Isnin, 6 Disember 2010

Program UITM - Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)

See full size image

Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

2. Penubuhan program MDAB ini adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan bumiputera luar bandar, juga di bandar yang pendapatan ibu/bapa kurang daripada RM2,000 sebulan tanpa mengira kawasan dan tanggungan.

3. Kategori kelayakan;-

· Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan 4 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia serta tidak layak ke program diploma UiTM

· Bahasa Inggeris dan Matematik hendaklah sekurang-kurangnya lulus.

4. Tawaran ini sah untuk satu (1) kali permohonan sahaja. Calon yang telah ditawarkan perlu mengambil peluang dan menggunakan tawaran ini sebaik-baiknya jika berjaya ditawarkan tempat. Jika ditawarkan, semua peraturan UiTM perlu dipatuhi kerana peluang ini hanya sekali seumur hidup.

5. Pelajar yang berjaya dalam Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) layak ditawarkan ke program diploma mengikut syarat dan kelayakan yang terdapat di semakan syarat yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

6. Program yang ditawarkan ialah Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma Perakaunan atau Pra Diploma Sains di UiTM Kota Samarahan.


Program

Syarat –Syarat Wajib dan Tambahan


Pra Diploma Sains (PD008)

4 kredit termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia

Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan

DAN Lulus Bahasa Inggeris

SERTA

Lulus SATU (1) daripada mana-mana matapelajaran berikut:-

· Fizik

· Kimia

· Biologi

· Sains Tambahan


PD003

Pra

Perdagangan

4 kredit termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

Bahasa Inggeris (lulus)

Matematik/Matematik Tambahan (Lulus)


PD005

Pra

Perakaunan

4 kredit termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris (lulus)

Matematik/Matematik Tambahan (kepujian)

7. Calon-calon yang layak diterima masuk akan mendaftar secara percuma, diberi asrama dan juga belanja makan sebulan sebanyak RM400.

8. Hanya staf yang dilantik oleh Pihak UiTM sahaja yang berhak untuk mengendalikan borang permohonan ini.

9. Sila hantar borang yang telah lengkap diisi dan sijil-sijil ke alamat berikut:

Pengarah

UiTM Sarawak

Kampus Samarahan

Jalan Meranek

94300 Kota Samarahan

Sarawak

10. Untuk kemasukan sesi Disember 2010 - April 2011, tarikh tutup ialah pada: 10 Disember 2010.

11. Tawaran adalah terbatal sekiranya calon adalah BUKAN Bumiputera.

Muat Turun Info Mengubah Destini Anak Bangsa

Borang Permohonan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)

3 comments:

when or how will i know that my request to join the pre-science has been aproved??

borang ni boleh isi on9 kan ? or kena print dulu ?

ble pla buka permohonan nie????

Sharing