rakannya cuba membantu untuk menyelamatkan mangsa tetapi arus deras telah menghanyutkan kedua-dua guru muda ini.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke tepi pantai dan memberi bantuan kecemasan kepada kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdullah berkata bagaimanapun Anuar yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Md Iskandar yang mengajar subjek Agama Islam di sekolah itu gagal diselamatkan.

Mayat kedua-dua guru itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Saksi kejadian, Mohd Azlizan Othman, 23, berkata beliau sedang berkelah di pantai itu bersama keluarga apabila diberitahu tentang kejadian lemas oleh seorang lelaki yang sedang mengutip sampah di pantai itu.

"Saya bergegas ke situ dan cuba membantu orang awam menyelamatkan mangsa untuk dibawa ke tepi pantai dan cuba memberikan pernafasan mulut ke mulut kepada salah seorang mangsa itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua guru itu telah meninggal dunia. - Bernama

15 peserta rebut gelaran Ratu Fotogenik Festival Menuai Sedunia 2011


Seramai 15 orang peserta peringkat akhir Ratu Cantik Festival Menuai Sedunia 2011 di Persada Alam, Kampung Budaya Sarawak, baru-baru ini.

KUCHING 16 Mei - Seramai 15 orang peserta peringkat akhir Ratu Cantik Festival Menuai Sedunia 2011 bersaing merebut gelaran Ratu Fotogenik dalam sesi fotografi di Persada Alam, Kampung Budaya Sarawak kelmarin.

Sesi fotografi tersebut dikelolakan serta ditaja oleh The Collective sebagai salah satu daripada kategori gelaran untuk dimenangi oleh peserta terbabit.

Peserta akhir tersebut ialah Sharifah Elya Nabila, Asheila Bakri, Princess Alma, Suljirina Lucas, Zaimeera Zada, Erlin Christopher, Faynella Saing, Mellianne Stopher, Hafiza Md. Basir, Grace John, Nor Faizah Abdul Latif, Emilya George, Dorothy Dolly, Azerina Sabri and Liyana Eddie.

Sesi fotografi itu dijayakan kira- kira 100 orang jurugambar yang turut bersaing merebut gelaran Jurugambar Terbaik.

Pemenang untuk Ratu Fotogenik Festival Menuai Sedunia 2011 akan menerima wang tunai RM700, sebuah bingkai bersama foto saiz 16R dan album portfolio manakala jurugambar terbaik akan menerima hadiah wang tunai RM500.

Keputusan Ratu Fotogenik akan diumumkan pada Pertandingan Akhir Ratu Cantik Festival Menuai Sedunia 2011 di Kampung Budaya Sarawak pada 28 Mei ini.

- Utusan

Hikayat Merong Mahawangsa dikritik


PANEL yang menjayakan forum Hikayat Merong Mahawangsa, Daripada Sastera Klasik Kepada Filem (dari kiri) Prof. Datuk Siti Hawa Salleh, Kamil Ahmad, A. Wahab Hamzah (moderator forum) dan Dr. Mahadi J. Murad.

BIARPUN Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang diangkat dari naskah sastera klasik mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat filem Melayu tanah air namun di kalangan penggiat filem dan pencinta sastera pula, HMM mendapat maklum balas yang kurang menyenangkan.

Melalui forum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini, beberapa insan seni tersohor industri perfileman negara mengatakan rasa kurang senang di minda mereka sebaik sahaja menonton filem garapan Yusry Abdul Halim itu.

Bagi mereka, nilai budaya yang sepatutnya dijulang melalui filem berkenaan tidak kesampaian apabila filem berkenaan dikatakan tidak mencerminkan budaya alam Melayu.

Forum bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa Daripada Sastera Klasik Kepada Filem itu turut dihujani persoalan, di manakah letaknya Melayu dalam filem tersebut?

Pengarah, Ahmad Ibrahim atau nama penanya Mat London, bangkit melontarkan pandangannya kepada tiga ahli panel.

Mereka terdiri daripada Pengkaji Sastera Klasik, Prof. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, Pensyarah Universiti Teknologi Mara, Dr. Mahadi J. Murat dan Timbalan Presiden Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), Kamil Ahmad Mohd. Othman.

