Isnin, 14 Julai 2014

Penjawat Awam di Bawah Kerajaan Negeri Sarawak Akan Terima Bonus Raya

KUCHING: Dianggarkan 22,000 penjawat awam di bawah kerajaan negeri dijangka mengikut jejak kerajaan pusat, iaitu menerima bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata, bagaimanapun dari segi jumlah yang diberikan tertakluk kepada persetujuan kerajaan semasa mesyuarat kabinet diadakan.

“Pemberian bonus raya akan diputuskan semasa mesyuarat kabinet akan datang iaitu mungkin dalam minggu depan (mesyuarat) dan kerajaan akan memutuskan perkara ini.

“Dari segi jumlah biasanya kita akan ikut persekutuan namun sekali lagi ia mengikut persetujuan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan laman sesawang Pusat Kecemerlangan Teknikal (CTE) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Tambah beliau, pada kebiasaannya jumlah yang diberikan sama dengan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan yang sudah menjadi amalan sebelum ini.

“Amalan sebelum ini biasanya mengikut persekutuan dan saya berharap ia sama,” katanya sambil memberitahu, di Sarawak terdapat kira-kira 22,000 penjawat awam di bawah kerajaan negeri.

Sebelum ini pada 2 Julai lepas, Bernama dipetik sebagai berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Najib berkata pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini dan berharap ia dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Aidilfitri pada hujung bulan ini.

Selain kerajaan persekutuan, antara negeri yang turut mengumumkan bonus yang sama adalah Selangor, iaitu pemberian bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan.



Selasa, 17 Jun 2014

Temuduga Terbuka Kyowa Suntech Precision Works Sdn Bhd (KSPW), 17 - 20 Jun 2014


Temuduga Terbuka Kyowa Suntech Precision Works Sdn Bhd (KSPW)

Tarikh: 17 – 20 Jun 2014
Masa: 8.30am – 3.30pm

Alamat: 
No 33, 2nd Floor, Lot 3319, Parkcity Commerce Square,
Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia
TEL60-86-334948 FAX60-86-314948




Jawatan Kosong Lanang Road Bus Sdn. Bhd. (Sarawak)


1. Ketua Stesen Miri
2. Pemandu Bas (Betong)
3. Konduktor Bas (Betong)

H/P: 019-886 2086 (Lau)
013-568 7887 (Chua)

Temuduga Terbuka Everrise Departmental Store 16 - 20 June 2014


Temuduga Terbuka Everrise Department Store
Vacancies:

Card Coordinators
Butchers
Cashiers
Sales Assistants

Tarikh: 16th – 20th June 2014
Masa: 9.00 am – 12pm / 2pm – 4pm
Tel: 082-233332 ( Ms Chong)

Isnin, 16 Jun 2014

Vacancies at Dayang Enterprise Sdn Bhd


KPI Coordinator
HSE Engineer

Human Resource Manager
Dayang Enterprise Sdn Bhd 
Sublot 5-10, Loy 46, Block 10,
Jalan Taman Raja (Hilltop)
,
Miri Concession Land District,
9800 Miri, Sarawak
Email:hrm@desb.net
Closing Date: 30th June 2014

Seminar Penyelenggaraan Landskap Lembut, 14 Ogos 2014


Vacancies at Marine & Offshore Supply Services in Miri


1.       Account Executive
2.       Account Assistant
3.       Sales Executive
4.       Sales Coordinator

Email: msmhr2009@gmail.com
Closing Date: Jun 20th 2014

Full time & Part Time Lecturer or Tutor For Diploma Program


Full time & Part Time Lecturer or Tutor for:

  1. Interior Design Diploma Program
  2. Architecture Studies Diploma Program
  3. Graphic Design Diploma Program
  4. In-house Graphic Designer
           Jessel@sia.edu.my


Vacancies at Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd.


Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd. 
Mechanical Engine
Location: Samalaju, Bintulu

Interested candidate are invited to submit their application together with their detailed resume, current and expected salary, copies of certificates and relevant documents with one recent passport size photo (N.R) to the following address:

Human Resource Manager
(Recuitment & Strategy Unit)
Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd. (868774-M)
P. O Box 2831, 97012 Bintulu
Email address: recruit@tokuyama.com.my
Website: www.tokuyama .com.my
Closing Date: 29th June 2014



Vacancies at Tanjung Manis Integrated Port Sdn Bhd


Tanjung Manis Integrated Port Sdn Bhd
Position: Security Officer
Location: Tanjjung Manis, Mukah, Sarawak

Kindly submit a complete resume with full details of qualification, experience, current and expected salaries, contact/telephone number and recent passport-size photograh to:

Human Resourse Department
Tanjung Manis Integrated Port Sdn Bhd
Bandar Baru Tanjung Manis

96150 Tanjung Manis, Sarawak. 

Rabu, 21 Mei 2014

ADUN Pelagus Sertai TERAS, Mawan Menyifatkan Tuntutan PRS Sebagai 'Restricted Agenda'

Mawan ulas ‘ancaman’ Masing dan Doris sebelum TERAS menuntut sebarang kepentingan di kerusi Pelagus

KUCHING: Bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom menyifatkan tuntutan Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Ketua Wanitanya Datuk Doris Sophia Brodie sebagai restricted agenda apabila mereka membuat ‘ancaman’ sebelum TERAS menuntut sebarang kepentingan di kerusi Pelagus.

Mawan yang juga ADUN Pakan dan Ahli Parlimen Saratok berkata, beliau tidak harus dipersalahkan atas kejutan ADUN Pelagus George Lagong menyertai TERAS.

Pada 15 Mei, George menyertai Mawan dan sembilan wakil rakyat lain yang memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing iaitu SPDP, SUPP dan SWP bagi menyertai TERAS.

Jelas Mawan, borang permohonan keahlian TERAS ibarat menjual kek panas.

Katanya, rakyat dapat menjiwai TERAS kerana ia adalah sebuah parti berbilang kaum.

“Ia bukan niat kami untuk mengambil Pelagus tetapi perkara ini berlaku tanpa jangkaan, apabila George memutuskan untuk menyertai TERAS,” jelas Mawan.

Tambah Mawan lagi, amat mengecewakan apabila PRS yang merupakan sebuah parti yang aman perlu menjadi sangsi dan provokatif.

“Ia bermula dengan kami (SPDP dan PRS) mahu bergabung. Saya tidak menolak idea tersebut tetapi bagaimana hendak memberi respons apabila mereka meletakkan syarat untuk penggabungan.

“PRS tahu saya menghadapi masalah dan cuba menyelesaikan masalah dalaman SPDP. Pada masa yang sama saya tidak mahu terlalu terbuka kerana idea tersebut kurang baik,” jelasnya.

Jelas Mawan lagi, TERAS tidak mempunyai niat untuk mengambil kerusi yang diperuntukkan oleh BN kepada PRS tetapi di penghujungnya ia bergantung kepada BN untuk menyemak semula peruntukan kerusi pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Saya secara peribadi merasakan rakan saya Dr James dan ahli-ahli PRS seharusnya tidak berfikiran sedemikian kerana TERAS menyokong penuh PRS di kerusi yang mereka tandingi pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” jamin Mawan.

Ditanya sebab mengambil George, Mawan berkata ia hanyalah prinsip dan polisi bahawa kami tidak boleh menolak sesiapa yang menyokong BN.

George katanya memberitahu beliau bahawa dirinya lebih selesa berkhidmat di bawah BN.

Berbalik kepada tuntutan Masing dan Doris, Mawan berharap mereka faham bahawa kemasukan George dalam TERAS adalah di luar jangkaan.

- Utusan Borneo



Nogeh Akan Kekal Dalam SPDP Berpendapat TERAS Tidak Patut Diterima Masuk BN

Tiada sebarang persoalan timbul untuk menyertai TERAS

KUCHING: Selagi SPDP masih parti komponen Barisan Nasional (BN) Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh akan kekal berada di dalamnya.

Itu jaminan Anthony yang membayangkan tidak pernah timbul persoalan beliau untuk keluar daripada parti meskipun menghormati keputusan bekas presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom.

“Saya kekal dengan SPDP. Saya kekal sebagai Ahli Parlimen BN. SPDP masih parti komponen BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPDP di sini semalam.

Nogeh, Ahli Parlimen yang memenangi kerusi Parlimen Mas Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas berkata, pendiriannya itu mendapat sokongan daripada kira-kira 200 ahli SPDP Cawangan Tasik Biru dan Cawangan Opar.

