Sabtu, 29 Januari 2011

Isteri Rakyat Indonesia Kebas Duit Syarikat Suami RM315,000


BALIK PULAU: Seorang rakyat Indonesia berasal dari kawasan Palembang, Sumatera Selatan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas kesalahan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM315,000 milik syarikat suaminya seorang rakyat tempatan sejak Mac 2009.


Kebas duit  suami
Tertuduh, Devi Mulya Tristiati, 38, pengarah syarikat Ibrahim Hashim Sdn Bhd terletak di 96, Tingkat 2, Jalan Mayang Pasir, Taman Sri Tunas, Bayan Baru yang menyediakan perkhidmatan mengutip sampah bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Devi didakwa menggunakan kuasanya sebagai pengarah dengan mengarah serta menandatangani 21 cek milik syarikat yang masing-masing bernilai RM15,000 dikeluarkan atas namanya tanpa pengetahuan dan kelulusan pengarah urusan syarikat iaitu suaminya, Ibrahim Hashim, 74.

Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa, Devi yang memakai sepasang kot berwarna kelabu faham dengan pertuduhan ke atasnya, menggeleng kepalanya sebagai tanda tidak mengaku salah.

Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan, yang mengendalikan pertuduhan terhadapnya kemudiannya memohon kepada mahkamah untuk menetapkan RM20,000 sebagai ikat jamin dengan dua penjamin warga Malaysia.


Peguam RSN Rayer yang mewakili tertuduh juga akur kepada jumlah berkenaan dan tidak memohon kepada mahkamah untuk mengurangkan nilai ikat jamin.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM20,000 dan dua penjamin serta menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika disabit kesalahan.

Harian Metro difahamkan, Devi adalah isteri kedua kepada Ibrahim yang juga peniaga di kawasan Bayan Baru dan mereka sudah berkahwin sejak 13 tahun selepas isteri pertama Ibrahim meninggal dunia.

Artis mangsa minyak dagu

KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Artis mangsa minyak dagu

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.


Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.


“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.


“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.


“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.


“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.


Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.


Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala.


“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu, bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongan daripada Allah.


“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpa pengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmu hitam,” kata D.


Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu pada badannya.


“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untuk mengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.


D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga D berakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.


“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia tak tahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragut kebahagiaan rumah tangga saya.


“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadi pengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan lelaki,” katanya.

Wanita Malaysia jadi mangsa ugutan pemburu siber India

NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia tidak menduga hubungan yang terjalin antaranya dengan seorang duda melalui sembang internet mulai November tahun lalu, kini menimbulkan masalah besar hingga memerlukannya mendapatkan bantuan Polis India dan Interpol untuk menyekat pemburu siber berpejabat di Bangalore itu daripada mengganggu kehidupannya.

Masalah timbul apabila wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun dan bekerja dengan sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur itu membuat keputusan memutuskan hubungan mereka setelah mendapati lelaki berkenaan cuba mengawal kehidupannya.

Akibat marah dengan keputusan wanita itu, suspek, yang dipercayai bertugas sebagai perunding bebas teknologi maklumat dengan sebuah bank komersial terkemuka India, mula mengugutnya melalui email dan telefon.
"Saya dapat mengesan wujud kecenderungan luar biasa dalam pemikiran dan tindakannya, yang bersifat mengongkong dan terus membuat keputsuan untuk memutuskan hubungan dengannya. Ini menimbulkan kemarahannya.

"Kemudian dia mula mengirim emel yang penuh dengan maki-hamun dan mengugut saya melalui telefon. Lebih dahsyat lagi, dia telah menggodam ruang sembang internet, Facebook, email pejabat dan email peribadi saya untuk memburu saya dan mencuri alamat email rakan sekerja, kawan dan saudara-mara saya," kata mangsa dalam suratnya kepada pejabat Konsul Besar Malaysia di Chennai semalam.

Oleh kerana bimbang tentang keselamatan dirinya, wanita itu memohon bantuan pejabat konsul besar Malaysia untuk menyekat perbuatan lelaki yang mengugutnya itu. Salinan surat itu dikirim kepada Bernama.

"Saya jadi tertekan apabila dia mengancam akan mengirim email untuk merosakkan nama baik saya kepada lebih 100 alamat email yang didakwa didapatinya. "Nampaknya, setiap pihak yang saya mohon pertolongan, tidak memberi sebarang bantuan, walaupun saya mengemukakan bukti yang saya telah diugut," kata wanita itu dalam suratnya.

Mangsa juga berkata dia telah membuat laporan polis dan merujuk kesnya itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi tidak mendapat sebarang jawapan positif.

Malah, wanita itu berkata dia telah meminta bantuan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur supaya menghalang lelaki itu daripada terus mengugutnya.