Mat London secara khususnya menyatakan, sepanjang durasi filem HMM itu, dia tidak melihat di manakah letaknya unsur Melayu dalam filem tersebut.

"Mana Melayu dalam filem ini? Sudahlah pelakon utamanya bukan orang Melayu dan penggunaan bahasa Inggeris terus jauh membenamkan nilai dan budaya Melayu.

"Tiada apa yang digambarkan dalam filem itu menunjukkan budaya kita," kritik Mat London semasa mengemukakan pandangannya pada sesi soal jawab di forum berkenaan.

Kritikan pedas yang dilontarkan Mat London itu disokong seorang ahli panel forum itu, Siti Hawa Salleh.

Dia juga beranggapan, aktres yang mendokong watak Puteri China dalam filem berkenaan, kurang terserlah kecinaannya.

Sedangkan di Malaysia, kita juga punya aktres kaum Cina yang dirasakan mampu mendukung watak tersebut.

Selain itu, kajian teks klasik filem tersebut turut dipertikaikan kerana kupasan daripada kacamata mereka yang terlibat dalam forum itu jelas mengatakan bahawa unsur sejarah dalam HMM dilihat begitu longgar.

Walau bagaimanapun, Kamil Ahmad berpandangan, sekurang-kurangnya HMM menjadi pembuka jalan atau eye opener kepada penggiat seni yang lain dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).

"HMM adalah pembuka ruang dalam memperkenalkan teknik CGI terhadap industri perfileman tanah air.

"Biarpun masih ada kelemahan dalam penggunaan teknik tersebut namun ia boleh ditambah baik.

"Mungkin selepas ini, akan ada produksi yang berminat untuk menerbitkan lebih banyak lagi filem-filem epik seperti kisah Tok Janggut, Hang Tuah atau pun Kota Melaka.

"Sudah tentu filem-filem berkenaan memerlukan teknik CGI terutamanya untuk mendapatkan set pengambaran yang sesuai," jelasnya yang memuji HMM.

Namun begitu, hujah yang disampaikan oleh Kamil Ahmad itu disangkal oleh pengarah filemBukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin yang merasakan kejayaan filem bukan bergantung kepada teknik CGI semata-mata.

"Bagi saya, teknik CGI akan membuatkan penonton kurang berkeyakinan dengan aksi yang ditunjukkan kerana sudah tentu ia bukan sesuatu kejadian sebenar.

"Contohnya, dalam Bukit Kepong, rumah pasung itu dibakar dengan betul dan saya lihat itu lebih baik daripada CGI," ujarnya berkongsi cerita.

Bagaimana pun, Jins menambah, dalam menjayakan sesebuah filem yang berkisah sejarah, kajian terperinci perlu dilakukan.

"Seperti mana Bukit Kepong, saya mengambil masa membuat kajian selama kira-kira dua tahun di England," ujar pelakon filem Panca Delima itu.

Tidak cukup dengan itu, para pelakon HMM juga turut terkena tempias kritikan petang itu.

Gagal menonjolkan karakter pada watak yang didukung adalah antara komen yang dilontarkan petang itu.

Bagi aktres terkenal tanah air, Sofea Jane, mutu lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon HMM tidak setimpal dengan bajet filem berkenaan.

"Mengapa harus mengeluarkan bajet besar sekiranya pelakon gagal untuk memainkan karakter pada watak mereka.

"Saya bukan melihat dari perspektif seorang pelakon tetapi sebagai individu yang membayar untuk menonton. Watak Merong sendiri gagal memainkan karakternya," jelas pelakon filemSusuk itu.

Bagaimana pun, maklum balas berkenaan dengan segala pandangan dan kritikan yang dilontarkan dalam forum berkenaan tidak terjawab sepenuhnya memandangkan forum itu tidak menampilkan insan-insan yang berkenaan.

Pengarah filem berkenaan Yusry mahupun orang kuat dalam penerbitan HMM tidak dapat menghadiri forum berkenaan kerana dimaklumkan mempunyai urusan lain.

- Utusan

Mesej Bob Marley terus hidup


LUAHAN hati dan pandangan Bob Marley tentang soal kemanusiaan dan kebebasan menerusi muzik reggae menyebabkan dia disanjung di seluruh dunia.