Para penyokongnya turut hadir pada sidang media tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi SPDP itu berkata, meskipun tidak mempunyai bantahan terhadap keputusan Mawan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), beliau berpendapat parti baharu itu tidak patut diterima masuk dalam BN.

“Tidak perlu saya ulas panjang lebar, banyak dah kenyataan disiarkan akhbar menyatakan perkara sama (TERAS tidak wajar diterima masuk BN),” ujarnya.

Mengenai hubungannya dengan Mawan, beliau berkata beliau tidak ada masalah hendak berkawan dengan bekas presidennya.

“Saya masih kawan baik beliau dan jangan terkejut jika ternampak kami bermain golf bersama-sama,” katanya.

Utusan Borneo

Selasa, 20 Mei 2014

27th Lun Bawang Festival


This festival is traditionally a celebration of the rice harvest but now it showcase a variety of Lun Bawang culture and events such as Ruran Ulung (beauty pageant contest) and nguip suling (bamboo musical instrument band).

For information on the activities, please contact Robert at 012-8713006, Edison Perry Benging (Sport) – 013-8385614, Yuhanis Rugu (Secreatry) – 016-8163279, Dennis Sigar (012-8733380), Frederick Lalung Ngilo (Cultural) – 019-8150387 and Ramina Tadam (017-8501234).

Peranak TR Along Ak Asong Minta Putar Pulai Nyadi Orang Kristian Sepengudah Dikemula 20 Iku Raban Ustaz/Ustazah


Sida tu minta kami masuk Islam tang enda ngasuh kami muai adat sereta pengidup lama

KAPIT: Peranak Rumah Along Anak Asong di Nanga Majau, Sungai Mujong mantaika penesal sereta sebana diri laban ke udah teparuk singkang mekuh pengarap Islam kenyau bulan November 2013 suba.

Berindik ari nya, sida ngasaika diri udah saru runding sereta balat endar nesal ketegal udah teparuk sereta tekelanjur pengawa.

Kenyau berapa bulan udah mekuh pengarap Islam baru sida ngasaika diri dikemula seraban temuai ke niki ngagai rumah panjai lalu ngasuh sida masuk Islam.

Diatu sida deka mutar mansutka diri ari pengarap Islam sereta pulai nyadi orang Keristin (Methodist) baru baka ke suba.

Ketegal pemerat pekara nya, Tuai Rumah Along Asong undur ari Nanga Majau ke Kapit betemu enggau Menteri Pemansang Tanah, Tan Sri Dr James Jemut Masing di Hotel Meligai ditu kena Hari Enam Minggu nyin minta lalau sereta singkang nangkan nya.

Udah nya, Tuai Rumah Along enggau sekeda peranak rumah panjai iya lalu ngaga aum enggau media nyeritaka semua pekara ke udah nyadi.

“Kami dipinta masuk pengarap Islam kena 24 November 2013 lebuh seraban 20 iku Ustaz enggau Ustazah ari Johor, Kuala Lumpur, Kuching enggau Kapit niki ke rumah panjai kami.

“Maya nya sida besemaya deka meri mata duit RM100, pemakai enggau gari enti kami ngerijista diri enggau sida. Lebuh ngerijista nya, sida udah minta Kad Pengelala kami. Ku sida, udah masuk nyadi Islam, chara pengidup mengkang sama lalu kami mega dikemendar bejalaika adat enggau gaya pengidup baka Iban selama. Sida mega nadai nagang kami makai babi,” ku Tuai Rumah Along.

“Tembu pengawa nya, sida bekejang ari rumah panjai kami kena 25 November 2013, sida lalu nadai nikal ngabas kami. Berengkah ari nya kami ngasaika diri ngaga penyilap lebih agi lebuh bala kaban belayan ke ari pasar mulaika diri ke rumah panjai, madahka pengawa kami nya salah.

Raban 20 iku Ustaz enggau Ustazah ke netapka kami masuk batang pengarap Islam iya nya, Haji Mohd Chathazaman, Ustaz Osman Bujang, Haji Abdul Rahman, Hussein Mustaffa, Idris Ahmad,  Sulaiman,  Ahmad Zaki,  Nazan Wahad,  Wan Raifizan, Ivurul Safiyna, Johari Bujang, Awang Syamal, Syamal, Norehan, Dayang Norejaing, Samsuddin, Ezamuddin, Latiffah enggau Ismail Ibrahim.

