Sabtu, 8 Januari 2011

Razak Catering & Events Servis diarah membayar RM9,505


KAMARUDDIN (tengah) menunjukkan surat tuntutan ganti rugi dan gambar-gambar menu makanan sambil ditemani anaknya, Faizal (kanan) dan bapa saudaranya, Harun Ahmad di Melaka semalam.


MELAKA – Akibat melakukan kerja umpama ‘melepaskan batuk di tangga’, sebuah syarikat katering diarah membayar ganti rugi kepada seorang pelanggannya kerana makanan yang disajikan untuk satu majlis perkahwinan bukan sahaja tidak cukup malah ada yang basi.

Razak Catering & Events Servis diarah membayar RM9,505 kepada pelanggannya, Kamaruddin Husin, 54, seorang Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pinang, Tanjung Kling dekat sini.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Mohd. Nasrim Mohd. Salleh ketika membuat keputusan itu berkata, sebagai pelanggan, Kamaruddin berhak mendapat haknya semula lebih-lebih lagi ia melibatkan makanan yang dihidang kepada tetamu.

“Dua hidangan iaitu dalca dan pajeri nanas didapati telah basi dan Kamaruddin terpaksa menggantikan hidangan itu dengan belanjanya sendiri.

“Oleh itu, TTPM mengarahkan pihak penentang membayar sebanyak RM9,505 iaitu sebahagian nilai yang terpaksa ditanggung oleh penuntut,” katanya di Mahkamah TTPM di sini semalam.

Sementara itu, pihak penentang tidak menghantar sebarang wakil ketika keputusan dibacakan.

7 comments:

yeker.....sy pun baru tempah ni...deposit sdh byr...btol ker razak ni....

kepada tanpa name,sy da trkena pon dengan razak sengal ni..die bagi lauk basi,tak ikut menu yg diminta,servis hancur,pelayan takde,pinggan mangkuk pecah2,trpakse gune pinggan mangkuk sndri,kompang lmbat dtg,smua A-Z hancur..truk..sengal..celaka hawau!!!harap cancelkan cepat..

Aku pon dah terkena.... Sebelum lembut gigi dari lidah... Org yang dtg pasang khemah ala2 samseng. Ni lepas majlis bulan 5 lepas. Dvd yang dijanjikan haram... Tak nampak bayang.. Call2 tak berjawab. Bila guna no pon lain jawab.. Ok..ok.. Dvd tu ada... Esok aku hantar... Tapi sampai sekarang... Call semula tak barjawab.. Sms pon tak berbalas.. Aku cadang nak report polis dan terminal tuntutan penguna... Jangan lah ambik razak katering ni... Janji pembohong....

daku pn dh terkena beb...majlisku pada 16sept lepas...die byk sub kt org...khemah org lain..dia masak ja...nk cerita kt sini mcm pjg sgt...majlis kawenku dh mcm open house biasa ja dibuatnyer...DVD gmbr?..haremm..xdpt pon..masa majlis suh posing mcm2..tp pic habuk pn tarak...secara ringkasnye,catering ni adalah pilihan yg terAKHIR SEKALI jika semua catering kt melaka nih dh pupus...jgnlah buat pilihan yg salah..

Sy pn dh terkena..kite order 1500 nyer tetamu..tp dier wat 500 nyer orng mkn..mmg lahabau betul si razak ni..aku x kn halal dunia akhirat..ko ingt ko duduk kt atss je..hanya allah je yg bole balas peragai ko ni..

AKU PUN DAH TERKENA DENGAN RAZAK NIE..DIA BUKAN ADA DATOK NGAN DATIN PON PENIPU JE!!KALAU ADAPON BELI!!MASA TU TIME CUTI SEKOLAH DIA PEGI AMBIK MAJLIS SAMPAI 10 LAST2 DIA XLER HANDLE MAJLIS AKU DUIT 8000 CASH LESAP TAPI DIA SELAMAT SEBAB Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)XDA FUNTION XGUNA..MENYUKARKAN PROSES DAPAT DUIT KEMBALI AKU SEKELUARGA HAMPIR DIAIBKAN SELAMAT ADA DUIT LEBIH MALAM TU GAK CARI SEMUA TU KAT TEMPAT LAIN ALHAMDULILLAH..RAZAK KAU DPT LARI DARI DUNIA TP KAU XDAPAT LARI DARI HUKUM TUHAN!!INGAT!!

Terkena jugak,silap aku sendiri sbb biarkan mak aku uruskan majlis aku semuanya. Tak redha aku dgn duit yg aku sendiri usaha hasilnya cukup mengecewakan pada Razak ni. Cukup bernasib baik aku x jumpa dia depan2,kalau tak mmg aku sembur habis! Huh!

Sharing