Rabu, 30 Mac 2011

Agensi Pekerjaan Intelek Sdn Bhd (KL) : Personal Banker (35 immediate positions!!!)

We are a job recruitment company providing recruitment services of all levels to leading corporations in various industries. On behalf of our client, we are currently looking for the right candidate to fill the following position :

Personal Banker (35 immediate positions!!!)
MYR 2600 - 3500
(Kedah, Kuala Lumpur, Penang, Perak, Selangor, Sarawak)

Requirements:

  • Excellent inter-personal skills and good social networking skills.
  • Ability to articulate well with mature customers.
  • Good command of English in both spoken and written.
  • Sales driven and able to work under pressure.
  • Ability to speak in Mandarin would be an added advantage.
  • Fresh graduates are encouraged to apply.

All qualified candidates are requested to register online at www.intelek.com.my or walk-in for an interview session at the following address:
Interview Time:
Monday to Friday: 9.00 am - 5.30pm
Saturday: 9.00 am - 12.30pm
Agensi Pekerjaan Intelek Sdn Bhd (HQ)
Suite 4.01, 4th Floor, Wisma MCA
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2161 2121

International Tuition School : Teacher (10 vacancies)



founded in early 1985, International Tuition School is the pioneer in English Language teaching in Sarawak. In 2010, it added a new stream of All-Subject Tuition for school children. In line with our continuous expansion plan, we are looking for dynamic and talented individuals who love working with children for the following position:

Teacher
(Sarawak - Kuching)

Requirements:

  • Candidate must possess at least a STPM, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Master's Degree, Professional Degree in Education/Teaching/Training, TESL or equivalent.
  • At least 1 year of teaching experience.
  • Good command of English, Bahasa Malaysia and Mandarin.
  • Applicants must be willing to work in Kuching.
  • Fresh graduates/Entry level applicants are encouraged to apply.
  • 10 Full-Time, Part-Time, Contract and Temporary positions are available.

Penolong Jualan SPNB (34 Kekosongan)


(Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Pahang, Perak, Sabah, Selangor, Sarawak)

Responsibilities:

  • Menjalankan aktiviti jualan
  • Membantu kerja-kerja dokumentasi di pejabat jualan
  • Membantu pembeli dalam pemprosesan dokumentasi
  • Bertindak sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan kepada prospek yang datang ke pejabat jualan
  • Berurusan dengan panel peguam SPNB dan Bank
  • Waktu bekerja 9.00 pagi sehingga 6.00 petang

Requirements:


  • Taraf jawatan adalah kontrak minimum (1) tahun dan akan disambung berdasarkan prestasi jualan.
  • Gaji tetap bulanan RM400.00
  • Komisyen RM300.00 bagi setiap unit yang dijual berdasarkan konsep ’Introducer fee’.
  • Pengalaman dalam bidang jualan sekurang-kurangnya (1) tahun, walaubagaimanapun calon tanpa pengalaman juga adalah digalakkan memohon.
  • Dinamik dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan berkomunkasi yang baik
  • Kakitangan ditempatkan sepenuh masa di setiap lokasi projek, keutamaan kepada (penduduk tempatan)
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar butir-butir peribadi yang lengkap termasuk kelayakan akademik/professional, pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon berserta lampiran salinan sijil-sijil, salinan keputusan peperiksaan akhir dan juga sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
Seksyen Sumber Manusia
Tingkat 10, Bangunan MAS
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2052 3838

RM788j untuk tanggung subsidi gula tahun 2010 - KPDNKK

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kerajaan memperuntukkan RM788 juta bagi menanggung subsidi 1.26 juta tan metrik gula sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata, walaupun harga gula dinaikkan daripada RM1.40 kepada RM2.10, kerajaan masih menanggung subsidi 40 sen bagi setiap satu kilogram gula, dan menurutnya kenaikan harga gula itu berpunca daripada kenaikan harga mentah di pasaran dunia.

