Selasa, 18 Januari 2011

Careers at Facebook

We recently announced that we’re hiring engineers in our new Seattle office and are looking for a handful of stellar engineers to put together the initial team. Apply for Seattle jobs here.

Software Engineering

We write the code that you're using right now!

Legal, Finance, Facilities & Admin

We make sure things are smooth sailing.

Communications & Public Policy

We educate and inform.

Product Management

We get to work on big things and with everyone.

IT & Security

We build the global infrastructure that keeps Facebook employees connected.

HR & Recruiting

We're the people behind the people at Facebook.

Design & User Experience

We're the creative force that designs and builds.

Technical Operations

We deploy some of the largest architecture on the web.

Growth & Internationalization

We help bring Facebook to the world.

Sales & Business Development

We drive distribution of the Facebook brand worldwide.

Online Operations

We're on the front lines talking with our users, advertisers, and partners.

Platform & Product Marketing

We help developers make the web more social


BY LOCATION


Palo Alto, CA

Facebook's headquarters.

New York, NY

The office that never sleeps.

Atlanta, GA

Southern hospitality at its best.

Austin, TX

Keeping it weird.

Chicago, IL

Chi-town windy city.

Dallas, TX

Everything IS bigger in Texas.

Detroit, MI

Birthplace of Motown and our motor city muscle.

Dublin, Ireland

Facebook's European headquarters.

Hamburg, Germany

Gateway to the world.

Milan, Italy

Veni, vidi, vici

London, United Kingdom

Soho central, chic and unique!

Los Angeles, CA

Celebrities, sunshine, and Facebook!

Madrid, Spain

Madrid my dream.

Paris, France

Paris, je t'aime.

Seattle, WA

Because it doesn't rain all the time.

Stockholm, Sweden

The Nordens Venedig covering Scandinavia

Sydney, Australia

The reef, koalas, Tim-Tams and vegemite down under goodness.

Tokyo, Japan

Populous metropolitan adventure

Toronto, Canada

The big T-dot O-dot.

Washington, DC

The Capital City office.

Singapore

Paradise in the heart of Southeast Asia

Hyderabad, India

The City of Pearls

Prineville, OR

Saddle up or go sit in the truck!

Palo Alto, CA

Facebook's headquarters.

New York, NY

The office that never sleeps.

Atlanta, GA

Southern hospitality at its best.

Austin, TX

Keeping it weird.

Chicago, IL

Chi-town windy city.

Dallas, TX

Everything IS bigger in Texas.

Detroit, MI

Birthplace of Motown and our motor city muscle.

Dublin, Ireland

Facebook's European headquarters.

Hamburg, Germany

Gateway to the world.

Milan, Italy

Veni, vidi, vici

London, United Kingdom

Soho central, chic and unique!

Los Angeles, CA

Celebrities, sunshine, and Facebook!

Madrid, Spain

Madrid my dream.

Paris, France

Paris, je t'aime.

Seattle, WA

Because it doesn't rain all the time.

Stockholm, Sweden

The Nordens Venedig covering Scandinavia

Sydney, Australia

The reef, koalas, Tim-Tams and vegemite down under goodness.

Tokyo, Japan

Populous metropolitan adventure

Toronto, Canada

The big T-dot O-dot.

Washington, DC

The Capital City office.

Singapore

Paradise in the heart of Southeast Asia

Hyderabad, India

The City of Pearls

Prineville, OR

Saddle up or go sit in the truck!

Dua pengayuh basikal cuba pecah rekod tiba di Bintulu, Miri

BINTULU: Cubaan dua pengayuh untuk memecah rekod berbasikal sejauh 4,847 kilometer yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records, kelmarin tiba di bandar Bintulu dan tiba di bandar raya Miri semalam.

PECAH REKOD: Heidilee (tengah) dan Boosyn (dua kiri) bersama para pengayuh basikal dari Tatau sejurus tiba di bandar Bintulu, malam kelmarin.

Heidilee Mohammad, 27, dan Stephanie Chok, 29, dari Sabah memulakan perjalanan ke destinasi tersebut kira-kira pada jam 5.30 pagi semalam selepas bermalam di Bintulu.