TANGGAL 11 Mei 1981 merupakan saat paling sedih buat penggemar irama reggae di seluruh dunia. Ini kerana, pada tarikh tersebut, pelopor muzik yang berasal dari Kepulauan Caribbean, Bob Marley meninggal dunia menderita penyakit barah selama lebih lapan bulan.

Tahun ini genap 30 tahun Marley atau nama sebenarnya, Robert Nesta Marley meninggal dunia. Nama mendiang dengan irama reggae tidak mungkin luput sampai bila-bila. Suara lemak merdu dan serak-serak basahnya yang begitu bersahaja terus diminati sehingga kini.

Tiada siapa menduga semuanya bermula pada 1963. Marley bersama rakan-rakannya, Bunny Wailer, Peter Tosh, Junior Braithwaite, Beverly Kelso dan Cherry Smith menubuhkan kumpulan yang dinamakan The Teenagers. Ketika itu, muzik ska dan rocksteady menjadi kegilaan mereka.

Itulah permulaan langkah buat Bapa Reggea dunia yang dilahirkan pada 6 Februari 1945 di Saint Ann Parish, Jamaica dalam dunia muzik. Siapa sangka keghairahannya pada muzik yang dicambahkan daripada elemen muzik ska telah membawanya meneroka ke jalur genre reggae.

Marley bukan setakat mengalunkan lagu-lagu yang bersadurkan gaya penyampaian vokalnya yang penuh penghayatan. Malah, ia turut diperkuatkan dengan mesej di sebalik lirik-lirik hasil nukilannya. Ia kebanyakannya tentang nilai kemanusiaan, keadilan sejagat serta kebebasan.

Elemen-elemen itulah yang menjadikan lagu-lagu Marley mempunyai nadi serta kekuatannya sendiri dalam menerjah ke corong halwa telinga dan jiwa para pendengarnya. Reggae yang diperkenalkan oleh beliau berjaya melangkaui batas warna kulit, bangsa, agama dan sempadan negara.

Sejak kelahiran album pertama Marley bersama kumpulannya, The Wailers berjudul The Wailing Wailers pada tahun 1965 irama reggae ibarat barah yang cepat merebak. Iramanya yang menusuk kalbu turut menerawang di seluruh dunia termasuklah persada muzik tanah air.

Selepas 46 tahun kemunculan album itu, muzik reggae turut menjadi pilihan ramai pemuzik tempatan yang ingin meneruskan perjuangan Marley. Isu-isu kemanusiaan yang diperjuangkan oleh penyanyi berambut simpul mati itu seolah-olah tidak mempunyai tarikh luput.

Kumpulan reggae tempatan seperti Republic of Brickfields yang mengetengahkan genre itu sejak lebih 10 tahun lalu misalnya, masih utuh. Muzik itu terus kuat bergema setiap kali mereka mengadakan persembahan. Malah, para peminat mereka juga tidak pernah jemu mendengarnya.

Penyanyi dan gitaris Republic of Brickfields, Aru berkata, lagu-lagu Marley adalah tentang kebebasan dan kemanusiaan yang sesuai diperdengarkan sepanjang zaman. Selagi dunia belum kiamat katanya, maka selagi itulah lirik-lirik dalam lagu-lagunya sesuai untuk dihayati.

“Tidak keterlaluan kalau dikatakan Marley merupakan pelopor irama reggae. Beliau ditakdirkan muncul dalam genre muzik ini untuk menyampaikan mesej-mesejnya yang tersendiri. Ia datang daripada ketulusan hatinya yang ikhlas,” katanya sewaktu dihubungi Hits baru-baru ini.

Republic of Brickfields yang pernah menghasilkan sebuah album berjudul Ganjaran kira-kira lima tahun lalu tidak terkecuali meneruskan jalur muzik reggae. Malah, intipati lirik lagu-lagu yang mereka ketengahkan juga meneruskan semangat dan aspirasi yang pernah diperjuangkan oleh Marley.

Aru dan kumpulannya bukanlah satu-satunya kumpulan reggae tanah air yang mengetengahkan genre muzik itu. Sebaliknya, pengaruh muzik Marley dan The Wailers pernah ditampilkan oleh kumpulan duo, Rampa yang dianggotai oleh Zainal dan Poe pada awal tahun-tahun 1980-an.

