Rabu, 24 November 2010

Pengerami Mangkung Tiang Ba TR Limin, Sungai Sebungan Sebauh


Pengerami Mangkung Tiang Ba TR Limin, Sungai Sebungan Sebauh dirasmi ka Datuk Patinggi Alfred Jabu.

Kelimpah ari nya, maya pengerami nya mega Jabu nyuaka insentif RM662,515 ngagai 789 orang beempu tanah.Insentif nya diberi ari DD Plantation Sdn Bhd, asil ari kerejasama pemansang tanah NCR nyadi kebun bedandang besai Sawit ke mungkur pemesai 4,416 hektar.

Jabu mega mujur bejadika pengerami mangkong tiang ba Rumah Limin sepemanjai 22 pintu. Pemanah Rh Limin tau dipeda ba Rh Limin Sebungan Sebauh

Sama bisi datai ngulu pengerami, Menteri Muda Perengka Mensia Mayuh Dr Stephen Rundi anak Utom, Pemesai Pelilih Menua Bintulu Tuah Suni, Pemanca Bintulu Uting Sigan enggau Tuai Rumah Limin Anai.

Bendar kita malam nya neh begulai enggau live band Lypie aya “Daun Kuchai" sereta penyanyi undangan Winnie Albert. Bisi mai lagu Bujang Simanggang ia? hahaha...Lagu dikerindu aku Tepawah Runding & Dunya Plastik duet enggau Rickie Andrewson bisi mai ia par? Winnie Albert siku ari penyanyi Indu iban ti dikerindu aku.


Berita The Borneo Post, 23 Nov 2010.

Close the door on DAP, Jabu tells rural folk - Dap musuh rakyat ba menua pesisir.

by Yunus Yussop. Posted on November 23, 2010, Tuesday

BINTULU: In Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang’s book, the DAP is “an enemy of the people in the rural areas of Sarawak”.

WARM WELCOME: Jabu, Dr Rundi (left) and other guests receive warm handshakes from the residents of Rumah Limin.

He said he viewed the party as such because they often questioned the sincerity of the government in trying to improve the socio-economic status of the people through various types of programmes, such as the development of Native Customary Rights (NCR) land into oil palm plantations.

“DAP does not want to see people in the rural areas participate in joint ventures to develop their NCR land. They want the people to remain laid back,” he said during a gathering in Rumah Limin Anai in Sungai Sebungan, Sebauh, on Sunday.

Also present were Assistant Minister of Public Health and Utilities Dr Stephen Rundi Utom, Bintulu District Officer Tuah Suni, Bintulu Pemanca Utong Sigan and longhouse chief Limin Anai.

Jabu told those present that the opposition purposely distorted the development of NCR land just for political mileage.

“The fact is that with the development of the NCR land, rural folks now enjoy monthly income of thousands of ringgit from oil palm yield,” he pointed out.

In addition to that, the development of NCR land had also brought in infrastructure development, such as the building of roads.

“DAP is only good at criticising and twisting facts. They are claiming that they are superior to the Barisan Nasional (BN),” he said.

Jabu, who is also Minister of Modernisation and Agriculture, said one only had to look at Penang to see what the opposition is worth. Penang, which is under the leadership of DAP’s secretary-general Lim Guan Eng, had not been able to match the capacity of the Sarawak state government in many areas.

“Budget 2011 provides Penang with only RM900 million. Sarawak, on the other hand, will spend RM3.6 billion on development next year.

“So, how can they (DAP) say they are better than the BN?” he asked.

Jabu also mentioned that some time ago, the DAP was all for the return of the former secretary-general of the Communist Party of Malaya (CPM) Chin Peng to Malaysia. Their stance, he said, showed that the DAP endorsed violence.

Many in the security forces lost their lives fighting the communists, including Ibans who were serving under the now defunct Sarawak Rangers. Their (Ibans) remains were eventually buried in the peninsula.

“Is this the kind of leadership we want in Sarawak?” he asked.

The function, among others, saw Jabu presenting incentives amounting to RM662,515 to 789 landowners who were involved in an oil palm joint-venture project with DDE Plantation Sdn Bhd. The plantation spans 4,416 hectares.