“Berengkah ari nya, kami berasai enda lantang ati nyengkaum aku empu (tuai rumah) enggau bala JKKK suah nguji deka betemu enggau Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing ngambika ulih meri jaku lalau ngagai kami. Kami mega bisi betanyaka penemu ba PRS Kapit senentang pekara nya,” ku Tuai Rumah Along

Pengudah ningaka sekeda jaku lalau, kami baum lalu mutus ati ngaga aum enggau media madahka kami enggai mekuh pengarap Islam agi sereta mulaika diri nyadi orang Keristin ke endang udah lama dititihka aki ini kami suba.

Rumah Along bisi 18 pintu sereta diuan 150 iku mensia.

Menteri Pemansang Tanah, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing lebuh ke dipinta ngenang senentang pekara nya ngelalau rayat bejejimat sereta berunding dedalam sebedau ngambi pemutus deka mekuh pengarap bukai.

Ku iya, mudah mekuh batang pengarap bukai tang udah nya napi macham penanggul.

“Di Malaysia, kitai nadai ditagang mekuh jalai pengarap bukai, tang baka penanggul ke nyadi ba peranak Rh Along semina nengah sebengkah jalai aja, sepatut bisi dua jalai. Enti kitai dikemendarka tama, kitai mega patut dikemendar pansut nitihka peneka diri. Nya alai, berunding pepanjai sebedau ngaga sebarang pemutus. Sekali tu, pekara tu nyadi ba peranak Rumah Along, tang kitai enda nemu dudi ila rumah panjai bukai ke diining sida,” pia ku iya.

Diambi ari Berita Iban, Utusan Borneo

Isnin, 19 Mei 2014

ADUN Pelagus Sertai TERAS, PRS Lihat Hanya Provokasi Selesaikan Masalah SPDP & SUPP


KUCHING: Hasrat Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) menyertai Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sebarang simpati daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Setiausaha Agungnya Datuk Wilfred Nissom berkata, parti beranggapan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus George Lagong dalam TERAS merupakan provokasi secara langsung kepada PRS.

Kerusi Pelagus merupakan satu daripada sembilan kerusi yang diperuntukkan kepada PRS di bawah formula penentuan kerusi BN Negeri dan PRS menyasarkan untuk memenangi balik kerusi terbabit.

George menang kerusi tersebut sebagai calon Bebas pada 2011 sebelum menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) pada 2012 dan menjadi timbalan presiden.

“Pada mulanya kita memang berasa pembentukan TERAS merupakan langkah untuk menyelesaikan masalah SPDP dan SUPP, namun sebaliknya berlaku apabila George Lagong memasuki parti.

“Kita melihat ia sebagai provokasi secara langsung kepada kita. Ia tidak diperlukan,” katanya semalam.

Beliau berkata, TERAS yang didaftarkan tahun lepas bukan ahli BN dan kesemua ahlinya bukanlah BN.

Sementara itu, Timbalan Pemuda PRS Sempurai Petrus Ngelai berkata, Pemuda PRS juga tidak berminat untuk melihat TERAS menjadi sebahagian daripada BN.

“Ini kerana kemasukan parti baharu adalah berdasarkan persefahaman dan peraturan bukannya berdasarkan kesesuaian politik,” ujarnya.

Geroge bersama 11 lagi wakil rakyat membuat kejutan apabila keluar daripada parti masing-masing dan menyertai TERAS pada Khamis lepas.

 Sumber: Utusan Borneo, 18/04/2014

Ketua Menteri Sarawak Sambut Baik Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Untuk Sertai BN


KUCHING — Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini menyambut baik kesediaan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Sambil menyokong hasrat parti itu menyertai gabungan BN, beliau berjanji akan membantu Teras dalam proses permohonannya itu.

“Saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengenai perkembangan ini,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Adenan berkata bagaimanapun, setakat ini belum ada keperluan untuk beliau melakukan sebarang rombakan Kabinet.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan 11 Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu  Sarawak (SUPP) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang keluar parti masing-masing semalam untuk menyertai Teras.

Kumpulan itu diketuai bekas presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom.

Turut menyertai TERAS ialah lima bekas anggota SPDP iaitu Anggota Parlimen Baram Anyie Ngau dan empat ADUN iaitu Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik  Biru), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

Wakil daripada SUPP ialah bekas pengerusi Bahagian Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan, serta Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) dan Johnicol Rayong (Engkilili).

ADUN Pelagus George Lagong dari SWP juga keluar daripada parti pembangkang itu untuk menyertai TERAS.

Sementara itu, Mawan berkata kunjungan hormat itu adalah untuk menyatakan sokongan dan taat setia mereka kepada pucuk  pimpinan Adenan selaku Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN Sarawak.

Menurutnya mereka turut meminta nasihat Adenan mengenai hala tuju TERAS sebagai sebuah parti baharu

“Kami akan mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai BN dalam masa terdekat,” kata Mawan yang juga Menteri pembangunan Sosial Sarawak dan Anggota Parlimen Saratok dan ADUN Pakan.

Datuk Seri Wong Soon Koh pula berkata beliau dan ADUN SUPP turut menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Adenan.– BERNAMA, 16/04/2014

SUPP Bantah Sekeras-Kerasnya TERAS Mohon Sertai BN Sarawak

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (kiri) dan Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri Richard Riot Jaem sempat berbicara sebentar bersama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP sebelum mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan tindakan empat anggotanya, yang diketuai bekas penolong setiausaha agung, Datuk Seri Wong Soon Koh, keluar parti dan menyertai parti baharu, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) di Kuching pada Ahad.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) membantah sekeras-kerasnya permohonan oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen atau sebarang kerjasama yang dibentuk menggunakan formula BN-Plus.

Presidennya, Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP, yang bermesyuarat pada Ahad, memutuskan bahawa parti itu akan membantah permohonan Teras.

Bagaimanapun, Chin yakin Teras tidak akan berpeluang untuk berbuat demikian kerana permohonannya perlu disokong sebulat suara oleh semua parti komponen BN.

"Menurut perlembagaan parti, permohonan itu perlu dipersetujui sebulat suara oleh setiap pemimpin parti komponen BN, jika tidak anda tidak akan dibenar berbuat demikian dan saya amat yakin perkara itu tidak akan berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CWC di ibu pejabat SUPP di sini.

Beliau juga mendakwa ramai pemimpin parti komponen beranggapan tindakan membawa Teras ke pangkuan BN adalah sesuatu yang tidak bijak.

Sehubungan itu, beliau berkata SUPP akan meminta sokongan daripada parti komponen lain untuk membantah permohonan Teras.

Chin juga memaklumkan pemberita bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak pernah menyatakan bahawa beliau akan menyokong penyertaan Teras ke dalam BN.

"Ketua Menteri memaklumkan saya beliau hanya mengakui bahawa kumpulan orang Teras ini ingin melakukan kunjungan hormat ke atasnya bagi melahirkan sokongan mereka kepadanya serta BN, dan perkara itu tidak salah.

"Namun beliau tidak pernah menyatakan bahawa Teras akan menyertai BN, kan?" soal beliau kepada pemberita.

Chin berkata pada mesyuarat hari ini, mereka juga memutuskan untuk memecat Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh berkuat kuasa serta-merta kerana mengumumkan dalam sidang akhbar bertarikh 15 Mei bahawa beliau akan menyertai Teras.

Beliau berkata tindakan Wong dianggap boleh menjejas kepentingan SUPP.

"CWC parti juga mendesak Datuk Seri Wong meletak jawatan serta-merta sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bawang Assan dan menteri kabinet negeri atas alasan beliau telah mengkhianati SUPP yang mencalonkannya dan lebih penting, pengundi yang mengundi beliau dalam pilihan raya negeri 2011," katanya.

Chin berkata pihaknya juga akan menulis kepada Adun Bengoh Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina (Adun Opar) dan Johnical Rayong Ngipa (Adun Engkilili) bagi memohon penjelasan sama ada mereka menyertai Teras.

"Mesyuarat hari ini turut menegaskan hak parti terhadap 19 kerusi negeri dan tujuh kerusi parlimen yang diperuntuk kepada SUPP dalam pilihan raya lepas dan perkara ini tidak boleh dirunding," katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot namun dua Adun yang menyokong Chin iaitu Datuk Lee Khim Shin (Senadin) dan Datuk Francis Hardin (Simanggang) tidak hadir.