Kumpulan yang pernah popular menerusi lagu seperti Jelaskan Hutang dan Jemputan Kahwin itu contohnya, sarat menampilkan lirik-lirik lagu yang berunsur sindiran terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Ia disampaikan secara bersahaja melalui irama reggae mereka.

Sepanjang 16 tahun pembabitan Marley dalam bidang muzik, mendiang telah menghasilkan lebih 10 buah album bersama kumpulannya, The Wailers. Album-album dan lagu-lagunya kini bukan setakat bertaraf malar segar tetapi ia juga terus dirakamkan semula dalam banyak versi.

Selain album The Wailing Wailers, Marley turut menghasilkan album berjudul Soul Rebel (1970), Soul Revolution (1971), Catch A Fire (1973), Burnin (1973), Natty Dread (1974), Rastaman Vibration (1976), Exodus (1977), Kaya (1978), Survival (1979) dan Uprising (1980).

Sementara album Confrontation pula diedarkan pada 1983 selepas kematian mendiang. Semua material itu banyak mempengaruhi para pemuzik dan penggemar irama reggae di seluruh dunia. Genre muzik itu diiktiraf sebagai salah satu genre penting selain klasikal, jazz, blues dan rock.

Sebuah lagi kumpulan reggae tempatan, Pure Vibracion yang ditubuhkan pada 2003 turut sering menyanyikan semula lagu-lagu Marley. Kata vokalisnya, Joe ia bukan sahaja sebagai suatu apresiasi tetapi juga pengiktirafan terhadap lagu-lagu mendiang yang bersifat sejagat.

“Lagu One Love contohnya, adalah sebuah lagu berunsur penyatuan semua manusia tanpa mengira warna kulit. Kami sering menyampaikan lagu itu selain Waiting In Vein yang juga mempunyai nilai-nilai murni dalam liriknya pada persembahan-persembahan kami,” ujarnya.

I Shot The Sheriff, No Woman No Cry, Could You Be Loved, Stir It Up, Three Little Birds dan Buffalo Soldiers antara lagu popular Marley. Banyak pemuzik popular masakini seperti kumpulan U2 sering menyanyikan lagu Redemption Song yang juga pernah dipopularkan oleh Marley.

Ternyata ledakan muzik reggae yang dipelopori Marley cukup membanggakan negaranya, Jamaica. Reggae, Marley dan Jamaica seakan-akan sebati dalam sebuah acuan. Bekas Perdana Menteri Jamaica, Edward Seaga cukup bangga dengan pencapaian Marley.

Pada 21 Mei 1981 iaitu tidak lama selepas kematian Marley, pemimpin negara itu meluahkan pengiktirafannya terhadap ikon terbabit.

“Suara Marley adalah mewakili tangisan dunia. Dia tidak mungkin terpadam dalam minda kita dan sejarah negara ini,” katanya pada suatu ucapan.

Marley yang meninggal dunia di Miami, Florida, Amerika Syarikat bukan setakat mempunyai bakat besar sebagai penyanyi dan penggubah lagu serta lirik. Malah, mendiang juga boleh bermain alat-alat muzik termasuklah gitar, piano, saksofon, harmonika dan percussions.

Sambutan terhadap lagu-lagu beliau cukup ketara apabila album kompilasi bertajuk Legend yang diterbitkan pada 1984 iaitu tiga tahun selepas kematiannya mencecah jualan 25 juta unit di seluruh dunia. Tidak setakat itu, jualan album tersebut masih berjalan sehingga kini!

- Utusan

Kenaikan pangkat guru hingga ke gred DG54

pix_gal0
Najib umum kaedah baru kenaikan pangkat guru PDP

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

“Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

“Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

“Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

“Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

“Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa,” katanya.

- BH

Anwar diperintah membela diri


Anwar Ibrahim diiringi Wan Azizah Ismail keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berjaya membuktikan kes prima facie ke atas pertuduhan tersebut.

Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Selain itu, katanya, keterangan saksi utama tersebut disokong dengan keterangan doktor-doktor bahawa berlakunya penetrasi zakar serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kedua-duanya berada di kondominium berkenaan pada masa seperti dalam pertuduhan.

Anwar yang tekun mendengar penghakiman selama satu jam 45 minit mulai pukul 9.08 pagi, sesekali menoleh ke arah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang duduk bersama anaknya, Nurul Izzah serta penyokong-penyokongnya di galeri awam sambil tersenyum.