Kita mudah lupa, Duit bukan segala, Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan bukan caranya.


Elaun nelayan batal jika tipu diesel, petrol

(Buletin Utama TV3)

Perkara seperti ini sememangnya sukar dibendung. Banyak yang saya dengar nelayan-nelayan menyeleweng & menyalahgunakan diesel dan petrol subsidi. Perkara seperti itu dianggap menguntungkan, namun secara peribadi saya tidak setuju. Tidak perlu saya berbicara panjang, ketahuilah bahawa kerajaan sentiasa membantu kita memudahkan kita untuk mencari rezeki & memperkembangkan ekonomi serta pendapatan perkapita dalam kehidupan kita. Pegawai SPRM juga harus memantau Pegawai di Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Pelabuhan atau jabatan berkaitan/ sektor lain yang cuba berselindung terhadap skim ini. Benar kata pepatah “Melayu mengatakan sepandai pandai tupai melompat, akhirnya? Pasti ada baiknya peraturan dibina. Ikuti berita selanjutnya di Berita Harian hari ini.

Jawatankuasa pastikan agihan subsidi, sara hidup ikut dasar

KUALA LUMPUR: Nelayan boleh hilang kelayakan menerima elaun sara hidup jika mereka menyeleweng atau menyalahgunakan diesel dan petrol subsidi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong.

Beliau berkata, kelayakan menerima elaun bagi sesuatu bulan atau tempoh tertentu juga boleh ditarik balik sekiranya pemilik bot dan pemegang kad e-Petrol serta e-Diesel disenarai hitam kerana melanggar peraturan.

“Ia termasuk lesen vesel perikanan atau kad berkenaan tamat tempoh dan belum atau tidak diperbaharui, vesel perikanan rosak, tenggelam atau tidak beroperasi menangkap ikan atau pemilik vesel menjual vesel mereka kepada nelayan lain,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di Dewan Rakyat, semalam.

Wee ingin tahu langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel dan elaun sara hidup yang menyebabkan nelayan hilang kelayakan atau tidak menerima bantuan pada bulan tertentu.

Chua berkata, Jawatankuasa Induk Pelaksana Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan yang ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan skim pemberian subsidi lancar dan mengikut dasar ditetapkan kerajaan.

Katanya, pemberian subsidi adalah mengikut kuota yang ditetapkan berdasarkan jenis perkakasan yang digunakan, kelas muatan vesel dan zon operasi menangkap ikan.

“Kementerian juga menetapkan syarat layak terima subsidi seperti memiliki lesen sah Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah atau Jabatan Laut Sabah dan perlu mempunyai vesel perikanan yang selamat dan masih beroperasi untuk menangkap ikan,” kata Chua. – Bernama

Cabaran Mengajar Di Sekolah Integriti Kajang

Sumber : Mingguan MSTAR

Suriah Awang Chik

MENGAJAR di Sekolah Integriti Kajang bukan perkara yang mudah walaupun sukatan pelajaran dan sistem persekolahannya adalah sama dengan sekolah biasa.

Ini kerana para pelajar Sekolah Integriti ialah banduan muda atau juvana yang sedang menjalani hukuman.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan guru yang sanggup menyahut cabaran Kementerian Pelajaran untuk mengajar di penjara.

Salah seorangnya ialah penyelia Sekolah Integriti Kajang, Suriah Awang Chik yang mula menyertai Sekolah Integriti Kajang sebagai guru mata pelajaran Matematik sejak pembukaannya pada 2008.

Berbekalkan pengalaman mengajar Matematik selama lebih 20 tahun di sembilan buah sekolah menengah di seluruh negara sebelum ini, beliau terpanggil untuk membantu para pelajar yang juga banduan di Penjara Kajang.

Sekolah Integriti merupakan sekolah ke-10 yang disertainya sepanjang pembabitan dalam bidang perguruan.

Selama ini pun, akui Suriah, beliau sering dipertanggungjawabkan untuk mengajar di kelas yang mana para pelajarnya lemah dalam bidang akademik.