Jurucakap mereka Masita Mohd Jalil berkata, cabaran tersebut dimulakan di Damansara, Kuala Lumpur bermula 3 Januari lepas dan dijangka berakhir di Kota Kinabalu pada 31 Januari ini.

“Meskipun struktur jalan raya di Sarawak dan Sabah lebih berbukit berbanding di Semenanjung, mereka berdua diyakini mampu mencapai sasaran berkayuh sejauh 6,000 kilometer,” katanya ketika ditemui malam kelmarin.

Sebelum tiba di Bintulu pada jam 6.55 petang, Heidilee yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak dan rakannya Stephanie singgah di pekan Tatau kira-kira jam 2.15 petang.

Dari pekan tersebut, mereka yang diiringi tiga pembantu Janet Chok, Daud dan Masita, disertai para pengayuh tempatan.

Mereka yang terdiri daripada Boosyn Budiew, Jamlee Silem,Yusril Gani dan Davidson Anon menyertai dari Tatau hingga ke Bintulu.

Masita berkata, dari Kuching pada 14 Januari mereka menuju ke Sri Aman dan Sibu sebelum meneruskan kayuhan ke Tatau.

“Selepas Miri kami akan ke Lawas merentasi Brunei ke Kimanis, Sabah dan seterusnya ke Kota Kinabalu,” katanya.

Sementara itu, Boosyn yang mengetuai para pengayuh dari Tatau berkata, mereka menyertai Heidilee dan Stephanie kerana ingin memberi dorongan dalam usaha memecah rekod.

“Ini juga merupakan antara usaha kami untuk mengeratkan hubungan antara para pengayuh basikal dari seluruh negara,” katanya.

Duit pampas RM728,067 diagihka ngagai raban mensia ba Sg Sengan

SIBU: Perintah udah mujur mayar pampas RM728,067.90 ti diagihka ngagai 109 iku raban mensia ba Sungai Sengan enggau sungai Naman bekau ari tanah sida kena renchah projek ngaga jalai alun.

NERIMA PAMPAS: Dr Soon (duduk empat kanan) begambar kenang enggau sida ke nerima cek pampas ba Rumah Manja, apin lama tu tadi.

Ba Sungai Sengan, projek ngaga jalai alun tu bekenaka 14.87 ekar tanah ti mungkur RM332,282.90.

Projek tu mega bekaul enggau pengawa nyeruri jalai lama ba menua nya ti nyengkaum dua kilometer pemanjai.

Pengerami nyerahka cek duit pampas tu diatur ba Rumah Sawai, Jalai Sengan, apin lama tu tadi.

Pia mega bala ari Sungai Naman ke bela nerima duit pampas ke mungkur RM395,785 ti nyengkaum 34.03 ekar pemesai sereta 5.1 kilometer pemanjai.

Menteri Muda Pengawa Berumah enggau Pemansang Kandang Mengeri, Datuk Dr Soon Choon Teck dipebasa nyerahka cek pampas nya ngagai sida ke nerima ba dua bengkah menua tu.

Naka ke diatu, projek tu agi benung ba renggat ngerataka jalai batu ngambika ulih dibelankin.

Kolej swasta, Politeknik diukur MyQUEST dan PolyRate mulai tahun ini

PUTRAJAYA: Semua kolej swasta di seluruh negara akan dinilai melalui Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST) bagi memastikan tahap pendidikan yang ditawarkan memenuhi kriteria, mulai tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata politeknik pula akan diukur oleh Sistem Penarafan Politeknik (PolyRate) yang juga akan dilaksanakan pada tahun ini, bagi memastikan sistem pendidikan kemahiran peringkat tinggi menepati kualiti yang ditetapkan.

Katanya MyQUEST akan mengukur tahap kualiti pendidikan kolej swasta dan pengukuran penarafan dibuat berdasarkan penilaian laporan kolej, laporan kluster dan laporan pelajar antarabangsa yang bertujuan meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) negara.