Raut wajahnya juga kurang ceria dan didengar seolah-olah mengeluh apabila keputusan selesai dibacakan oleh hakim tersebut.

Mahkamah menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula memberi keterangan membela diri.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata, Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang jujur dan boleh dipercayai yang memberi keterangan tanpa segan silu atau menokok tambah berhubung kejadian liwat tersebut.

‘‘SP1 (Saksi pendakwa pertama - Mohd. Saiful Bukhari) telah disoal balas dengan panjang lebar, SP1 secara konsisten menggambarkan dengan terperinci bagaimana tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam dubur pengadu dengan bantuan cecair pelincir.

‘‘Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas.

‘‘Saya mendapati SP1 adalah saksi yang bercakap benar dan tanpa segan silu atau menokok tambah dalam keterangannya semasa menjelaskan bagaimana dia diliwat oleh tertuduh pada masa dan tempat sebagaimana dalam pertuduhan,’’ ujarnya.

Beliau sebelum itu berkata, pihak pembelaan cuba menggambarkan pengadu sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemuda itu bukan penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah-belah termasuk adik perempuannya yang telah kahwin lari selain pengkhianat kepada Barisan Nasional apabila mengundi PKR pada pilihan raya umum.

Hakim Mohamad Zabidin menegaskan fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan dalam menentukan kredibiliti pengadu tetapi terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, mahkamah perlu meneliti hujahan peguam berhubung tingkah laku pengadu seperti tidak lari selepas diliwat sebaliknya makan dan minum bersama tertuduh, melakukan segala arahan tertuduh ketika kejadian, tidak membuat aduan kepada pengawal keselamatan dan tidak membuat laporan polis dengan serta-merta.

Menurutnya, pihak peguam mendakwa tingkah laku sedemikian menunjukkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan mencadangkan pihak pendakwaan menuduh pemuda itu di mahkamah mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu.

Hakim tersebut bagaimanapun berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk beliau menggunakan kegagalan Mohd. Saiful Bukhari melarikan diri, membuat aduan atau membuat laporan polis bagi menunjukkan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku.

Jelas beliau, tidak sukar untuk memahami kenapa pengadu berkelakuan sedemikian kerana dia ketika itu berusia 22 tahun, bukan pekerja biasa tetapi pembantu peribadi kepada tertuduh yang menjadi idola dan dianggap mempunyai karisma selain pengadu diberi layanan istimewa oleh tertuduh malah menghadiahkannya pakaian.

Selepas mendapati kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas dengan tingkah lakunya itu, menurut Hakim Mohamad Zabidin, soalan seterusnya adakah keterangan tertuduh yang mendakwa dia diliwat boleh diterima dan selamat untuk mahkamah memanggil tertuduh membela diri.

- Utusan

Guru maut perjalanan pulang sambutan Hari Guru

PORT DICKSON: Seorang guru lelaki berusia 56 tahun maut selepas keretanya terbabas dan merempuh sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan pulang menghadiri sambutan Hari Guru di Kilometer 23 Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Md Nordin Md Daud, memandu Proton Iswara seorang diri untuk pulang ke rumahnya di Taman Seri Rembau, Rembau dekat sini, selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa di sini.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat.

- BH

Kes samun 4 beranak : Suspek alim, mesra dengan jiran


JOHOR BAHRU: Bapa kepada empat anak yang menyamun stesen minyak di Bandar Baru Permas Jaya di sini, Sabtu lalu, menggunakan parang dikatakan seorang yang alim serta mesra dengan rakan dan jiran.

Malah, lelaki berusia 49 tahun itu sering membawa anak dan isterinya solat berjemaah dan mendengar kuliah setiap malam Jumaat di sebuah surau berhampiran rumah mereka di Taman Permas Jaya.

Jemaah surau, Farid Talibin, 32, berkata, dia sering melihat suspek yang mesra dengan panggilan ‘Haji’ datang menunaikan solat berjemaah di surau di kawasan itu.

Dia mendakwa hanya menyedari tindakan luar dugaan lelaki itu selepas membaca laporan akhbar dan tidak menyangka suspek sanggup bertindak demikian.


