Khamis, 13 Oktober 2011

Inspektor Polis Diberkas, Kes Bunuh Wanita di Keningau


Laporan Penuh Borhan Bin Sulaiman, Bapa Mangsa [Keningau/RPT/4523/2011]


KOTA KINABALU:  Penahanan seorang pegawai polis berhubung kes bunuh membabitkan seorang wanita berumur 27 tahun  di Taman Adika, Keningau baru-baru ini membuktikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menyebelahi mana-mana pihak walaupun suspek utama merupakan seorang pegawai polis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata penahanan pegawai berpangkat Inspektor berumur 29 tahun pada Selasa itu adalah sebahagian daripada tugas polis bagi mengumpul bukti berhubung kes terbabit.
“Polis tidak akan melindungi sesiapa walaupun suspek merupakan pegawai polis, jika dia yang melakukan kesalahan dia akan hadapi tindakan undang-undang sama seperti orang lain.
“Tapi biarlah polis siasat dulu, sekarang ini dia merupakan salah seorang suspek dan kami tahan dia untuk kumpul maklumat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Ops Utama Perdana Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) peringkat negeri di Lintasan Deasoka di sini kelmarin.
Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.
Khalid berkata, suspek yang telah bertugas selama tujuh tahun di Keningau itu kini ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 29 September lepas, seorang wanita mati di kediamannya di Taman Adika, Keningau selepas ditikam bertubi-tubi oleh seorang lelaki tidak dikenali yang cuba menceroboh masuk rumahnya.
Difahamkan sebelum kejadian, pegawai polis berkenaan mendakwa menerima panggilan telefon melalui telefon bimbit daripada mangsa yang meminta bantuan apabila mendapati pintu rumahnya diumpil lelaki tidak dikenali itu.
Ekoran itu, pegawai polis berkenaan bergegas ke rumah kenalannya dan sebaik tiba, dia mendapati pintu rumah mangsa sudah terbuka luas.
Sejurus memasuki rumah terbabit, pegawai polis berkenaan mendapati mangsa sedang bergelut bersama seorang lelaki tidak dikenali yang turut memegang sebilah pisau.
Dalam keadaan kelam-kabut, pegawai polis berkenaan dikatakan cuba membantu, namun turut ditikam beberapa kali.
Selepas mencederakan pegawai polis terbabit, lelaki tidak dikenali itu kemudian dilihat menikam wanita berkenaan sehingga mati lalu melarikan diri.
Pegawai polis yang parah kemudiannya mendapatkan bantuan di Balai Polis Keningau sebelum dikejarkan ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
- UB

3 comments:

sudah terang lagi bersuluh..takde otak puna inspektor!

ya penipu lau datang bukit aman yg pg siasat abiss...
panggil polis bukit aman datg g keningau pg siasat!!!

Sharing