PTPTN lahirkan Graduan Berhutang
Pimjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) dilihat lebih melahirkan generasi berhutang berbanding graduan berkaliber untuk menceburi sektor pekerjaan setelah tamat pengajian.
Ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf berkata, kerajaan perlu memberi kemudahan yang bersifat berperikemanusiaan dan bukanya membebankan generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan.
Menurutnya, pinjaman PTPTN ini perlu ditukar keapada pemberian biasiswa yang dilihat lebih bersifat membantu mahasiswa dalam pengajian mereka.
“PTPTN melahirkan generasi berhutang, bukannya membantu graduan, hutang bukannya tidak boleh tetapi janganlah sehingga membebankan pelajar.
Syabas buat Ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf kerana sedar perkara ini berlaku.
Terima Kasih PTPTN
Terima kasih PTPTN kerana semua peminjam, pihak PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat.
Berita ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban graduan sebaik sahaja tamat pengajian dan seterusnya bekerja.
Pengurangan dalam jumlah pengangguran negara
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata Malaysia mencatatkan pengurangan dalam jumlah pengangguran iaitu 364,200 pada September lepas berbanding 413,700 tahun lalu. Ini menunjukkan satu tanda positif memperbaharui kekuatan perniagaan, meningkatkan keyakinan pihak yang berkepentingan dan akhirnya pemulihan ekonomi. Dalam ucapan pada majlis penyampaian sijil K-Workers Development Initiatives (KID) di sini, katanya jumlah pengangguran meningkat kepada 3.6 peratus pada tahun lepas kepada 413,700 daripada 3.1 peratus pada 2008.
Satu usaha yang baik kementerian itu akan terus menyokong MDeC dalam wawasannya untuk mewujudkan 85,000 pekerjaan menjelang 2015. Pelbagai program lain bagi membantu graduan penganggur ini untuk meningkatkan pengetahuan dalam kerjaya dan seterusnya dikatakan mampu membantu menempatkan graduan ini di sektor pekerjaan kerajaan ataupun swasta. Antaranya INSEP di pelbagai negeri, Train & Place, GEMS, dsb. Diberi elaun ( RM500 – RM100) dan program percuma. Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan Kementerian Pengajian Tinggi di Bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) juga membantu graduan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana.
Namun, persolan saya mengapa di Negara kita Malaysia begitu ramai graduan menganggur? Pernahkah kita mengetahui dan mencari permasalahan graduan ini? Yang jelasnya graduan ini dikatakan memilih kerjaya, gaji yang besar/setimpal dengan kelulusan, kurangnya berkomunikasi dan hanya menyifatkan perkara buruk dengan bertanyakan di soalan-soalan ujian, penulisan karangan, serta pendapat individu/badan/menteri tertentu. Adakah program-program berikut cukup berkesan untuk melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada graduan? Tidak dinafikan ianya membantu, namun ianya
PEMBAZIRAN dan hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja jika ianya belum terbukti. (Renung-renungkan, Maafkan saya jika kurang bersetuju).
Jika anda masih belum mengikuti berita kami, bacalah dulu namaberita.com ini;
Dengan statistik pembaca 1,174 isu Halatuju graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, yang dipaparkan pada 28 Nov 2010 ini menduduki tempat teratas, dimana pengujung begitu gemar untuk mengetahui episod selanjutnya terhadap tindakan individu berwajib untuk menangani masalah ini. Ini diikuti 9 artikel berkaitan UniRazak yang lain terhadap usaha pihak http://www.namaberita.com/ memohon isu ini dapat diselesaikan.
Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah / Pengetua tidak membenarkan graduan UniRazak sebagai GSTT
Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah / Pengetua memberitahu bahawa graduan “Pendidikan” tidak dibenarkan untuk menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Saya sendiri bertanyakan kepada salah seorang pengetua di sekolah. (Jawapan yang sama juga diberikan oleh PPD berhampiran). Beliau begitu simpati terhadap masalah graduan UniRazak dan “Pendidikan” lebih-lebih lagi di IPTS. Namun begitu begitu tidak dapat campur tangan terhadap isu ini. Beliau juga lebih berminat mengambil guru terlatih berbanding GSTT.
Namun jika diketahui pihak PPD/JPN maka tindakan akan diambil. “Saya tidak akan menanggung risiko” katanya lagi. Oleh itu adalah lebih baik anda mengunakan sijil STPM. Saya dengan senang hati mengucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya selama setahun untuk berkhidmat di sekolah tersebut. Saya tidak begitu kisah dengan gaji STPM, asalkan saya dapat bekerja”ujar saya.
Terdapat beberapa sekolah yang sanggup menerima graduan ini menjadi GSTT di sekolah namun terdapat juga sekolah yang tidak mengambil GSTT di kalangan graduan ini dengan alasan graduan “ Pendidikan” tidak dibenarkan untuk mengambil GSTT kecuali sebagai guru ganti.