“Saya baru beberapa bulan berpindah ke sini dan bukan rakan karib lelaki terbabit, namun dari raut wajah dan perwatakan lembutnya, saya memang tidak menyangka dia bertindak demikian.

- hMetro

Penunggang motosikal dicekup cuba campak heroin

TERTANGKAP...penunggang motosikal yang ditahan kerana memiliki  heroin seberat tiga gram.
TERTANGKAP...penunggang motosikal yang ditahan kerana memiliki heroin seberat tiga gram.

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penunggang motosikal cuba mencampakkan sesuatu daripada poketnya apabila menyedari sekatan polis gagal selepas perbuatan itu disedari anggota polis, semalam.

Berikutan itu, polis menemui satu peket heroin yang cuba dibuang penunggang motosikal berkenaan ketika operasi di lorong motosikal, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya, di sini.


Difahamkan, suspek berusia 34 tahun dan bekerja sebagai chef di sebuah restoran terkenal di Bangsar, di sini menyimpan sepeket heroin seberat tiga gram dalam kocek kirinya selepas pemeriksaan seluruh badan dilakukan terhadapnya.

Operasi dikenali sebagai Ops Motosikal dan Advokasi itu bermula jam 9.30 pagi hingga jam 12 tengah hari khusus menyasarkan penunggang motosikal.


Ketua Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, seramai 12 anggota dari Unit Kuat Kuasa Khas dan Unit Latihan terbabit dalam operasi itu yang bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi undang-undang sedia ada.


“Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pelbagai kes termasuk samun, ragut, dadah dan kebanyakan membabitkan penjenayah menunggang motosikal.

“Berdasarkan operasi itu, kami mengesan kesalahan lain seperti menunggang tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.


Katanya, 257 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan ke atas 165 penunggang motosikal yang diperiksa sepanjang operasi.

“Lelaki yang ditahan kerana itu diserahkan ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut seksyen Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

- hMetro

Bapa acu pisau rampas bayi

INI DIA...Siti Fairuz menunjukkan gambar Muhammad Darwis yang dilarikan suaminya.
INI DIA...Siti Fairuz menunjukkan gambar Muhammad Darwis yang dilarikan suaminya.

SUNGAI PETANI: Bagi ‘merampas’ anaknya, seorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mentuanya sebelum melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, lelaki terbabit, Zulkipli Mohamad, 31, dikatakan bertindak demikian ketika isterinya, Siti Fairuz Abd Wahab, 24, tiada di rumah kerana ke kedai berhampiran.

Selepas beredar bersama anaknya, Muhammad Darwis Ikhram Abdullah, lelaki itu menghantar SMS dengan menyatakan ‘jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku’ kepada Siti Fairuz.

Siti Fairuz ketika ditemui berkata, sebaik pulang ke rumah, ibunya memberitahu Muhammad Darwis dilarikan suaminya, lalu dia segera berusaha menghubungi Zulkipli melalui telefon bimbit, namun tetapi tidak dijawab lelaki itu.


“Saya meminta bantuan beberapa penduduk dan cuba mencari suami di sekitar kawasan taman perumahan berdekatan, namun gagal. Saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

- hMetro

Rahsia Ubi Kayu Rm 2.4 Juta terbongkar

TAKTIK BARU...Nordin (dua dari kiri) menunjukkan ubi kayu yang digunakan dalam cubaan menyeludup syabu.
TAKTIK BARU...Nordin (dua dari kiri) menunjukkan ubi kayu yang digunakan dalam cubaan menyeludup syabu.

SHAH ALAM: Alasan dangkal dua ‘pelancong’ lelaki warga Nigeria mendakwa membawa ubi kayu dan keledek dikirim rakan di negara ini, membongkar penemuan 9.64 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.41 juta disorok dalam tanaman berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam serbuan berasingan, semalam dan Sabtu lalu, dua suspek terbabit masing-masing membawa beg plastik berisi ubi kayu dan keledek bersaiz gergasi.

Menurutnya, modus operandi menyorokkan dadah di dalam hasil pertanian itu dikatakan kali pertama dikesan di negara ini.

“Kes pertama pada 14 Mei lalu apabila Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA menahan suspek berusia 32 tahun di KLIA selepas curiga bungkusan beg plastik berisi ubi kayu dan keledek gergasi dibawa suspek.


“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan potong yang ditutup dengan lumpur dan tanah. Selepas diperiksa, polis menemui bungkusan plastik dipercayai syabu dalam tanaman itu.

- hMetro

Insurance agent arrested in probe into torching of logging equipment

ON REMAND: The suspect, accompanied by See (left), greeting his supporters outside the courtroom.

KUCHING: A 46-year-old insurance agent from Serian was arrested last Sunday in connection with the torching of logging machinery at a timber camp in Tebedu, Serian.

He has been placed on remand for four days pending investigation.

The suspect from Kampung Tepoi, Serian was arrested in his house in Siburan on Sunday morning.

He appeared before Court Registrar Abdul Razak Senawi who ordered him to be produced in court on May 19 upon expiry of his remand order.

The suspect is the sixth person to be arrested for involvement in torching a motor grader unit, six excavators, two bulldozers, two lorries and six security huts.

Estimated loss is more than RM5 million.

The other five suspects were earlier arrested in Kampung Temong last Friday and placed in police custody at Kuching Central Police Station.

Their remand order expires tomorrow (May 18) and they will be brought to court for mention of their case.

Remanded under Section 117 of the Criminal Procedure Code, they are represented by counsels See Chee How and Desmond Kho.

The case is being investigated under Section 438 of the Penal Code for committing mischief by fire or explosive substance.

The section provides for a maximum 20 years’ imprisonment and liable to a fine upon conviction.

According to the facts of the case, about 500 villagers from 10 villages launched a protest against the logging activity.

They claimed encroachment of the loggers into their land, and that the logging activity had damaged their crops including their padi fields.

Several days earlier the protesters damaged a wooden bridge to stop logging trucks from entering their land.

Yesterday, about 20 villagers and an observer of the land dispute came to support the latest suspect.

- The Borneo Post

Assyakirin Mosque holds fun Family Day Carnival

FUN DAY: Abang Akip (third left) presents the donation to Abang Arshad (third right).

BINTULU: Assyakirin Mosque Family Day Carnival held last weekend received an overwhelming response from the general public.

Visitors to the carnival enjoyed the day participating in various activities and competitions held such as cooking, fruits composition, colouring, memorising and street soccer.

In the cooking competition Siti Aisyah Hussin was crowned the champion while second and third places went to Hamdiah Abdullah and Rohani Mamat respectively.

The winner received an electric oven, turbo fan and a bag of rice, while second and third places winners received an electrical rice cooker and mill, including a bag of rice each.

In the fruits composition contest, the first prize went to Siti Aisyah Hussin, followed by Seniah Mat and Dayang Kamisiah Awang Sebli in second and third places respectively.

Fatin Nurwinnie Afiqah won in the colouring contest for children aged 10 to 12. Second and third places went to Fatin Farihah Saffiya Abdul Rahman and Ahza Athirah Jamit respectively.

For the 7 to 9 years old category, Wan Ismadzarthul Dahlia Osman won the first place, followed by Khairul Ikhwan Abd Malika and Nur Hamsah Zain respectively.

In the memorising competition for level one, Hariz Nabil Habiborllah emerged the winner in the boys’ category. Second place went to Muhammad Nizamuddin Zakaria and Abdul Mukmin Mohd Daud, third place.

For the girls’ section, Dyg Nur Fatimah Awg Drus won while second and third places went to Nur Hasimah Zain and Mirza Farzana Johari respectively.

While in level two, the winner was Afdhal Bahrain and second place went to Abd Rahman Mohd Daud. Tasmin Aminuddin won in the girls’ section followed by Nur Atiqah Azzahidah Azman and Nur Amirah Fatimah Kadir.

Senior manager for state Bernas Administration and Finance Department Abang Akip Abang Abdul Majid, director of Ban Say Tong Sdn Bhd Kueh Ching and Bernas Marketing Department assistant manager Simon James Gaon presented the prizes to the winners.

Also present were executive of Marketing and Planning Department Sarawak Bernas Shahrizan Amat and secretary of Assyakirin Mosque Abang Arshad Abang Anuar and other mosque management and committee members.

The inaugural carnival was sponsored by Bernas and Ban Say Tong Sdn Bhd (Bernas Group member). Bernas also contributed RM1,000 to help finance the family day carnival.

- The Borneo Post