"Ia naik disebabkan beberapa faktor seperti bencana alam dan keengganan negara pengeluar mengeksport hasil keluaran mereka,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011, bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut beliau, di Thailand, gula dijual pada harga RM2.31, di Filipina (RM4.51), Singapura (RM3.61) dan di Indonesia (RM3.60). – Bernama

Bunuh ! Gara-gara Cinta tak terbalas !

DI SINI...rumah sewa tempat mangsa dibunuh, semalam.
DI SINI...rumah sewa tempat mangsa dibunuh, semalam.
KESAN DARAH...tempat mangsa tidur ketika ditikam.
KESAN DARAH...tempat mangsa tidur ketika ditikam.

MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.

“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.

“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

-hMetro

Perak haramkan tarian poco-poco


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

- Kosmo

1,000 kanak-kanak lemas setiap hari : Kajian TASC & UNICEF

KUALA LUMPUR –Kajian yang dijalankan The Alliance for Safe Children (TASC) dan United Nations Children's Fund (UNICEF) mendapati lebih 350,000 kanak-kanak dianggarkan mati lemas di Asia setiap tahun.

Angka ini diterjemahkan kepada hampir 1,000 kanak-kanak mati lemas dalam sehari.

Kejadian lemas dikenal pasti sebagai punca utama kematian kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun di banyak negara Asia.

Menurut laporan Badan Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICEF, kes lemas yang tidak membawa kepada kematian memberikan impak terhadap ekonomi serta kesihatan disebabkan kerosakan otak yang berlaku bagi mangsa yang selamat daripada lemas.

Menurut laporan itu, kempen kesedaran yang dijalankan tidak efektif bagi mengurangkan kadar kematian daripada insiden lemas.

"Insiden lemas di Malaysia menunjukkan kes lemas terjadi secara tidak menentu dan perhatian yang lebih diperlukan terhadap isu ini,” kata Naib

Presiden Persatuan Menyelamat Nyawa Malaysia (LSSM), Chan Kwai Fong di sini hari ini.

Katanya, LSSM sedang berusaha ke arah mengurangkan insiden mati lemas di negara ini. – Bernama

Video seks: Perhimpunan NGO desak Anwar letak jawatan

KOTA BHARU 30 Mac – Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.

Dalam perhimpunan kira-kira pukul 11 pagi ini di hadapan Istana Balai Besar dekat sini, mereka turut mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi memastikan siasatan dibuat lebih baik dan terbuka.

Mereka turut membawa pelbagai jenis banting sambil melaungkan 'Anwar berundur' dan 'Anwar pembelot'.

Aktivis masyarakat, Mohd. Noor Ismail yang mengetuai perhimpunan itu ketika ditemui berkata, dua tuntutan tersebut dibuat untuk memastikan rakyat dapat mengetahui perkara sebenar berkaitan video tersebut.

"Kami meminta Anwar letak jawatan secara terhormat dan suruhanjaya ditubuhkan terhadap video seks itu yang didakwa membabitkan pelacur dari luar negara.

"Demi agama Islam dan maruah Melayu, Anwar perlu meletak jawatan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa memberikan apa-apa alasan," katanya. – Utusan

Pinjaman isi rumah dijangka meningkat 5%

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pertumbuhan pinjaman isi rumah pada tahun ini dijangka hanya meningkat lima peratus berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan peraturan pinjaman.

Bank pusat itu telah membataskan pemilikan kad kredit sebelum ini dan juga menurunkan kadar pembiayaan bank kepada 70 peratus untuk pembelian rumah ketiga.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, pada tahun lalu, hutang isi rumah dalam perbankan berjumlah RM486 bilion, peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding 2009.

Katanya, hutang isi rumah merujuk kepada pinjaman seperti pembiayaan kereta, kad kredit, rumah dan peribadi.

Katanya, jumlah itu mewakili 55 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang sebanyak RM876 bilion pada tahun 2010, di mana selebihnya adalah pinjaman perniagaan.