Menurut Suriah, cabaran paling besar mengajar di Sekolah Integriti ialah dia perlu menggunakan pelbagai pendekatan untuk berhadapan dengan pelajar dari pelbagai peringkat usia.

Fuzi Mohamed Zin.

Adalah tidak menghairankan ketika itu, beliau masih tercari-cari kaedah serta rentak pengajaran terbaik ketika sekolah itu baru ditubuhkan.

“Misalnya, para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terdiri daripada mereka yang berusia antara 17, 18, 19, 20 dan 21 tahun,” katanya kepada Mingguan MStar.

Di peringkat awal penubuhan Sekolah Integriti, terdapat satu kelas Ujian Penilaian Sekolah Rendah, dua kelas pemulihan 3M (kemahiran membaca, menulis dan mengira), dan masing-masing satu kelas untuk Pra Penilaian Menengah Rendah (persediaan PMR), PMR, Kelas Pra Sijil Pelajaran Malaysia (persediaan SPM) dan SPM selain kelas skil yang lain.

Tujuh guru mengajar 12 kelas.

120 pelajar kelas akademik, 50 pelajar skil pengkomputeran peringkat 1 dan 2.

Untuk menampung kekurangan guru, Suriah berkata, penjara mengambil khidmat banduan yang berpendidikan tinggi untuk mengajar.

“Sekarang, terdapat 13 orang guru yang mengajar 120 banduan dan 60 banduan baru. Guru-guru turut menyumbangkan masa memberikan syarahan dan tutorial pada hari Sabtu,” katanya.

Sementara itu, guru kaunseling Fuzi Mohamed Zin berkata, cabaran terbesar guru adalah mengembalikan mood para pelajar.

Ini kerana katanya, terdapat pelajar yang langsung tidak tahu membaca kerana tidak pernah pergi ke sekolah. Ada yang tahu membaca tetapi tidak memahami isi kandungannya.

“Bila mereka dimasukkan ke SIK, tugas kita adalah lebih kepada memulihkan banduan muda tersebut dari segi akademik dan sahsiah,” katanya.

Jelas Fuzi lagi, sahsiah para pelajar tersebut terjejas ekoran datang daripada keluarga yang porak peranda serta menjalani kehidupan yang terbiar.

Beliau berpuas hati kerana usahanya mendekati banduan muda ini melalui pembelajaran di Sekolah Integriti telah menampakkan hasil yang baik.

Akui beliau, sesetengah mereka menampakkan perubahan sikap dan tingkah laku walaupun baru enam bulan belajar di sekolah tersebut. Fuzi berharap masyarakat menerima banduan muda ini apabila mereka dibebaskan kelak kerana mereka memerlukan sokongan masyarakat untuk balik ke pangkal jalan.

“Ada yang berulang kali masuk ke SIK sebanyak dua atau tiga kali. Daripada sesi kaunseling yang dikendalikan bersama banduan terbabit, baru saya tahu mereka tidak dapat menyesuaikan diri di luar.

“Mereka tidak diberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan malah tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya.

Lelaki kurang upaya buka bisnes selepas mohon 1,923 pekerjaan


RICHARD SHAKESPEARE


SINFIN - Seorang lelaki kurang upaya di Britain, Richard Shakespeare menubuhkan sebuah syarikat perunding bagi memberi nasihat mengenai perkhidmatan untuk golongan kurang upaya selepas 1,923 permohonan kerjanya ditolak, lapor sebuah akhbar semalam.

Shakespeare, penghidap sakit saraf Cerebral Palsy yang menyebabkan pergerakannya terbatas turut membelanjakan £1,000 (RM4,965) bagi membeli setem selama 12 bulan selepas dia diberhentikan daripada jawatan sebagai penasihat pelanggan sebuah bank Internet.

"Namun, sesudah setahun tidak mendapat kerja, saya mula tertekan dan peluang kerja yang bersesuaian dengan diri saya pula semakin berkurangan," katanya.

"Saya kemudian terfikir bahawa ratusan syarikat tidak memiliki pengalaman mengenai cara berurusan dengan orang kurang upaya dan saya sebagai seorang kurang upaya boleh membimbing mereka," tambahnya.