Seorang pegawai kanan polis bahagian jenayah siber India yang dihubungi Bernama berkata oleh kerana kes itu melibatkan warga asing, maka mangsa perlu memfailkan kesnya melalui pihak berkuasa Malaysia.

"Tidak banyak yang boleh kami lakukan sekarang. Dia perlu failkan laporan dengan polis Malaysia, yang kemudiannya akan menghubungi Interpol dan setelah mendapat arahan CBI (Biro Siasatan Pusat India), barulah kami boleh bertindak.

"Ini boleh mengambil masa berminggu-minggu atau beberapa bulan. Kami menerima banyak aduan seperti ini," kata pegawai berkenaan. - BERNAMA

Anuar rampas jersi raja pecut



Anuar Manan mengangkat tangan di atas podium setelah dinobat sebagai pemilik baru jersi biru atau Raja Pecut LTdL 2001, sejurus tamat perlumbaan peringkat keenam dari Rawang ke Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA - Anuar Manan merampas jersi Raja Pecut yang dimenangi pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lalu, apabila menduduki tempat kedua pada perlumbaan peringkat keenam LTdL 2011 dari Rawang ke Putrajaya semalam.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu berjaya menyambar jersi biru dari seteru utamanya tahun ini Andrea Guardini (Farnese Vini-Neri Sottoli), walaupun pelumba dari Itali itu berjaya muncul juara pada perlumbaan sejauh 106.7 kilometer itu.

Anuar yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala rakan sepasukan Guardini, Takashi Miyazawa di tempat ketiga.

Bagaimanapun, Anuar, 24, seperti belum puas dengan pencapaiannya setakat ini, kerana sasarannya ialah sekurang-kurangnya memenangi salah satu daripada 10 peringkat perlumbaan pada edisi kali ini.

Dia tetap berasa bersyukur kerana akhirnya dapat menyarung jersi biru selepas enam peringkat perlumbaan. Namun, dia tidak boleh terlalu gembira selagi sasaran memenangi satu peringkat perlumbaan, belum tercapai.

"Saya tidak puas hanya muncul naib juara pada perlumbaan hari ini (semalam)," jelasnya.

Anuar turut mencatatkan kedudukan yang sama pada perlumbaan peringkat ketiga dari Taiping ke Sitiawan, Selasa lalu.

Sehari sebelum itu, Anuar menamatkan perlumbaan peringkat kedua dari Kangar ke Butterworth di tempat ketiga, sekali gus membolehkannya menyarung Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) selama dua hari berturut-turut.

"Saya lebih banyak mengekori Guardini pada perlumbaan hari ini. Ia adalah sebagai strategi untuk terus bersaing dengan pelumba kelahiran Itali berusia 22 tahun itu.

"Kadang-kadang Guardini memperlahankan kayuhannya kerana dia tidak mahu saya mengekorinya tetapi mujur saya dapat bersaing dengannya sehingga ke garisan penamat," kata Anuar.

Menurutnya, perlumbaan semalam juga agak sengit kerana semua pelumba bersemangat dan bertungkus-lumus untuk mengutip mata.

"Saya harus berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan dan juga penyokong-penyokong tempatan yang hadir memberikan sokongan sepanjang perlumbaan.

"Sokongan padu daripada mereka telah menaikkan semangat saya serta rakan-rakan yang lain dan kehadiran mereka tidak sia-sia kerana saya telah menghadiahkan sesuatu buat mereka," katanya.

Kata Anuar, dia tetap optimis mampu merealisasikan sasarannya pada LTdL 2011 dengan memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat perlumbaan.

"Satu mata yang membezakan saya dengan Guardini bukan jurang yang besar, jadi saya harus bertindak lebih agresif jika mahu mengekalkan jersi biru.

"Bebanan semakin berat tetapi semua itu tidak mustahil untuk dicapai kerana saya yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan yang lain," ujarnya.

Anuar yang mewakili pasukan dari Korea Selatan tahun lalu, muncul pelumba pertama negara memenangi satu peringkat selain menjadi pelumba pertama dari Asia yang merangkul gelaran Raja Pecut.

Sementara itu, jurulatih TSG, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan berkata, dia telah menyusun strategi bagi membolehkan anak-anak buahnya memenangi perlumbaan peringkat keenam semalam.

"Sasaran kami mahu menang tetapi tidak ada rezeki lagi. Guardini memang jaguh pecut yang bagus dan terbaik ketika ini, susah buat pelumba kami terutama Anuar untuk menyaingi kehebatannya.

"Saya hanya berharap, kalau ada rezeki, salah seorang pelumba TSG akan menaiki podium selaku juara pada baki empat peringkat perlumbaan selepas ini," katanya.