“Jika sebelum ini kita sudah mempunyai Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (Setara) untuk mengukur pencapaian universiti dan kolej universiti, MyQUEST pula untuk kolej-kolej swasta yang sedia ada,” katanya selepas menyampaikan amanat tahun baru kepada warganya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Terdahulu, beliau turut melancarkan MyQuest dan Garis Panduan Integriti Ahli Akademik IPT, di sini.

Khaled berkata terdapat sebanyak 402 buah kolej swasta yang berdaftar dengan kementerian, pada masa ini.

Mengulas mengenai PolyRate, beliau berkata pihak perunding telah dilantik untuk membangunkan instrumen bagi mengumpul, menganalisis data dan membuat laporan penarafan politeknik.

“Hasil keputusan kedua-dua penilaian MyQUEST dan Polyrate akan diketahui pada penghujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan konsep Parlimen Mahasiswa diwujudkan di semua IPT sebagai platform golongan mahasiswa mengutarakan pandangan berhubung isu-isu semasa dan yang berkaitan. — Bernama

Karnival Mesra Belia 1Sarawak, 1Belia, 1Malaysia pada 22 dan 23 Januari ini

KAPIT: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan Karnival Mesra Belia 1Sarawak, 1Belia, 1Malaysia di Rumah Enting, Nanga Banyau pada 22 dan 23 Januari ini.

ACARA BELIA: Pegawai Belia dan Sukan Jack Janda (tengah) bersama Mohd Khairi Ali daripada KBS Putrajaya (kanan) semasa sesi perjumpaan bersama ahli jawatankuasa penganjur dan wakil dari Rumah Enting.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, DUN Marudi dan DUN Tebedu merupakan kawasan DUN yang pertama untuk mengadakan karnival ini sempena Program Mesra Belia Sarawak 2011 anjuran KBS.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena karnival itu nanti, antaranya pertandingan futsal, bola tampar di samping pameran daripada agensi-agensi kerajaan serta sesi ceramah daripada Persatuan Alumni UiTM Bahagian Kapit bersama pelajar serta ibu bapa.

Edry Hashim (pemain gitar) turut mengadakan klinik gitar semasa karnival itu nanti. Manakala pada sebelah malamnya, Mila AF dan Mus daripada kumpulan May akan menghiburkan para pengunjung.

Tetamu kehormat yang dijangka hadir bagi merasmikan karnival tersebut ialah Menteri Pembangunan Tanah Dato Sri Dr James Masing yang juga ADUN Baleh.

Program ini diadakan di 71 kawasan DUN bermula Januari hingga April depan.

Objektif program ini ialah untuk mengeratkan hubungan di kalangan belia setempat, selain bertujuan untuk mengembalikan keyakinan belia terhadap kerajaan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dijangka akan mengadakan lawatan ke Kapit pada 26 Februari depan.

KDJA mohon orang ramai bantu wartawan cedera kemalangan

KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) yang bersimpati dengan wartawan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Asap, Belaga, memohon orang ramai menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

KEMALANGAN: Ramidi melawat Patrick ketika kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Bintulu.

Pengerusi KDJA Alice Wee berkata, pihak persatuan akan melakukan sesuatu untuk membantu ketiga-tiga mangsa daripada kumpulan The Sarawak Press itu.

Sehubungan itu beliau turut menyeru individu untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka berikutan kemalangan itu.

Ketua Wartawan The New Sarawak Tribune Patrick Joseph, jurugambar Ramidi Subari dan wartawan Utusan Sarawak Ambrose Rirang terlibat dalam kemalangan di jalan itu pada 15 Januari lalu.

Mereka dalam perjalanan untuk membuat liputan majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri di Sungai Asap, Belaga pada hari berkenaan.

Patrick disahkan terpaksa menjalani pembedahan bahagian perut ekoran kejadian itu manakala Ramidi mengalami luka pada bahagian muka dan Ambrose pada bahagian badan.

Ketiga-tiganya dirujuk ke Hospital Bintulu selepas kemalangan itu dan Patrick kini masih menjalani rawatan manakala Ramidi dan Ambrose telah dibenarkan keluar.

Punca kemalangan belum diketahui.

Sharing