Idea tersebut menyebabkan dia menubuhkan sebuah firma perunding bagi membimbing majikan mengenai kaedah berurusan dengan golongan kurang upaya.

Kini, firmanya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.

Pada Oktober tahun lalu, Shakespeare mendapat pelanggan terbesarnya yang pertama apabila pengurus Hotel Novotel, Mike Colman meminta khidmat nasihatnya mengenai cara meningkatkan tahap perkhidmatan di hotelnya. - Agensi

PM terima gaji RM22,826.65 sejak 2004

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

“Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) me-ngenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang di-nikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat semalam.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang te-lah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ia-lah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. — Bernama

Sarawak Ketinggalan 1G


Sarawak agak ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia. Kat sekolah ada belajar “Algebraic Expression” tak? Tingkatan 1 dh belajar dh. Cuba simplify 4G-3G?

Mujur pihak Celcom mengambil berat mengumumkan 32 tapak 3G baru di Sarawak . Sedangkan selama ini aku sibuk-sibuk naik bukit konon-kononNya nk mencari line. Nak Online pun kat kebun getah atas bukit.

Majoriti tapak baru ini akan tertumpu di bandar kecil di beberapa daerah seluruh Sarawak seperti Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Marudi, Limbang, Lawas dan Miri. Bintulu? Kau biar Betul Celcom..huhuhu.. “Alu ndai pemansang meh kami di Sebauh – Iban Mode”

Orang sibuk “YES” sana “YES” Sini, kita sini bernyanyi I want nobody nobody but you… I want nobody nobody but you. CELCOM dengarlah kami di Sebauh.

Ikuti Berita Borneo Post hari ini.

Celcom umum 32 tapak 3G baru di Sarawak

Posted on November 23, 2010, Tuesday

KUCHING: Celcom Axiata Berhad (dahulunya dikenali sebagai Celcom (Malaysia) Berhad) iaitu penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka dan berpengalaman di negara ini, kini mengumumkan penyediaan 32 tapak 3G baru untuk bulan November di Sarawak sahaja.

Kemudahan itu akan me-ningkatkan lagi perkhidmatan kepada pelanggan terutama pengguna jalur lebar telefon mudah alih.

Majoriti tapak baru ini akan tertumpu di bandar kecil di beberapa daerah seluruh Sarawak seperti Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Marudi, Limbang, Lawas dan Miri.

“Kami melihat satu keperluan pada pelaburan besar dalam infrastruktur rangkaian terutama sekali dengan trend yang lebih tertumpu kepada penyediaan data berbanding suara, memperluaskan liputan dan kapasiti serta memudahkan permintaan data yang semakin tinggi.

“Sebagai syarikat telekomunikasi utama negara dengan liputan paling luas, Celcom percaya dengan me-nyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dari bandar raya ke bandar kecil,” kata Ketua Pegawai Operasi Wilayah Celcom Sabah – Sarawak Jefri Ahmad Tambi menerusi kenyataan akhbar semalam.

Beliau juga menambah bahawa dengan penyedia-an tapak 3G baru ini yang bernilai lebih RM7 juta, pelanggan akan mendapat faedah daripada jalur lebar yang lebih pantas dan stabil sekali gus meningkatkan penggunaan internet sama ada dalam bentuk panggilan video, e-mel atau muat turun fail multimedia seperti imej digital, muzik atau filem yang boleh dimuat turun dan permainan dalam talian.

Dengan 32 tapak baru, liputan populasi 3G Celcom di Sarawak akan meningkat kepada kira-kira 70 peratus.

Ketika ini, Celcom mempunyai lebih daripada 1,000 tapak 2G dan 3G di seluruh negeri untuk memberikan perkhidmatan suara dan data di semua bandar utama dan bandar kedua.

Selain daripada menyediakan tapak baru ini, Celcom juga memberi tumpuan kepada menaik taraf tapak sedia ada 2G yang meliputi 80 peratus populasi liputan untuk menyokong 3G.

Bagi pengguna ringan internet, Celcom baru-baru ini memperkenalkan jalur lebar mLite dan mBasic, memberikan pelanggan penggunaan jalur lebar paling murah serendah RM28 dan RM38 setiap bulan.

Pelanggan juga akan me-nikmati potongan sehingga RM15 ke atas bil bulanan selama enam bulan apabila mendaftar untuk mana-mana jalur lebar mLite atau mBasic dengan mana-mana pelan pasca bayar Celcom.

Untuk keluarga, Celcom telah menambah baik Pelan 1+5 dengan memberikan lebih banyak unit percuma untuk suara, SMS dan kadar panggilan suara dan video.

Pertanyaan dan pendaftaran pakej boleh dibuat di mana-mana cawangan Celcom, pengedar berdaftar Celcom atau Celcom Blue Cube di seluruh Sarawak.

Cicak Kugo/Kokgo/Kobali/Tokek/Gekko/Gecko mencecah RM1 Juta sekilo



Sekarang ini orang bersibuk-sibuk mencari cicak Kugo/Kokgo/Kobali/Tokek. Bukan cicak kubin, cicak kecil biasa yang anda lihat ataupun cicakman hahahaha. Ada berita yang namaberita.com dengar-dengar ada yang berjaya mendapat cicak Kugo ini dengan Harga RM12,000 dan berita yang satu lagi berjaya menjual Cicak Kugo dengan harga RM 1 Juta, namun tidak sempat menggunakkan duit tersebut dan meninggal. Apa yang menarik berita mengenai Cicak gergasi Sabah RM1 juta sekilo. Ikuti Berita Kosmo bertarikh 8 Mei 2010 ini.




Berita Kosmo – 8 Mei 2010

NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.

Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.

Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.

“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.

Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.

“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar.

“Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.

Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.

Downoad gambar Cicak Gergasi tersebut

Cicak Gergasi Sabah

(Sumber: Metro 6/08/2010)

PENDANG: Segelintir penduduk kampung di beberapa daerah di negeri ini dikatakan sibuk mencari sejenis haiwan daripada spesies cicak sejak dua bulan lalu yang didakwa boleh dijual dengan harga mencecah RM30,000 untuk dijadikan ubat tradisional.
Namun, reptilia yang dikenali sebagai cicak gekko-gecko itu didakwa sukar dijumpai dan ditangkap, tetapi terdapat penduduk kampung yang berjaya menangkap dan menyimpannya.

Daud Derani, 50, dari Kampung Paya Mat Inson, dekat sini, adalah antara penduduk yang berjaya menangkap haiwan terbabit yang turut dikenali dengan nama ‘Pok-Ke’ di kalangan penduduk berikutan ia mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya itu dan boleh didengari dalam jarak hampir satu kilometer.

Daud ketika ditemui berkata, dia menangkap haiwan itu di dalam hutan di sekitar Nami, dekat sini kira-kira dua bulan lalu, namun dia hanya memperoleh saiz yang kecil iaitu kira-kira 20 sentimeter panjang dengan berat kira-kira 80 gram.

Difahamkan, reptilia berwarna kelabu keputihan itu hanya boleh dijual jika beratnya melebihi 300 gram.

“Saya tidak ada niat untuk menjualnya kerana saiznya agak kecil, tetapi saya difahamkan ada penduduk di Gajah Mati, dekat sini yang berjaya menangkap haiwan itu dengan saiz yang agak besar ditawarkan harga kira-kira RM30,000 oleh seorang tauke dari Sabah dan Ipoh kira-kira dua bulan lalu.

“Saya tidak tahu untuk apa kegunaannya, tetapi saya difahamkan ia boleh dijadikan ubat untuk penyakit tertentu,” katanya. Daud berkata, penduduk di beberapa kampung di Sik dan Baling turut sibuk mencari haiwan terbabit, namun belum pernah mendengar mana-mana penduduk yang sudah menjual haiwan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Rahim Ahmad berkata, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya.

“Habitat haiwan itu ialah di dalam belukar di sekitar rumah dan juga hutan, tetapi memang agak sukar dijumpai,” katanya.

Nak Lihat Gambar cicak tokek dijual?

Klik sini Gambar Cicak Tokek atau di sini Gambar Cicak Kugo

namaberita.com

Sharing