Kerana permasaalahan ini terdapat ramai graduan UniRazak mahu saya mengisukan perkara ini dan supaya pihak membuka mata terhadap penindasan yang begitu jelas berlaku selama 5 tahun ini terhadap graduan ini dalam sistem pendidikan di Negara kita.
Sudahlah graduan ini sukar mencari pekerjaan, ditindas pula dengan isu “Graduan “Pendidikan” tidak dibenarkan menjadi GSTT”. Apalagi yang perlu dilakukan?
e-Recruitment Kerajaan Negeri Sarawak , melalui “PROGRAM LATIHAN PEMERKASAAN KEUPAYAAN SISWAZAH (PKS) ” juga tidak menerima graduan ini dengan alasan tidak tahu untuk membuat pengesahan penempatan . Ini kerana PKS akan memberi penempatan mengikut Ijazah. Contonhya Ijazah Sarjana Muda Pentabiran, maka diberi penempatan di bahagian pentadbiran. Graduan Pendidikan?
Kenapa Tidak Menjadi Guru?
Ada juga mengadu kepada http://www.namaberita.com/ soalan wajib ditanya jika interview di sektor lain “ Kenapa tidak menjadi guru? “ Saya juga tersenyum kerana pengalaman sendiri pernah mengalami.
Pembaziran Tenaga ! Kata – kata yang saya petik dari salah seorang berpangkat Dr. Entahlah ! Jika individu cendiakiawan mampu berfikir begitu, siapa kita yang cuma pemegang Ijazah.
Di forum-forum sudah mula mempersoalkan tindakan UniRazak dalam menangani masalah ini. (Bacalah sendiri, search di google jika tidak percaya). Ibubapa graduan/pelajar ini pula kurang senang dengan masalah ini (Boleh tanya sendiri pandangan Ibubapa ini meskipun mereka berdiam)
Sehingga Ibu saya sendiri menasihatkan saya agar mendapat tidur yang cukup. Saya tidak senang selagi saya banyak berfikir, saya tidak dapat tidur. Terlalu banyak pengorbanan mereka yang harus saya kenang sampai bila-bila.
Meskipun satu hari nanti saya tidak menjadi guru, saya buktikan cinta saya terhadap dunia penguruan ini begitu besar. Buktinya http://www.pengajar.info/.
Jika masalah ini tidak ditanggani dengan segera ataupun dalam tempoh tertentu kesan jangka panjangnya begitu
Dan pada masa itu saya tidak hairan bahawa graduan “Pendidikan” ini bakal menambahkan bilangan graduan penganggur di Negara kita. Seterusnya universiti IPTS yang menawarkan kursus ini pula mendapat keuntunggan tetapi melahirkan graduan yang berhutang. Dimanakah nilai tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat, ekonomi, kemanusian di negara kita Malaysia?
Saya juga tidak merasa hairan bahawa gelaja lebih ramai lagi pelajar IPT menjadi Pelacur.
( Maaf jika kurang bersetuju )
Isu ini telah saya mendapat perhatian ramai, bukan sahaja dari graduan UniRazak bahkan respon daripada graduan “Pendidikan” di IPTS yang lain, Ibubapa/Penjaga pelajar, Pelajar kini yang sedang menuntut di UniRazak, YB Ronald Kiandee, Pengetua, guru-guru, rakan Facabook serta rakan-rakan di sekeliling yang tahu & pernah membaca semua artikel mengenai UniRazak di http://www.namaberita.com/ .
Aduan, maklumbalas dan cadangan mengenai masalah ini juga telah saya kirimkan ke Facebook Najib Razak, Apa kata Wanita … Zamzarina (TV1), Aduan Rakyat TV3, Fazley Yaakob Suara Siswa, PPD, rakan-rakan wartawan di The Borneo Post, Utusan Sarawak dan Sarawak Update, Laman web http://www.1malaysia.com.my/, dll…,
Namun saya masih lagi menunggu jawapan dengan sabar dan penuh harapan bahawa pihak inilah yang dapat membantu.
Rasanya tidak perlu untuk saya membanding graduan “Pendidikan” UniRazak dengan graduan “IPTA” , IPG, KPLI dan DPLI kerana sememangnya lebih layak. Namun perkara ini juga perlu diambil perhatian kerana pihak pengurusan UniRazak pernah menjanjikan “Posting” kepada pelajar UniRazak & layaklah juga graduan ini bersaing untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia.
Jika KPM sendiri dapat menyerap GSTT mengapa tidak kepada graduan “Pendidikan” ini yang juga dididik, mengalami, merasai dunia penguruan selama 3 – 4 tahun dengan melabur begitu banyak duit demi menjadi seorang guru.
Ikhlas dari kami;
Sekian Terima Kasih.