"Langkah pengekangan itu penting dalam usaha mengawal masalah pinjaman tidak berbayar yang boleh mendatangkan krisis ekonomi," katanya selepas merasmikan BankTech Asia 2011 di sini hari ini.

Beliau turut merujuk bagaimana pinjaman tidak berbayar membawa masalah di Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya memberi kesan kepada ekonomi global.

"Pihak bank seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memudahkan pinjaman kepada perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana ia boleh memacu pertumbuhan ekonomi," ujar beliau.

320 pemegang Sijil HALAL sah di negeri ini, MAIS Sarawak tarik balik 3 sijil

Daud Abdul Rahman

SIBU: Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) menarik balik tiga sijil halal daripada tiga syarikat di Kuching awal tahun ini kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman berkata me-reka didapati gagal mematuhi standard dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

“Salah satu sebab paling serius sijil halal itu ditarik balik kerana menggunakan bahan beralkohol dalam masakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pengesahan halal MAIS di sini semalam.

Daud berkata dua daripada pemegang sijil yang digantung itu kini dalam proses untuk membuat permohonan baru.

Kini terdapat sebanyak 320 pemegang sijil halal di negeri ini.

“Sijil halal akan dikembalikan semula kepada syarikat atau premis makanan yang digantung sijilnya jika mereka dapat mematuhi syarat yang ditetapkan setelah diperiksa dan diaudit semula oleh pe-gawai JAIS,” katanya.

Daud berkata semua pengusaha premis makanan atau pengeluar produk yang telah mendapatkan sijil halal diingatkan supaya sentiasa mematuhi standard dan prosedur termasuk soal kebersihan seperti sanitasi, sistem pengaliran dan kumbahan, kebersihan persekitaran dan sebagainya.

Beliau berkata penggunaan logo halal dibenarkan dalam tempoh dua tahun tetapi ia tidak diperbaharui secara automatik.

“Pegawai JAIS Sarawak dan agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Penguasa Veterinar Negeri Sarawak dan Jabatan Kimia Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sarawak akan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

“Sekiranya pemegang sijil halal gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan, maka amaran pertama akan diberi dan sekiranya mereka masih berdegil, sijil halal itu akan ditarik balik,” katanya. — Bernama

RHB Bank Sungai Merah mula beroperasi

CAWANGAN BARU: Yong (kiri) dan Ling bersama-sama memotong reben sebagai simbolik merasmikan RHB Cawangan Sungai Merah di Sibu, semalam.

SIBU: RHB Bank Berhad Cawangan Sungai Merah di sini telah memulakan operasi pertamanya, semalam.

Cawangan bank itu terletak di Sungai Merah, Lorong 2C yang mempunyai lapan orang kakitangan dan dirasmikan sendiri oleh Pengurus RHB Bank Berhad Kawasan Tengah Sarawak, Yong Ung Kwong.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Yong memberitahu, cawangan itu merupakan cawangan kedua di Sibu selepas satu lagi cawangannya yang terletak di Jalan Tuanku Osman di sini.

“Kita mengharapkan sokongan dan kerjasama berterusan daripada pelanggang kita, khususnya komuniti perniagaan di Sungai Merah.

“Kawasan Sungai Merah mempunyai kepadatan penduduk yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu, kewujudan cawangan kedua kita di sini amat tepat,” tambahnya.

Menurut Yong lagi, cawangan RHB Sungai Merah itu akan diuruskan oleh Miranda Ling Kuok Nguk, selaku pengurus cawangan, yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam sektor perbankan.

Di negara ini, RHB mempunyai sebanyak 199 buah cawangan sementara di negeri ini bank tersebut mempunyai 23 buah cawangan.

- UB

S’wak diungkup belanja tambah RM50j dikena ngaga 600 buah RMR

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

MUKAH: Belanja tambah RM50 juta kena ngaga urung 600 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR), beduduk ari kaul ti manah entara perintah besai enggau perintah menua.

