Jumaat, 26 Ogos 2011

Kemalangan di Jalan Seri Mata Ayer, Kangar: Penunggang motosikal hancur digilis lori simen


ANGGOTA polis mengangkat mayat Mahmud yang maut selepas digilis lori simen dalam kejadian di Jalan Seri Mata Ayer, Kangar kelmarin.


KANGAR - Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila badannya hancur digilis lori pembancuh simen dalam kemalangan di Jalan Seri Mata Ayer, di sini kelmarin.

Kejadian pukul 6 petang itu mengakibatkan Mahmud Salleh, 61, mati di tempat kejadian. Kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda ditunggang Mahmud dilanggar dari belakang oleh lori itu sebelum dia terjatuh lalu digilis.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Rosli Yahaya memberitahu, pihaknya telah menahan pemandu lori berusia 35 tahun tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan mendapati pemandu lori tidak memperlahankan kenderaan lalu merempuh Mahmud ketika mangsa hendak memasuki simpang.

Sementara itu, anak Mahmud, Mohd. Zuhairi, 24, memberitahu, bapanya berperangai pelik apabila membeli sofa untuk menyambut Syawal. Sebelum ini, dia tidak pernah berbuat demikian.

Katanya, bapanya sempat berbaring di atas sofa itu pada pagi kejadian sebelum keluar.

"Tidak lama kemudian kami menerima panggilan mengatakan ayah dilanggar lori. Ketika sampai, saya lihat jasad ayah berada di celah tayar lori dan hancur digilis," ceritanya sayu.

- Kosmo

0 comments: