Sabtu, 27 November 2010

Insurans membayar RM 1b Setahun - Statistik Bank Negara Malaysia

pix_gal0
Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun.

Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009).

Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.

Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.

Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat.
Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu rasional,” katanya.

Sementara itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup masyarakat.

“Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak,” katanya.

Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan.

Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi perubatan swasta terbabit.

Katanya, ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti lokasinya.

0 comments:

Sharing