-mstar

Wanita Menyamar Menjadi Jururawat di Hospital Bintulu Ditahan


Wanita menyamar jadi jururawat selamba ketika ditahan di Hospital Bintulu.

BINTULU: Gara-gara ter­lampau taksub dengan pro­fesion jururawat, seorang wanita tempatan berumur 20-an dicekup oleh penga­wal keselamatan di Hospital Bintulu kerana berkelakuan mencurigakan di hospital berkenaan sekitar jam 11 pagi semalam.

Semasa ditahan, wanita terbabit sekadar tersenyum selamba sambil berkata dia berasa selesa memakai baju jururawat kerana terlalu meminati kerjaya itu.


Selepas ditahan, wanita itu yang mendakwa dirinya tinggal di sebuah kuarters pembinaan di sini dibawa oleh pengawal bertugas ke bahagian pengurusan hospital dan pemeriksaan mendapati namanya tiada dalam senarai kakitangan hospital.

Melihat akan keadaan itu, pihak hospital menghubungi Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil ke atas wanita terbabit.

Menurut sumber, wanita terbabit pernah beberapa kali dilihat merayau-rayau di hospital, namun kakitan­gan hospital itu tidak pernah menyedari bahawa selama ini mereka telah bergaul dengan penyamar.

Difahamkan, wanita itu pernah terlibat dalam kes penipuan iaitu berpura-pura dilanda kesusahan sehingga mangsa meminjamkannya kereta, namun akhirnya kereta yang dipinjamkannya itu tidak dikembalikan.

Sumber: Bintulu News, Utusan Borneo

Selasa, 6 Mei 2014

Seniman Negara, Datuk Abdul Aziz Sattar Meninggal Dunia


Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 


"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. 

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Isnin, 24 Mac 2014

PRK Kajang: Dr Wan Azizah Menang Dengan 5,397 Majoriti


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti lebih kecil apabila mendapat 16,741 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yang hanya berjaya mendapat 11,362 undi.

Kemenangan yang sudah dijangka itu melihatkan PKR meneruskan penguasaan mereka di kerusi campuran berkenaan, kerana sebelum ini Kajang adalah kerusi mereka yang dimenangi oleh Lee Chin Cheh.
Lee memperoleh 6,824 undi majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), menewaskan lima lagi calon lain.
Dr Wan Azizah bagaimanapun hanya memperoleh 5,397 majoriti, kurang sekitar 1,000 undi apabila hanya 72%, atau 28,314 pengundi yang keluar mengundi berbanding 88.40% pada PRU13.
Kerusi DUN Kajang meliputi sejumlah 39,278 pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRK kali ini.
Proses pengundian bermula jam 8 pagi dan tamat sekitar jam 5 petang dengan menyaksikan sejumlah 15 pusat daerah mengundi dibuka.
Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku secara mengejut apabil Lee secara tiba-tiba mengosongkan kerusinya bagi memberikan laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan pemimpin pembangkang itu menyertai pentadbiran negeri Selangor.
Ekoran keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, atas kesalahan meliwat bekas pembantunya sekaligus menyaksikan beliau terlucut kelayakan bertanding, yang memaksa PKR meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon ganti.
Proses pemilihan berjalan dengan aman meskipun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Asri Abdul Aziz Yusof menasihati penyokong parti agar tidak melakukan sebarang provokasi keterlaluan apabila terdapat beberapa penyokong yang membawa kangkung dan kelapa ke kawasan pengundian.
"Saya menerima laporan terdapat penyokong parti yang membawa sayur kangkung. Saya tidak tahu relevannya.
"Membawa sayur kangkung ini menjadi provokasi kepada pihak lain," katanya.
"Sayur ini untuk dimakan, jangan buat pembaziran. Kalau ramai sangat bawa kangkung ini ke sana ke sini, itu tidak elok," kata Abdul Aziz kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat pusat daerah mengundi.
PRK DUN Kajang disifatkan sebagai "Langkah Kajang" oleh pemimpin PKR, namun parti lawan melihatnya sebagai usaha Anwar untuk menamatkan kemelut dalaman yang wujud dalam PKR antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. 
- The Malaysian Insider