Jumaat, 19 November 2010

Ratusan Janin Ditemukan di Kuil Budha


Liputan6.com, Bangkok: Lebih dari 340 janin ditemukan di kuil Buddha Phai-nguern Chotinaram di Bangkok, Thailand, Rabu (17/11). Menurut aparat keamanan di negara itu, janin-janin itu berasal dari klinik-klinik aborsi ilegal.

Terungkapnya kasus ini berawal dari pengaduan warga di sekitar kuil yang mencium bau tak sedap. Aparat keamanan turun tangan dan menemukan ratusan janin di dalam kuil. Di Thailand, kuil-kuil memiliki ahli yanga kan mempersiapkan kremasi terhadap jasad yang dititipkan keluarganya.

"Polisi tengah memeriksa enam pengurus kuil," kata Letnan Kolonel Chusak Kumsai. "Kepala kuil mengaku, ia menerima janin dari beberapa klinik."

Untuk pemeriksaan lebih lanjut, janin-janin itu dibawa ke Chulongkorn Forensic Institute.

"Aborsi merupakan tindakan ilegal di Thailand, tetapi wanita diperbolehkan untuk aborsi jika mereka adalah korban perkosaan atau kehamilan membahayakan kehidupan sang ibu," kata pendiri Pavena Foundation for Children and Women Pavena Hongskul.(CNN/SHA)

PDRM Tubuhkan Mock Kasino


Mock kasino atau model kelab perjudian sebenar.

Itu diwujudkan Polis Diraja Malaysia, PDRM, sebagai makmal latihan pencegahan perjudian.

Mock kasino ini dibina di Maktab Polis Cheras.

Puluhan pegawai dilatih khusus sebagai pakar judi, Sekaligus membolehkan risikan dan siasatan kes judi haram dapat dijalankan secara berkesan.

Anggota diberi pendedahan amali dengan kelengkapan sama seperti kasino atau pusat perjudian sebenar.

Tan Sri Ismail Omar / Ketua Polis Negara
Mock kasino fahami selok belok apa judi. Pegawai berpengalaman ajar pegawai baru, one step forward JSJ.

Mock kasino dibina berasaskan keperluan menangani kes judi haram yang berleluasa.

Sembilan bulan pertama tahun ini 9,518 serbuan dilakukan di seluruh negara.

5,736 ditahan dan 44,190 komputer dirampas.

Facebook laman paling popular

KUALA LUMPUR - Laman sosial, Facebook merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).

MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan itu berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.

"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti yang paling popular adalah di antara 15 hingga 30 tahun," kata MDA dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kadar caruman kwsp pekerja dinaik semula ke 11 peratus


KUALA LUMPUR: Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuat kuasa gaji bulan Januari 2011.

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini semalam.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP ber mula daripada caruman bulan Februari 2011.

Beliau berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry. — Bernama

Amanah Saham Bumiputera


Amanah Saham Bumiputera salah satu pelaburan yang sangat baik untuk semua Bumiputera. Seharusnya sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana kerajaan menyediakan pelbagai bantuan bagi meningkatkan taraf hidup kita. Terlalu banyak keistimewaan yang diberikan kepada semua Bumiputera di Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Bagaimana Amanah Saham Bumiputera ini berfungsi? Melalui simpanan kita di ASB kita akan mendapat pengagian pendapatan dividen. Bagaimana untuk mengira kadar dividen ini? Bagi anda yang berminat untuk mengetahui cara untuk mengira dividen ini saya menyediakan kalkulator ASB yang saya perolehi daripada bebas-hutang.com.

Anda bolehah meng “download” link dibawah.

Comparison Calculator V1.1 - http://www.ziddu.com/downloadlink/12588283/ComparisonCalculatorV1.1.xls

ASB Calculator V2 - http://www.ziddu.com/downloadlink/12588262/ASBCalculatorV2.xls

Jom kita lihat dulu sejarah pengagihan pendapatan dividen beserta Bonus bagi tahun 1993 - 2008.




Bagi anda yang ingin menjadikan ASB sebagai pelaburan yang penting untuk masa depan melalui Pinjaman ASB tiga bank yang bertauliah iaitu CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank. Saya juga menasihatkan supaya kita tidak meminjam daripada Along untuk urusan pelaburan ASB ini. Selain itu pinjaman-pinjaman di bank-bank yang lain untuk urusan pelaburan ASB haruslah dikaji dengan lebih berhati-hati kerana kita juga pasti memerlukan pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya.

Akhir kata dari saya bijakah dalam membuat pilihan. Rebutlah peluang yang disediakan oleh kerajaan yang sentiasa membantu Bumiputera.

Terima Kasih.

Sharing