MyKad siap dalam sehari

Mulai Feb S’wak mampu proses permohonan MyKad kanak-kanak dalam 24 jam

KUCHING: Bermula akhir Februari ini, semua permohonan MyKad pertama bagi kanak-kanak berusia 12 tahun di Sarawak bakal siap dalam tempoh sehari, berbanding 30 hari sebelum ini, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak Datuk Abu Bakar Mat.

Beliau berkata perkhidmatan percetakan MyKad bagi kanakkanak berusia 12 tahun hanya boleh dilakukan di cawangan JPN di Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga, di sini.

“Pengurangan tempoh dari 30 hari kepada sehari akan memberi keselesaan kepada pemohon kerana tempoh menunggu MyKad dapat dikurangkan di samping meningkatkan sistem penyampaian JPN khasnya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Abu Bakar berkata secara purata, kira-kira 40,000 kanakkanak berusia 12 tahun akan membuat permohonan MyKad kali pertama di negeri ini setiap tahun.

Beliau berkata JPN Sarawak juga telah melaksanakan percetakan MyKad gantian di pejabatnya di sini, bermula tahun lalu.

Sementara itu, Abu Bakar berkata Unit Bergerak JPN akan melancarkan 67 operasi di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi dengan jalan darat di Sarawak untuk membantu penduduk negeri ini mendapat dokumen pengenalan diri pada tahun ini.

Beliau berkata antara kawasan yang akan menjadi tumpuan unit tersebut termasuk Baram di Miri, Kapit dan Bintulu.

Katanya kos operasi yang berlangsung selama lima hari itu mencecah sehingga RM7,000 memandangkan sewa kenderaan pacuan empat roda ialah RM700 sehari dan bagi setiap operasi, dua buah kenderaan pacuan empat roda diperlukan.

“Ini merupakan usaha JPN Sarawak untuk memastikan semua penduduk di negeri ini memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya sambil menambah 62 operasi telah dijalankan pada tahun lepas.

Abu Bakar berkata 16 kawasan di negeri ini dikenal pasti sebagai ‘white spot’ yang penduduknya telah pun memperoleh dokumen pengenalan diri.

“Unit Bergerak JPN akan menjadikan white spot ini sebagai pusat kepada kampung dan rumah panjang berdekatan untuk membolehkan penduduk berdekatan turut menikmati perkhidmatan JPN. Kita akan mem-buat lawatan berjadual ke kawasan-kawasan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abu Bakar menegaskan JPN Sarawak tidak pernah mengeluarkan sebarang surat meminta pemohon dokumen pengenalan diri supaya membuat bayaran.

Beliau berkata pejabat JPN cawangan Limbang telah mengesan surat yang memalsukan kepala surat jabatan itu yang meminta bayaran untuk memproses dokumen sijil kelahiran dan MyKad.

Kejadian itu, katanya terbongkar apabila seorang pembawa surat rasmi yang menggunakan kepala surat palsu dan ditandatangani ‘pengarah JPN’ yang tidak wujud, berurusan di pejabat itu bagi menyemak status permohonan sijil kelahiran dan MyKad seorang pemohon.

Berdasarkan surat itu, beliau berkata individu yang menyamar sebagai pengarah JPN Sarawak telah meminta pemohon menyediakan wang pos sebanyak RM200 untuk tujuan memproses dokumen sijil kelahiran dan MyKad.

Beliau meminta orang ramai supaya berurusan terus di manamana pejabat JPN yang berdekatan tanpa melalui pihak ketiga.

“JPN akan mengeluarkan resit rasmi mengikut urus niaga yang berkaitan. Mereka yang dikenakan bayaran oleh pihak ketiga dinasihatkan membuat laporan polis dengan segera,” katanya.

Abu Bakar berkata laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang semalam berkaitan penggunaan kepala surat palsu JPN. — Bernama

Wanita hamil antara mangsa nahas bas dan lori

BINTULU: Wanita mengandung enam bulan merupakan antara dua mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah bas penumpang dan lori pengangkut baja di Tatau, dekat sini, pagi semalam.

IMPAK PERTEMBUNGAN: Keadaan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kuching ke Miri selepas bertembung dengan lori dari Bintulu ke Tatau.

Dalam insiden pada jam 6.15 pagi itu, mangsa, Cheria Menua, 39, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Poliklinik Tatau.

Cheria bersama suaminya, pemandu lori terbabit, dikatakan dalam perjalanan ke pekan Tatau dari Bintulu.

Seorang lagi mangsa yang turut terkorban ialah penumpang bas yang merupakan lelaki warganegara India, dikenali sebagai Ranjit Singh, 55.

Ranjit yang duduk di depan di bahagian kanan bas, me-ninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Tatau- Bintulu, turut mengakibat-kan empat penumpang bas dan pemandu lori cedera parah.

Ketua Polis Tatau DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, tayar hadapan sebelah kiri bas dari arah Tatau menuju ke Bintulu itu dipercayai meletup.