Menteri Pengawa Berumah Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (gambar) madahka belanja nya nyadika tambah RM45 juta ti udah diterima sebedau tu kena ngaga 658 unit rumah kesemua iya.

Iya bejaku enggau media tembu bejadika kelai nirika 19 buah agi unit RMR ba Genturung Pendiau Nelayan ditu ari baruh renggat keterubah pakej pelin pengerembai.

“Kaul nya besai endar reti. Bakani pan patut ditanka lalu pengawa bepilih besai menua ti ke-10 tu mih maya ti pemadu manah endur ngemanahka agi pemutus nya ila.

“Menteri Besai kitai Datuk Seri Najib Tun Razak nelap amat ati sereta beratka pengingin kitai,” ku iya.

Ku Johari nengah duit agih baru nya, unit baru nya deka tembu dalam kandang dua nyentukka tiga taun udah belanja nya dipansutka.

Ku iya semina perintah Barisan Nasional aja ba dunya tu ti bejalaika polisi nyaup raban orang ke bepemisi mit ngembuan rumah kediri nengah rega ke patut sereta ngungkupka duit injau enda bebungai.

“Perintah nyual seunit rumah ti ulih diempu nya enggau rega mampu milik RM50,000 sereta RMR RM79,000.

“Enti Sema rega perengka kena nirika rumah ti dijual bisi niki, perintah deka nanggung nya ngambika enda nating rayat,” ku iya.

Nyerumba nya mega lebuh ke bejaku, Johari madahka rumah panjai ti keterubah ba Sarawak ti didirika nunda pelin baru kena ngurangka penusah angus deka dipejadika ba Bakong, Miri kenaka 30 Mac tu.

“Rh.Chabo deka diberi basa nyadi rumah panjai keterubah ke bisi surat padu rumah nya kediri empu ungkup sida serumah. “Enggau surat padu nya, sida tau meli insurans rumah angus,” ku iya. — Bernama

Wakil rakyat dan penduduk ceriakan Rumah John Nunong

MAJLIS Pemimpin Bersama Rakyat dan Program Jiwa Murni Kerajaan Negeri di Rumah John Nunong Kampung Kelati di Limbang baru-baru ini dirai cukup meriah oleh penduduk lapan buah rumah panjang.

PENUH: Penduduk dari lapan buah rumah panjang memeriahkan Program Jiwa Murni.

TURUN PADANG: (Duduk dari kiri) Hasbi dan Paulus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan penduduk Kampung Kelati.

1MALAYSIA: Rombongan ahli Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menunjukkan 1Malaysia sebelum berangkat ke Kampung Kelati.

PENUH MINAT: Tuai rumah panjang mendengar amanat serta dasar-dasar kerajaan yang disampaikan Hasbi.

AMANAT PENTING: Hasbi menyampaikan ucapannya.

TURUT SERTA: Para jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan turut hadir.

PENGHARGAAN: Paulus menyerahkan tanda penghargaan kepada bekas Tuai Rumah Nunong.

MESRA RAKYAT: Hasbi (empat kiri) sempat bergurau dengan Tuai Rumah John (tiga kiri).

ALBUM: Para kenamaan merakamkan kenangan bersama penduduk di Kampung Kelati.

RINGAN BEBAN: Hasbi menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima.

Program berkonsepkan turun padang anjuran kerajaan negeri itu memberi peluang kepada wakil rakyat untuk merapatkan hubungan dan berkongsi masalah dengan per ingkat akar umbi selain menyampaikan dasar-dasar dan program kerajaan.

Hadir sama Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pegawai Daerah Limbang Anyi Ngau, Penyelia Kanan KEMAS Asmah Yassin, Pegawai Penerangan Daerah Siti Mariam Mahdar dan para jemputan lain.

Pada majlis sama Hasbi dan Paulus turut menyerahkan geran kerajaan kepada lapan buah rumah panjang di kawasan terbabit selain sumbangan kepada biro wanita di kawasan berkenaan.

- UB

Sharing