Khamis, 13 Oktober 2011

Siaran Lansung Salam Baitullah di TV1, Kerjasama Bank Rakyat & RTM


SEPANG – Sempena musim haji ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Bank Rakyat akan menyiarkan program Salam Baitullah di tv1.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiara (Strategik) Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunusberkata program 20 episod itu bermula 23 Oktober dan tamat pada 11 November.
“Ia satu program tarbiah yang kita boleh buat untuk rakyat Malaysia bagi melihat keadaan di Mekah dan Madinah supaya kita dapat menjiwai ibadah haji,” katanya kepada pemberita di KLIA selepas majlis menghantar krew Salam Baitullah ke Mekah hari ini.
Ahmad Jailani berkata untuk rancangan kali ini, RTM akan menggunakan kemudahan web seperti Skype dan Facebook dalam membuat siaran.
Ketua Hal Ehwal Awam Bank Rakyat, Saliman Zainal, berkata Bank Rakyat telah dua kali menaja program Salam Baitullah denagn harapan rancangan seperti itu akan memberi lebih kesan kepada rakyat Malaysiakhususnya dalam menjiwai ibadah haji.- BERNAMA

1 comments:

Assalamualaikum, saya nak tanya sila beri penjelasan mengenai doa untuk memasuki dan keluar pintu 10 masjidil haram. sekian terima kasih. Wassalam