“Tayar yang pecah menye-babkan pemandu gagal mengawal bas, lantas memasuki lorong bertentangan menye-babkan sebahagian badan bas dan lori bertembung,” kata-nya.

Bas yang membawa 15 orang penumpang itu dalam perjalanan ke Miri selepas bertolak dari Kuching pada jam 7.30 malam kelmarin.

Kemalangan itu menyebabkan dinding kanan bas ter-koyak, manakala lori tersebut terbabas ke dalam parit.

Two die in bus-lorry collision at Tatau-Bintulu Road

BINTULU: A pregnant woman and a foreigner were killed when an express bus collided with a fertiliser-laden lorry at Km 4, Tatau-Bintulu Road yesterday morning.

WRECKED: Right side of bus exposed in the collision.

The two dead were bus passenger Ranjit Singh, 55, and lorry passenger Cheria Menua, 39.

The woman who was pregnant was the wife of the lorry driver. The incident occurred at 6.15am.

Ranjit who sat in front on the right side, died at the scene while the woman died in Tatau Policlinic shortly after.

The bus driver and a bus passenger were seriously injured.

Tatau police chief DSP Zaizodin Wan Jaafar Wan said the bus was heading to Bintulu when its left front tyre exploded.

“The bus went out of control, entered the opposite lane and collided with the lorry,” he added.

The bus was carrying 15 passengers on the way to Miri after departing from Kuching at about 7.30pm on Thursday night.

Meanwhile, the lorry was on the way to Tatau town.

Due to the impact the lorry skidded into the ditch while the right side of the bus was wrecked.

Rainforest World Music Festival 2011 expected to generate RM20 million

KUCHING: This year’s Rainforest World Music Festival (RWMF) to be held from July 8 to 10 is expected to generate around RM20 million for the local tourism industry.

SAPE MASTER: Mathew Ngau (right), a Kenyah from Lg Semiyang Ulu Baram, shows Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan (second right), Permanent Secretary to the Ministry of Tourism and Hertiage Datuk Ik Pahon (left) and Sarawak Tourism Board CEO Datuk Rashid Khan how to play the Orang Ulu musical instrument. — Photo by Jeffery Mostapha

Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, who is also Tourism and Heritage Minister, said last year’s event raked in RM13 million.

He said the target of RM20 million for this year should be achievable by promoting the event more aggressively, including among European countries.

“Eventually we want to make sure that this festival is not only confined to the usual people who come from neighbouring countries like Singapore or Brunei but beyond, such as Hong Kong, Australia or more far away countries.

“Europe is also likely to be included in a bigger way, but we never really hard sell the event to them. This time we should hard sell it in Europe so that we can get more people to come from outside the usual areas,” he said.

Last time there were about 40 percent foreigners and this time the target is 70 per cent, Dr Chan told reporters during a media conference in conjunction with the unveiling of the new logo for RWMF at his office in Wisma Bapa Malaysia here yesterday.

Earlier, Sarawak Tourism Board (STB) chief executive officer Datuk Rashid Khan said they were having an early start in preparation for RWMF 2011 to ensure greater success.

He said this year they were targeting 21 bands (19 international and two locals) to perform on three consecutive nights.

The response to this year’s festival was encouraging with all 1,000 special promotion online tickets launched in October last year snapped up.

“The second phase of the promotion which is ongoing indicated an 80 percent growth trend and I am confident we will be able to achieve the desired result,” he said.

To-date RWMF 2011 organisers have confirmed performers from France (Startijenn). Also going on stage are Pacific Curls – New Zealand, Mamak Khadem – Iran, The Blue Canyon Boys – US, Lisa Haley & The Zydekats – US, The Shin – Georgia, Eastern Europe, Ikswew – Canada, Frigg – Finland, Malick Pathe Sow – Senegal, Agungbeat – Malaysia, Victor Valdez Trio – Mexico/Australia, Ilgi – Latvia, Hanggai – China, Kissmet – India/UK, Paddy Keenan Trio from Ireland, Duoud – Tunisia/Algeria, Joaquin Diaz – Dominican Republic, Kamafei – Italy, Kenge Kenge – Kenya and Warsaw Village band – Poland.

Daily tickets priced at RM110 per adult and RM55 per child, aged three to 12, are now available online at www.ticketcharge.com.my while a three-day pass for adults costing RM300 and RM150 for children, aged three to 12, are also available.

For purchase, booking and enquiries call TicketChare Hotline at +6 03-9222 8822 or TiketCharge @ No 42A-1, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, off Jalan Yew 55100 Kuala Lumpur or logon www.rainforestmusic-borneo.com for details.

Also present at the press conference yesterday was Permanent Secretary to the Ministry of Tourism and Heritage Datuk Ik Pahon Joyik.


Sharing